Bagi yang biasa menonton dokumentari alamiah, pasti merasa takjub melihat hidupan-hidupan marin yang menghuni kawasan dasar laut. Kawasan dasar laut yang gelap dan tidak dapat ditembusi oleh cahaya matahari memaksa hidupan-hidupan ini berevolusi dan mengubah penampilan fizikal mereka. Tetapi bagi satu jenis bintang rapuh ini, penampilan fizikalnya tidak pernah berubah sejak permulaan zaman Jurassic.
Spesies terbaru bintang rapuh ini dijumpai pengkaji marin pada 2011 di puncak Banc Durand. Banc Durand ialah nama sebuah gunung bawah laut di selatan Laut Pasifik yang terletak 120 batu di timur New Caledonia.
Bintang rapuh ini diberi nama saintifik Ophiojura exbodi ini mempunyai lapan lengan lengkap dengan duri, lain dari yang lain jika dibandingkan jenis-jenis bintang rapuh lain. Dan sesiapa yang melihat mulut Ophiojura mempunyai lapan set gigi ta.ja.m persis binatang buas.
Dalam laporan yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B, kurator kanan Museums Victoria, Australia Tim O’Hara mempunyai teori berkenaan spesies baru bintang rapuh ini. Beliau percaya Ophiojura bukan saja spesies baru tetapi juga merupakan genus dan keluarga baru filum Echinodermata.
O’Hara percaya set gigi ta.ja.m yang dimiliki Ophiojura bertujuan untuk menangkap dan mengo.ya.k mangsanya. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian beliau ialah lapan lengan yang dimiliki bintang rapuh itu. Ini kerana kebiasaannya, bintang rapuh mempunyai lima atau enam lengan dan dalam kes yang jarang, 10 lengan. Tetapi yang ini hanya mempunyai lapan lengan, sesuatu yang dianggap istimewa untuk spesies baru bintang rapuh itu.
Bagi mengesahkan kedudukannya sebagai spesies baru bintang rapuh, sampel lengan Ophiojura dihantar kepada rakan pengkaji, Ben Thuy dari Muzium Sejarah Alam Semulajadi Kebangsaan di Luxembourg. Thuy mendapati ia bukan saja spesies baru tetapi spesies purba memandangkan ia mempunyai persamaan dengan beberapa mikrofosil era awal Jurassic yang ditemui di utara Perancis.
O’Hara percaya spesies bintang rapuh ini merupakan spesies yang unik dan terakhir daripada jurai keturunan spesies hidupan purba. Ini menjadikan Ophiojura berkongsi status spesies purba dengan ikan selakant (Coelacanth) dan sejenis reptilia bernama tuatara. Bagaimanapun, disebabkan mereka hanya mempunyai satu spesimen Ophiojura yang ma.ti, ini meninggalkan kedua-duanya dengan lebih banyak soalan daripada jawapan.
Ini kerana masih banyak yang belum diketahui tentang Ophiojura itu. Justeru, O’Hara merancang untuk mengetuai satu lagi ekspedisi penyelidikan untuk mengkaji gunung-gunung bawah laut di Lautan Hindi pada Julai ini. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada mereka berpeluang untuk kembali ke New Caledonia atau tidak. Jika mereka tidak berpeluang berbuat demikian, ini merupakan kali terakhir mereka melihat spesies unik bintang rapuh itu.
RUJUKAN:
Avery, Dan. (2021). Jurassic-era fish – with arms covered in hooks and EIGHT sets of ra.zo.r-sh.ar.p teeth – has been discovered in the deepest parts of the ocean. Daily Mail.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih