Dengan alam semesta terbentang luas di luar sana, ia membuka kepada pelbagai kemungkinan termasuk planet dan bulan baru. Usah terkejut jika ada bulan yang mencapai saiz sebesar planet yang dikenali sebagai bulan super seperti yang ditemui pada 2018. Dan terkini, pasukan pengkaji astronomi percaya mereka telah menemui bulan super kedua.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Pasukan Cool Worlds dari Universiti Columbia merupakan pasukan yang bertanggungjawab menemui kedua-dua bulan super itu. Pasukan yang diketuai Dr David Kipping itu percaya bulan super kedua ini beredar mengelilingi sebuah planet yang dikenali sebagai Kepler 1708b. Planet ini terletak kira-kira 5,500 tahun cahaya dari bumi.

Dr Kipping dan para pengkaji percaya bulan super berada di Kepler 1708b kerana kecerahan planet itu berkurangan dengan banyak apabila mengelilingi bintang Kepler 1708. Ia juga dianggap konsisten dengan perubahan kecil pada bulan dalam jarak radius 12 buah planet (antara Europa hingga Ganymede di sistem Jovian).

Sekiranya penemuan ini berjaya dibuktikan, Kepler 1708b mempunyai radius 2.6 kali ganda lebih besar daripada bumi. Ini menjadikan bulan super itu sebagai dunia gas berbanding objek berbatu. Sebelum ini, Kepler 1708b juga disangka merupakan planet sebelum lebih banyak data mendapati ia sebaliknya.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Begitupun, usaha untuk mengesahkan penemuan Cool Worlds bukan sesuatu yang mudah. Pertama, mereka memerlukan akses teleskop angkasa lepas yang lebih maju seperti Teleskop Angkasa Lepas Hubble atau Teleskop Angkasa Lepas James Webb. Jika berjaya sekalipun, mereka perlu menunggu untuk dua tahun seterusnya. Ini kerana Kepler 1708b hanya dapat dikesan bila beredar selepas tempoh dinyatakan.

Yang pasti, masih ada dalam kalangan komuniti saintifik yang meragui sama ada bulan mampu mencapai saiz sebesar planet. Tetapi dengan melihat pelbagai penemuan planet atau fenomena di angkasa lepas, penulis bersifat terbuka dengan prospek itu. Ini kerana bagi al-Malik yang merupakan pemerintah alam semesta, tiada yang mustahil dalam setiap ciptaan-Nya.

RUJUKAN

Luntz, S. (2022, 13 Januari). Second Potential Supermoon Found Outside The Solar System, And It’s Huge. IFLScience.

Sumber gambar: Helena Valenzuela Widerstrom


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply