Sebut saja si.h.ir, sesetengah orang menganggapnya sebagai perkara karut dan tahyul. Tetapi ia bukan satu ilusi tetapi hakikat seperti dinyatakan dalam Kalamullah. Firman Allah s.w.t dalam ayat 102, Surah al-Baqarah mafhumnya:
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran si.h.ir yang dibacakan oleh puak-puak sya.it.an dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan si.h.ir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak sya.it.an itulah yang kafir (dengan amalan si.h.irnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu si.h.ir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),
Sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu si.h.ir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mu.da.rat (atau memba.ha.yakan) dengan si.h.ir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu si.h.ir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”
Salah satu bukti kewujudan si.h.ir ialah penemuan sebuah periuk tembikar di sebuah bangunan di Agora of Athens, Greece pada 2006. Semasa diperiksa oleh pengkaji-pengkaji arkeologi, ia mengandungi tu.la.ng-tu.la.ng ayam yang telah dipa.ta.hkan dan duit syiling gangsa. Ia diletakkan di beberapa kawasan unggun api di situ dengan tujuan meningkatkan kuasa sumpahan mereka.
Analisis mereka mendapati si.h.ir ini dibuat dengan tujuan mengenakan 55 orang mangsa agar mereka menjadi lumpuh. Nama-nama mangsa turut disenaraikan pada periuk tembikar berkenaan. Menurut penulis kajian Profesor Jessica Lamont dari Universiti Yale, Connecticut, tu.la.ng-tu.la.ng ayam yang ditemui ialah seekor anak ayam yang berusia tujuh bulan.
Beliau berpandangan pemilihan anak ayam dianggap simbolik kerana ia melambangkan ketidakupayaannya melindungi diri sendiri dan ia diharap dipindahkan kepada mangsa yang disasarkan. Apabila sumpahan itu dikenakan, mangsa akan dihalang daripada menggunakan pancainderanya dan anggota badan – komponen penting bagi mangsa yang bekerja sebagai artisan.
Di samping penemuan tu.la.ng-tu.la.ng ayam dan nama mangsa pada tembikar, pengkaji arkeologi turut menemui sebuah paku besar yang ditu.s.uk pada tembikar berkenaan. Mengikut kepercayaan orang Yunani ketika itu, ia melambangkan mangsa tidak berupaya melawan sumpahan yang dikenakan. Ia biasanya dilakukan sebelum tembikar itu ditanam atau disimpan di tempat yang tidak dilihat orang.
Melihat kepada senarai nama yang diletakkan dalam tembikar berkenaan, Prof Lamont percaya si.h.ir ini dilakukan oleh seorang atau dua orang pelaku yang merasakan mereka dianiaya. Sumpahan sebegini selalunya ditujukan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam perbicaraan seperti saksi, ahli keluarga atau kenalan pihak yang menentang mereka.
Hipotesis ini turut disokong dengan kepentingan Athens pada abad keempat SM. Semasa tempoh berkenaan, perbicaraan banyak dijalankan sebagai cara menyelesaikan pertelagahan dan kebiasaannya, ia menarik perhatian ramai orang. Dan melihat lokasi ia ditanam di bangunan yang pernah digunakan oleh golongan artisan, Prof Lamont merumuskan ianya berkait dengan pertelagahan di tempat kerja.
Dan pertelagahan sebegini tidak sah jika ia tidak dicampur dengan perebutan kuasa politik di peringkat tertinggi. Menerusi pentarikhan karbon, tembikar tersebut dikatakan sudah wujud sejak 300 SM, dua dekad selepas kemangkatan Alexander the Great pada 323 SM. Selepas kemangkatan penakluk berdarah Macedonia itu, sudah pasti ramai pihak mengintai merebut takhta termasuk kekuasaan negara kota seperti Athens.
Nota kaki
- Agora: ruangan awam yang berperanan sebagai pusat kebudayaan, kesenian, perdagangan, sosial dan spiritual negara-negara kota Yunani.
- Artisan: orang yang mahir dalam pekerjaan tangan atau pertukangan.
RUJUKAN:
Randall, I. (2021). ‘Magic’ ceramic jar filled with the (DITAPIS) of a (DITAPIS) CHICKEN was likely part of an ancient curse to (DITAPIS) 55 people in ancient Athens 2,300 years ago, experts say. Daily Mail.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih