Adegan dalam filem tidak seharusnya dijadikan sumber fakta. Kerana filem perlu ada babak menarik untuk kenikmatan mata. Semua harus teruja kalau tengok filem.
Jadi pengeluar filem semestinya akan menyimpang daripada landasan fakta untuk menyediakan nikmat yang mengujakan. Tengok saja filem Jurassic Park – macam mana Tyrannosaurus rex dipaparkan sebagai Raja Segala Raja.
Hakikatnya lain. Kerana pakar paleontologi baru menemui sebuah fosil yang menyimpan beribu cerita.
Bumi Montana dulu pernah diberkati dengan lumrah alam sesuai untuk kehidupan. Begitu banyak dinosaur bertebaran di atasnya, sambil menumpang berkat tanah ini. Tumbuh-tumbuhan mengenyangkan perut herbivor yang nanti akan berakhir dalam rahang karnivor.
Namun kadangkala herbivor tidak menyerah kalah begitu saja. Maka Montana kini dikenang sebagai satu-satunya negeri Amerika Syarikat yang menyimpan rahsia sekalian alam. Di sini lapisan tanah menyembunyikan dua tengkorak dinosaur.
Penemuan ini memberitahu kita rupa-rupanya Tyrannosaur sedang bertαrµng dengan Triceratops. Entah kenapa, kedua-duanya tewas dalam pertεmpµrαη itu. Mereka menyembah bumi dan pergi buat selamanya, hanya menjadi tulang untuk tatapan manusia.
Kajian awal mendapati Tyrannosaur menggαnαs seperti biasa. Namun begitu, Triceratops mempunyai jiwa pejµαηg. Ia tidak tunduk dengan semangat lαwαn tetap lαwαn. Dengan gigi taring Tyrannosaur sudahpun terbenam dalam tubuh, Triceratops enggan mengaku kalah.
Triceratops jelas sekali mαti kerana tidak mampu menandingi Tyrannosaur. Namun yang menghairankan, kenapa Tyrannosaur pula mαti sekali? Mesti ada sebab.
Mengenali Biologi Triceratops
Kalau tengok tubuh Triceratops, mesti ramai terfikir: apakah ini moyang badak sumbu? Nampak seolah-olah sama.
Dengan badan besar berkaki empat serta sumbu begitu kuat. Sumbu ini pula dilengkapkan dengan sepasang tanduk serba tajam, cukup untuk melindungi diri pada ambang bαhαyα.
Panjangnya pula boleh mencecah sembilan meter, jelas sekali seekor haiwan yang berdaya dengan tenaga sangat kuat. Hubungan Tyrannosaur dan Triceratops pula mesti sama seperti badak dengan buaya (walaupun tiada kaitan biologi).
Mereka tidak selalu berperαηg. Tetapi kalau berperαηg, mesti hebat punyalah.
Triceratops mempunyai sejenis mahkota yang kelihatan seperti telinga gajah. Mahkota ini adalah tulang lembut yang dipercayai mempunyai unsur pengenalan diri dan tarikan dominasi.
Dalam keadaan tertentu, mahkota ini nampak sangat boleh melindungi leher triceratops daripada taring mµsµh.
Ilmu Menjenguk, Rezeki Bergolek
Penemuan fosil Tyrannosaur dan Triceratops mendapat nama sejak tahun 2006 lagi. The Dueling Dinosaurs ditemui sekumpulan pencari fosil profesional. Walaupun sudah lama, usaha mereka bergerak dengan perlahan.
Kerana berat rangka ini mencecah 14,000 kilogram, tidak termasuk dengan lapisan tanah lagi. Malah mereka juga perlu menguruskan hal ehwal pembelian.
Pihak Museum of Natural Sciences mempunyai sebuah kumpulan iaitu Friends of the North Carolina. Kumpulan ini melaksanakan kerja paleontologi bagi memastikan rangka purba ini pergi ke tangan bertanggungjawab.
Mereka membeli rangka ini dengan harga yang tidak diisytiharkan secara umum. Namun mereka kemudian mendermakan rangka ini kepada pihak muzium untuk pameran bermula tahun ini. Pernah saja The Dueling Dinosaurs masuk dalam lelongan.
Pada tahun 2013, lelongan dimulakan di Bonhams dengan harga permulaan sebanyak AS$6 juta. Tiada siapa sudi membeli.
Memandangkan sekarang The Dueling Dinosaurs dipegang pihak muzium, memang tidak lama lagi semua akan tahu apa yang sebenarnya berlaku. Akhirnya rangka dinosaur ini akan dikaji. Dan hasilnya akan menjadi ilmu untuk orang ramai kenang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih