Siapa saja yang melihat statistik terbaru Covid-19 pasti merasa pilu dengan apa yang berlaku. Namun begitu, situasi ini juga turut membawa kepada pelbagai inovasi dan ciptaan baru lebih-lebih lagi sebagai solusi mendepani Covid-19. Semalam sekumpulan saintis tempatan berjaya menghasilkan kit ujian pantas atau ‘rapid test kit’ pertama di dunia yang mempunyai ketepatan bacaan sama dengan ujian dilakukan di makmal.

Inovasi ini dihasilkan sekumpulan saintis diketuai Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, warga Malaysia pertama yang melancarkan alat sensor deria Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) bagi mengukur dan memantau organisma satu sel di angkasa.

Kumpulan saintis ini turut tersenarai sebagai antara 15 finalis bagi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) iaitu MIT Solve Challenge. MIT Solve Challenge dilihat sebagai platform pemasaran bagi inovasi impak sosial dari seluruh dunia dan peluang bagi usahawan teknologi mengembangkan potensi mereka.

Dr Wan Wardatul Amani menjelaskan, kit ujian pantas dihasilkan mereka itu mampu mengesan COVID-19 menggunakan air liur berbanding teknologi sedia ada. Ini kerana inovasi dihasilkan mampu mengesan COVID-19, walaupun air liur individu terbabit tidak mengandungi banyak virus lain pada kadar lebih murah dan cepat.

Tambah beliau lagi, projek itu pada asalnya merupakan cubaan untuk membangunkan alat bacaan glukos lebih baik yang mampu mengesan kandungan gula melalui air liur. “Inovasi ini bermula apabila saya dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) membangunkan sensor untuk mengesan bakteria berbahaya yang digunakan semasa musibah banjir di Kuala Krai, Kelantan pada tahun 2014.

“Bagaimanapun, kumpulan saya mula memikirkan idea untuk bantu memerangi COVID-19, ketika w4bak itu melanda seluruh negara. Dari situ kita cuba kembangkan teknologi digunakan untuk saringan Covid-19,” katanya dalam satu temubual bersama Berita Harian semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) nanoSkunkWorkX Sdn Bhd, Iqbal Shamsul, berkata pihaknya sedang mencari dana untuk memasarkan alat berkenaan dan mensasarkan negara sebagai hab inovasi terbabit.

Selain itu, beliau juga berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi membentangkan hasil inovasi berkenaan. “Kita masih menunggu maklum balas daripada National Technology & Innovation Sandbox (NTIS), selain mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menolak permohonan kami.

“Kita berharap Malaysia mampu menjadi hab penghasilan alat ini kerana ini merupakan hasil inovasi anak tempatan, selain sensor strip bagi alat ini boleh dijual pada harga kurang daripada RM4, jika ia dipasarkan secara meluas nanti,” katanya.

Pencapaian kumpulan saintis tempatan ini mengharumkan negara dalam arena sains dan teknologi. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi satu hantaran Facebooknya menjelaskan, pihaknya bangga dengan pencapaian kumpulan saintis tempatan berkenaan.

“Dr Wan Wardatul Amani dan pasukannya kini menerajui sebuah penyelesaian dengan menghasilkan Hybrid Rapid Test Kit dengan elemen teknologi nano bagi melakukan ujian saringan COVID-19 di mana saja dengan mudah dan berkesan.

“Sehingga hantaran ini ditulis, pasukan Dr Wan Wardatul Amani mendahului pasukan lain bagi memenangi anugerah ini. Bagaimanapun, mereka masih memerlukan undian anda semua bagi memastikan kejayaannya dengan baki beberapa hari lagi sebelum undian ditutup,” katanya.

Bagi yang mahu membantu undian kumpulan saintis Malaysia ini, anda boleh mengunjungi laman sesawang https://solve.mit.edu/challenges/health-security-pandemics/solutions.

RUJUKAN:

Muzamir, Muhammad Yusri. (2020). Saintis negara cipta kit ujian pantas COVID-19. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/731409/saintis-negara-cipta-kit-ujian-pantas-covid-19


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.