Manusia meninggalkan jejak di mana-mana sahaja mereka pergi. Tidak kira zaman sekalipun, seperti yang ditemui para sarjana arkeologi.

Terlalu banyak bukti diselongkar saintis, untuk menjelaskan kepintaran manusia prasejarah yang berkemampuan seperti manusia hari ini. Manusia terbukti mengenakan pakaian sekurang-kurangnya 100,000 tahun yang lalu (Hunt, 2021).

Dapur pula sudah berasap sekitar 400,000 tahun lalu (Lawton, 2016). Peti suara manusia pula sesuai untuk pertuturan selama 200,000 tahun, tanpa sebarang perubahan seperti manusia hari ini (Gutman, 2019).

Tell al-Qaramel mempunyai jejak prasejarah daripada Budaya Natufia.

Jadi manusia prasejarah boleh berpakaian, memasak dan bercakap. Apa lagi manusia prasejarah boleh buat? Memancing.

Kekayaan Bumi Diberkati

Timur Tengah sentiasa mengejutkan dunia arkeologi dengan macam-macam penemuan setiap tahun.

Di sinilah bumi dipijak, dengan budaya purbakala seperti Hassuna dan Natufia yang mewarisi cara hidup prasejarah daripada penghujung zaman Paleolitik iaitu 12,000 tahun lalu.

Tell al-Qaramel mempunyai jejak prasejarah daripada Budaya Natufia.

Sebahagian daripada cara hidup manusia prasejarah adalah membangunkan perindustrian. Macam-macam industri dibangunkan mereka, tetapi tidaklah secanggih manusia sekarang.

Mesir misalnya membangunkan industri peralatan dipanggil Ateria yang lenyap sekitar 20,000 tahun lalu (Schug & Walimbe, 2016).

Peralatan batu daripada Industri Ateria.

Industri pertanian yang dipercayai bermula 23,000 tahun lalu telah banyak membantu manusia prasejarah (Snir, et al., 2015). Pertanian adalah punca manusia berhenti mengamalkan kehidupan nomad iaitu berpindah randah.

Kerana sekitar 12,000 tahun lalu, memang ramai dalam kalangan manusia sudah menetap. Populasi manusia prasejarah ketika ini pula dijangka mencecah 4 juta orang, jauh bertebaran hingga ada yang sudah masuk Alaska melalui sebuah laluan darat di Siberia (Montaigne, 2020).


Wanita prasejarah didapati lebih kuat daripada atlet sekarang.

Dan Sungai Jordan pula mempunyai industri perikanan, sezaman dengan cara hidup kekal. Saintis pada mulanya berdepan dengan kesukaran untuk mengkaji bahan arkeologi perikanan.

Semua boleh bayangkan teknologi ketika itu bergantung pada barangan mudah lupus seperti kayu dan serat.

Tetapi baru-baru ini, saintis menemui sebilangan mata kail daripada sebuah tapak arkeologi Sungai Jordan yang terletak dalam Israel (Pedergana, et al., 2021).

Memahami Teknologi Perikanan Sungai Jordan

Cakap pasal mata kail, janganlah bayangkan jenis besi macam hari ini. 12,000 tahun lalu masih lagi lingkungan antara Paleolitik dan Neolitik, yakni teknologi batu. Walau bagaimanapun, 19 mata kail yang ditemui sebenarnya diperbuat daripada tulang.

Saintis menjelaskan bahawa mata kail ini digunakan bersama enam batu kerikil yang berfungsi sebagai ladung. Sisa serat tumbuh-tumbuhan pada mata kail dan batu kerikil ini adalah bukti tali purbakala. Senang cakap, saintis menemui alat memancing yang tersembunyi tidak jauh daripada sumber air iaitu Sungai Jordan.

Penemuan ini sangat penting kerana mengukuhkan bukti bahawa manusia prasejarah pintar dan berdikari. Ia juga meluaskan pengetahuan sains tentang cara hidup prasejarah.

Gambaran mata kail dan ladung digunakan manusia prasejarah.

Rupa bentuk 19 mata kail ini didapati berbeza antara satu sama lain, barangkali setiap satu untuk lokasi atau keadaan tertentu.

Jadi mudah kata, teknologi memancing ini sangat rumit untuk dibandingkan dengan bayangan sebatang kayu dengan tali tumbuh-tumbuhan. Umpan pun dipercayai tiruan, bukannya semulajadi seperti udang misalnya.

Sains sudah banyak membuktikan bahawa manusia prasejarah hidup jauh lebih lama daripada 10,000 tahun lalu. Sandaran ini adalah fakta paling kukuh yang takkan dapat dinafikan.

RUJUKAN:

Gutman, R. (2019, Disember 12). A ‘Mic Drop’ on a Theory of Language Evolution. The Atlantic.

Hunt, K. (2021, September 16). When did humans start wearing clothes? Discovery in a Moroccan cave sheds some light. CNN.

Lawton, G. (2016, November 2). Every human culture includes cooking – this is how it began. The New Scientist.

Montaigne, F. (2020). The Fertile Shore. Smithsonian Magazine.

Pedergana, A., et al. (2021). Early line and hook fishing at the Epipaleolithic site of Jordan River Dureijat (Northern Israel)PLOS ONE. 16 (10): e0257710.

Schug, G., & Walimbe, S. (2016). A Companion to South Asia in the Past. John Wiley & Sons. Halaman 64.

Snir, A., et al. (2015). The Origin of Cultivation and Proto-Weeds, Long Before Neolithic Farming. PLOS One. 10 (7): e0131422.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply