Sesiapa yang melayan filem Tomb Raider mesti kenal nama Himiko. Dalam filem tersebut, Himiko pada mulanya digambarkan sebagai seorang maharani yang ganas.

Jiwa Himiko tampak seperti pemimpin bersakti (magical leader) yang mendahagakan kuasa melalui darah. Jadi mereka menghalau Himiko jauh untuk dikebumikan hidup-hidup.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Walau bagaimanapun, filem tersebut membuat plot twist kemudian memaniskan imej Himiko bukan sebagai penguasa zalim. Sebaliknya baginda adalah seorang pembawa penyakit (disease carrier).

Himiko dalam filem.

Jadi baginda sendiri rela meninggalkan Jepun untuk menyendiri di sebuah pulau terasing sampai mati di sana dan dikebumikan dalam makam rahsia.

Imej zalim itu adalah untuk memastikan tiada siapa cari makam baginda, untuk memelihara dunia ini daripada bencana penyakit yang menanti.

Himiko sebenarnya adalah seorang figura sejarah yang berlagenda. Baginda dipercayai hidup antara tahun 170 hingga 240 dengan gelaran Shingi Wao, iaitu “Pemimpin Wa atau Sahabat Wei”.

Gambaran yang memberi wajah pada Himiko.

Dan baginda juga menguasai ilmu perbomohan sampai menjadi seorang pawang (shaman) yang menakutkan ramai.

Pengaruhnya sangat dahsyat sampai bangsa Yayoi pilih baginda sebagai pemimpin selepas berdekad dalam peperangan menentang raja-raja Jepun Awal. Jadi sumber Hollywood separa benar, kerana Himiko memang berkuasa secara sakti pun (Thompson, 2018).

Meluaskan Lagenda Himiko

Saintis menemui banyak cermin yang ditarikh secara radiokarbon daripada zaman Himiko. Salah satu cermin ini ditemui dalam Makam Higashinomiya.

Ada catatan menyatakan bahawa seorang maharaja China menyerahkan 100 buah cermin gangsa sebagai hadiah buat Himiko.

Ketika itu cermin adalah hadiah yang paling berharga sampai boleh menjalinkan hubungan diplomasi secara politik.

Catatan ini adalah The Records of the Three Kingdoms yang dianggap salah satu sumber sahih tentang dinasti China.

Akan tetapi, hanya dinasti China sahaja yang bercerita tentang Himiko… sumber Jepun tidak langsung (atau sangat kurang) bercakap seolah-olah Himiko adalah seorang figura tidak diingini bangsa.

Perkara ini menimbulkan persoalan tentang legitimasi Himiko sebagai penguasa Yamatai. Sampai hari ini sarjana sejarah tidak tahu lokasi sebenar Yamatai, yang katanya menguasai lebih daripada 30 negara dalam Kepulauan Jepun.

Kekurangan sumber menyebabkan sarjana sejarah berpaling ke arah budaya lain, seperti China (dan Korea).

Sumber Korea mengatakan Himiko hantar wakilnya untuk berbicara dengan Raja Adalla di Silla pada Mei 173.

Paling banyak kira sumber China, sampai pakar-pakar arkeologi China berebut untuk mengenali Himiko. Tanpa catatan tempatan, Himiko lebih mudah dirungkaikan melalui cermin-cermin Wei (Kidder, 2007).

Contoh cermin Wei daripada zaman Himiko.

Nama pembuat cermin ini terpahat pula pada bingkainya. Jadi semua orang tahu Himiko mendapat cermin buatan Chen, Zhang dan Wu… ketiga-tiganya adalah nama China.

Tetapi sejarawan bertanya pula, kenapa Himiko tidak terima cermin daripada Wong dan Wang – dua nama pembuat cermin paling popular zaman dulu.

Jadi persoalan demi persoalan timbul setiap kali mereka cuba menyelesaikan kemelut berkaitan Himiko.

Cuba bayangkan: agak pelik juga – Himiko dikhabarkan hebat sampai menguasai rantau.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Namun tiada gambar langsung pasal baginda. Ada satu teori menarik yang menjelaskan: musuh Himiko terkemudian mengambil alih tampuk kuasa, sekali gus melenyapkan wajah Himiko daripada ingatan zaman.

Dengan Jepun sekarang ini lebih terbuka tanpa perlu berselindung tentang lagenda, Himiko mendapat banyak perhatian daripada para sarjana. Mungkin satu hari nanti, akan ada jawapan lebih jelas… tentang lokasi sebenar kerajaan Yamatai yang dikhabarkan sangat agung dan gagah.

RUJUKAN:

Kidder, J.E. (2007). Himiko and Japan’s Elusive Chiefdom of Yamatai: Archaeology, History, and Mythology. University of Hawaii Press. Halaman 169-172.

Thompson, E. (2018, Mac 19). That Japanese Death Queen From Tomb Raider Was Real. Cosmopolitan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply