Tidak terbayang huru-hara yang melanda ketika kaum Yahudi bersengketa dengan Rom. Umumnya konflik ini bermula kerana isu percukaian, apabila Judas of Galilee bangkit memberontak pemerintahan Quirinius. Judas meminta para Yahudi jangan daftar cukai – dan barangsiapa sudah berdaftar patut dibakar rumahnya. 40 tahun kemudian, Shimon dan Ya’akov pula memberontak tetapi dibunuh Rom. Dan konflik besar akhirnya meletus pada tahun 66, berlarutan selama 70 tahun lamanya. Konflik ini berakhir apabila Shimon bar Kokhba ditewaskan Rom. Kedua-dua pihak kena teruk sebenarnya – barangkali sejuta nyawa melayang, kalau riwayat Cassius Dio boleh dipercayai.

Jumlah nyawa ini tidak penting untuk diperhalusi kebenarannya. Yang pasti, peperangan ini benar-benar berlaku… kerana saintis sudah menemui banyak bukti sejarah. Salah satu bukti baru diselongkar pakar arkeologi daripada Israel. Kumpulan ini menggali di bandar raya Jerusalem dan menemui jentera perang digunakan semasa Rom menyerang kota tersebut.

Serangan Rom yang diabadikan dalam bentuk ukiran (Steerpike/CC BY 3.0)

Semasa berperang zaman dulu, angkatan ketenteraan biasanya bergantung pada jentera perang. Ada banyak jentera perang diguna untuk melemahkan pertahanan musuh. Tentera Salib menggunakan menara kepung, yakni sebuah menara kayu yang lengkap dengan tangga di bahagian dalam (Fulton, 2020). Dengan menara ini, pihak Fatimid tidak dapat memanah penyerang… dan tangga juga tidak dapat diterbalikkan.

Selain menara kepung, penyerang juga sentiasa menggunakan pelantak (battering ram) dan jentera pelastik (catapult). Saintis Israel menemui bukti dua jentera ini yang begitu lama tersembunyi di sebalik timbunan tanah Jerusalem. Ada juga kebarangkalian Rom menggunakan jentera pelempar (ballista). Empayar Rom memang hebat. Sejarahnya disingkap rapi dalam KITAB TAMADUN ROM. Buku ini ditulis untuk pembaca umum yang ingin melihat daripada gambaran yang lebih besar berkenaan sebuah tamadun yang paling lama bertahan dalam sejarah. Link pembelian: https://bit.ly/3QGTOuK

Kelebihan Teknologi Rom

Ketiga-tiga jentera ini bukan teknologi baharu pada masa itu. Pelantak misalnya sudah digunakan selama 900 tahun. Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya sangat sesuai dalam konflik bersama Yahudi yang sedang berlindung di sebalik benteng Jerusalem. Selepas menjalani ujian radiokarbon, saintis mengesahkan semuanya diguna selepas Rom memusnahkan Kuil Kedua.

Nampak sangat Rom betul-betul tercabar selepas teruk dimalukan Yahudi. Tanpa Kuil Kedua, kalangan Yahudi hilang sabar dan bangkit sampai pembesar-pembesar Rom lari bertempiaran. Jadi bagi sebuah kuasa rantau macam Rom, tindakan Yahudi tidak boleh dibiar. Kalau dibiar, bangsa minoriti lain pasti akan cuba benda sama. Maka Maharaja Vespasian datang dengan niat untuk membadai Jerusalem. Rom mahu Jerusalem hilang daripada peta sebenarnya.

Vespasian pilih tarikh paling sesuai untuk menyerang, yakni 14 April tahun 70. Kerana itulah tarikh para Yahudi menyambut Perayaan Paskah sempena laluan Malaikat Maut di Mesir Purba dalam sirah Nabi Musa (as). Jerusalem menjadi kiblat Yahudi semasa perayaan Paskah. Semua kaum Yahudi boleh masuk… tetapi tiada seorang pun dibenarkan keluar. Jerusalem dikepung rapi, dengan pelantak, pelempar dan pelastik digunakan untuk menghujani batu besar dan panah tebal.

Batu-batu yang menimpa Jerusalem. (Yoli Schwartz / Israel Antiquities Authority )

 

Panah tebal (Ingeborg Simon / Haaretz)

Serangan ini bertujuan untuk membinasakan sebuah kaum. Dan matlamat itu tercapai dalam masa sekejap sahaja, kerana Rom kemudian membina Kuil Perdamaian di kota Rom yang menyimpan tapak lilin bercabang tujuh (menorah) daripada zaman Herod. Kuil Perdamaian ini dibina dengan menggunakan dana rompakan daripada harta para Yahudi (Dillon & Matthew, 2022), suatu provokasi yang betul-betul menghina.

Maharaja Vespasian juga telah menyerang kota Jericho dan menangkap semua penduduk di situ yang dipercayai warga Yahudi. Kemungkinan warga-warga ini adalah penduduk Qumran yang berlindugn di Jericho. Tentera Vespasian kemudian merantaikan kaki dan tangan mereka sebelum mencampakkan semua dalam Laut Mati. Tetapi semua tahanan ini terapung, kerana kemasinan air laut tersebut.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Setelah Yahudi tewas, semangat juang mereka juga hilang. Generasi susulan menguar-uarkan suatu ramalan… bahawasanya selepas jatuhnya Jerusalem, “seorang dalam kalangan mereka” akan menjadi penguasa bumi yakni Sang Penyelamat (al-Masih). Sampai hari ini, tiada siapa tahu siapa figura ini. Ada yang cakap Vespasian. Ada yang cakap Nabi Muhammad SAW. Ada juga cakap Nabi Isa as (yang akan turun semula).

RUJUKAN:

Fulton, M. (2020). Siege Warfare during the Crusades. Pen and Sword.

Dillon, M., & Matthew, C. (2022). Religion & Classical Warfare: The Roman Empire. Pen and Sword. Halaman 67.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply