Banyak bandar hari ini tidak berpenghuni, dipanggil “ghost town” kerana bunyi angin di sekitar bangunan kosong. Itulah realiti dunia jika satu hari nanti, manusia pupus. Konsep ini bukan fiksyen atau teori semata-mata. Sejarah membuktikan yang manusia pernah hampir pupus. Bayangkan – jika trend sedemikian berterusan, nescaya Bumi hari ini menjadi “ghost planet”.
Bukti-bukti risiko kepupusan sebenarnya sudah banyak. Ramai saintis turun padang di Jebel Irhoud yang terletak dalam negara Morocco. Jebel Irhoud pernah menarik pemain industri perlombongan. Namun pada tahun 1960, pelombong Morocco menemui sebuah tapak prasejarah; setahun kemudian, saintis arkeologi menemui tengkorak di sini (Hublin, et al., 2017). Sejak hari itu, banyak rangka manusia prasejarah dikeluarkan daripada bumi Jebel Irhoud.
Rangka-rangka ini kemudian dibawa ke makmal untuk tujuan penyelidikan. Pertama seakli, saintis menokhtahkan orang-orang prasejarah ini hidup sekitar 315,000 tahun yang lalu. Wajah mereka adalah sama seperti kita, cuma sedikit melonjong yang membawa sebarang kemungkinan tentang saiz otak (Greshko, 2017). Walau bagaimanapun, saintis mengesahkan nasib manusia prasejarah jarang elok. Malah dua kali manusia prasejarah menghampiri kepupusan, terutamanya pada zaman antara 195,000-123,000 tahun yang lalu.
Bukti Dalam Darah Kita
Pada zaman ini, keadaan Bumi semakin sejuk dan kering. Saintis menemui bukti migrasi manusia daripada Jebel Irhoud ke arah satu kawasan pesisiran laut yang kaya dengan kerang (Marean, 2010). Migrasi ini bukan mudah; populasi manusia tumbang begitu mendadak sampai jadi ibaratkan macam nasib harimau (Panthera tigris jacksoni) di Semenanjung Malaysia sekarang. Walaupun kritikal lagi ngeri, penemuan ini membuktikan keupayaan akal dalam minda manusia terdahulu. Mereka berfikir untuk menyelesaikan masalah yang timbul… cuma impaknya sangat pedih kalau tengok dari segi genetik.
Ambil contoh cimpanzi misalnya. Dari segi fizikal, semua cimpanzi nampak sama – macam bapa yang sengaja tidak bayar nafkah anak. Namun genetik kalangan cimpanzi sangat berpelbagaian – malah dalam satu kawasan yang sama sekalipun. Mudah kata, kelompok cimpanzi di situ lain untuk dibandingkan dengan kelompok di sini. Tetapi manusia di seluruh dunia mempunyai genetik bertunggal, sama dan tidak berpelbagaian antara satu sama lain (Gee, 2021). Perkara ini berpunca kerana semua manusia sekarang turun daripada leluhur daripada kawasan pesisiran laut yang diceritakan.
Roda Sedang Berputar
Saintis berpendapat risiko kepupusan ini memberi impak kepada kehidupan manusia moden. Sejak kebelakangan ini, kualiti sperma dikatakan menurun begitu mendadak dengan pencemaran dikatakan punca (Aggarwal-Schifellite, 2021). Kemudian aktiviti ekonomi manusia pula tidak mesra alam, dikeruhkan pula dengan peluang ekonomi tidak seimbang untuk semua terutamanya golongan miskin.
Perkara ini terbukti benar, dengan impak perubahan iklim terhadap industri makanan. Berdekad-dekad petani mengerjakan bumi dengan baja kimia hingga tanah hilang kualiti (soil degradation). Kemudian pengurusan perikanan yang dikatakan overfishing pula. Impak-impak ini membawa risiko merbahaya terhadap manusia, yang tiada manfaat dari segi genetik untuk dibandingkan dengan haiwan.
Atas sebab itu juga, kadar kelahiran sedang menurun daripada “5:1” ke “2.5:1” (anak:ibu). Ikut minda orang ramai, takkan jadi masalah. Tetapi cuba bayangkan daripada perspektif berikut:
- Kehabisan tanah untuk diterokai.
- Kadar kesuburan menurun begitu mendadak.
- Kadar kelahiran sekarang lebih rendah untuk dibandingkan dengan kadar kematian.
Agak melampau untuk gelabah cakap manusia akan pupus. Tetapi tidak melampau kalau kata kita sekarang ada masalah besar. Cuma itulah, kalau cerita pasal sains – siapa yang minat?
RUJUKAN:
Aggarwal-Schifellite, M. (2021, Mei 11). Study aims to quell fears over falling human sperm count. Harvard University.
Gee, H. (2021, November 30). Humans are doomed to go extinct. Scientific American.
Greshko, M. (2017, Jun 8). These early humans lived 300,000 years ago – but had modern faces. National Geographic.
Hublin, J., et al. (2017). New fossils from Jebel Irhoud, Morocco and the pan-African origin of Homo sapiens. Nature. 546: 289-292.
Marean, C. (2010). When the Sea Saved Humanity. Scientific American.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih