Orang ramai masih salah faham pasal evolusi. Tanyalah tengok – mesti rata-ratanya petik “beruk menjadi manusia”. Itulah akibatnya kalau belajar daripada orang tidak tahu. Golongan bukan ahli bidang takkan memelihara adab dan amanah untuk berlaku adil pada landasan ilmu. Jadi untuk faham konteks evolusi, kena letak tepi habis pasal “evolusi adalah manusia daripada beruk”. Sains tidak pernah menyatakan sebegitu. Malah Charles Darwin sendiri tidak berkata sedemikian.
Hal evolusi dicerita panjang dalam buku GENESIS II: SAPIEN & NEO-MANUSIA. Buku ini menuruti fakta kukuh yang mana sejarah manusia terbahagi kepada lima fasa yang bermula apabila manusia muncul 300,000 tahun lalu. Maka kalian dipelawa membelinya melalui: https://bit.ly/3e1Er20
Sambung cerita. Selalu sangat orang bertanya, “kalau evolusi benar, kenapa beruk masih beruk?” Tahun lalu, saintis memberi jawapan sangat jelas tentang perubahan fitrah haiwan. Dan haiwan dikaji pula adalah spesis ungka putih (Hylobates lar) yang hidup di Malaysia. Kalau tengok ungka dari segi fizikal, memang boleh faham kenapa ada segelintir yang suka jaga sebagai haiwan peliharaan. Spesis ungka putih sudah lama menjadi mangsa penyeludupan dan pembalakan. Banyak diselamatkan pihak berkuasa PERHILITAN yang sambung menjaga dalam zoo dan pusat pemuliharaan.
Bukan senang untuk hantar ungka balik ke dalam hutan. Macam-macam kena buat terlebih dahulu. Pertama sekali, kena kaji genetik setiap ungka untuk mengenal pasti asal-usul. Kerana ungka hidup ikut deria dan fitrah… bukannya akal dan minda. Masalah sekarang, apabila PERHILITAN buat kajian genetik, lain pula ditemui.
Pengalaman Pahit Yang Mengajar Ungka
Charles Darwin meninggalkan pucuk hujah yang menjadi ilmu asas biologi: “haiwan yang akan kekal hidup bukanlah daripada spesis paling kuat… mahupun spesis paling cerdik. Sebaliknya spesis haiwan yang boleh berubah itulah akan kekal hidup.” Bagi Darwin, haiwan yang mampu berubah ikut keperluan semasa dalam menghadapi cabaran hidup akan mewariskan ciri-ciri perubahan kepada anak cucu. Struktur pewarisan ini akan mempengaruhi kerohanian anak cucu yang mengubah tingkah laku dan cara hidup (Claeys, 2000).
Perkara ini terbukti berlaku apabila PERHILITAN mengkaji 12 ekor ungka. Asalnya mereka mahu mengenal pasti subspesis ungka tersebut supaya dapat mengembalikannya ke hutan asal. Namun yang mereka temui adalah mutasi pelik pada DNA 12 ekor ungka. Mutasi ini amat mengelirukan saintis. Kerana selepas banding dengan maklumat semua subspesis ungka, mereka mendapati 12 ekor ungka ini tersangat asing. Bermakna 12 ekor ini melalui sesuatu yang sangat mencabar semasa dalam tangkapan penyeludup.
Ini juga bermakna 12 ekor ini takkan mungkin dapat dipulangkan ke mana-mana kelompok populasi ungka; mereka adalah kelompok tersendiri yang tidak tergolong dengan mana-mana kelompok (Gani, et al., 2021). Saintis daripada Universiti Malaysia Sarawak mendapati proses percambahan (speciation) bersifat terlalu baharu. Jadi pihak saintis kena membuat pemerhatian secara susulan.
Buat masa ini, 12 ekor ungka tersebut telah ditempatkan dalam sebuah kadang terbuka separa-liar (semi-wild enclosure) di Pulau Ungka. Mereka masih lagi dalam pemerhatian pihak pakar dalam kalangan PERHILITAN. Tidak pasti jika mereka boleh pulih sepenuhnya – tetapi asas ini membuktikan hujah Darwin, bahawa haiwan akan berubah apabila melalui cabaran besar.
Jadi menjawab persoalan asal, “kenapa tidak berevolusi?” Memang berevolusilah namanya. Cuma fitrah evolusi takkan mengubah begitu ketara. Ungka berevolusi menjadi ungka. Beruk berevolusi menjadi beruk. Manusia berevolusi menjadi manusia. Itulah asas yang ramai belum tahu… tetapi apabila diberitahu, boleh menyindir pula.
Kalau korang berminat nak tahu soal kehidupan, jemput beli buku BIOLOGIA. Buku ni ada kat Shopee di https://bit.ly/biologiashopee
RUJUKAN:
Claeys, G. (2000). The Survival of the Fittest and the Origins of Social Darwinism. Journal of the History of Ideas. 61 (2): 223-240.
Gani, M., et al. (2021). Taxonomic and genetic assessment of captive white-handed gibbons (Hylobates lar) in Peninsular Malaysia with implications toward conservation translocation and reintroduction programmes. ZooKeys. 1076 (25).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih