Pada tahun 2022, Jerman digemparkan dengan penemuan pedang milik samurai Jepun di ibu kota Berlin, terutamanya di kawasan pertempuran semasa era Perang Dunia Kedua!
Bagaimana pedang dari Jepun boleh tiba di tanah Eropah ini? Adakah para samurai dibawa oleh tentera Jerman untuk bantu mereka bertempur?
Menurut laporan dari Berlin Staatliche Museum, kumpulan ahli arkeologi dari Berlin State Office for Monument Preservation sedang menggali tapak Molkenmarkt yang pernah menjadi kawasan kediaman sebelum musnah akibat Perang Dunia Kedua.
Pada tahun 1960-an, terdapat usaha untuk bangunkan semula penempatan Molkenmarkt tetapi ada saki-baki ruangan bawah tanah yang lama. Di sinilah para ahli arkeologi Jerman memulakan penggalian untuk mencari barang tinggalan dari era Perang Dunia Kedua.
Banyak alatan dan senjata Perang Dunia Kedua yang ditemui, kemudian mereka menemui pedang pendek yang telah berkarat. Andaian pertama ialah pedang itu adalah pedang upacara ketenteraan. Tapi, rupa-rupanya mereka temui pedang yang begitu unik!
Setelah pedang itu dipulihara dan diselidik, ternyata pedang pendek itu ialah pedang dari Jepun bernama Wakizashi! Wakizashi ialah pedang pendek yang sentiasa dibawa oleh para samurai, berfungsi sebagai pedang kedua bersama-sama pedang katana yang lebih panjang.
Pada pemegang Wakizashi pula terdapat beberapa balutan kain dan ada ukiran bermotif dewa bernama Daikoku. Daikoku ialah salah satu tujuh dewa tuah. Daikoku biasa dikenali dengan membawa tukul dan karung beras, menunjukkan simbol keberkatan dan tuah.
Ditambah lagi dengan ukiran bunga kekwa, juga menunjukkan bahawa Wakizashi ini berasal dari era Edo (abad ke-17 hingga ke-19 Masihi). Dengan kesemua penelitian ini, persoalan utama sekarang ialah, bagaimana pedang Wakizashi ini boleh tertanam di Jerman?
Ada satu kemungkinan saja yang nampak logik di sebalik kekeliruan ini, iaitu pedang Wakizashi ini adalah hadiah dari golongan diplomat Jepun dalam lawatan ke Jerman pada abad ke-19 Masihi.
Misi Takenouchi pada tahun 1862 dan Misi Iwakura pada tahun 1873 ialah dua peristiwa penting dalam mengeratkan hubungan diplomatik antara Jepun dan negara Eropah seperti Jerman.
Kawasan Molkenmarkt pada asalnya ialah tapak istana Berlin yang menjadi singgahsana Maharaja Wilhelm I (1871 – 1888) yang memerintah Empayar Jerman. Berkemungkinan besar baginda menerima Wakizashi dari para diplomat Jepun.
Tapi teori ini masih diperdebatkan dalam kalangan sejarawan sana. Kalau benar Wakizashi ini hadiah kepada maharaja Empayar Jerman, mungkin kita dapat korek hubungan diplomatik kedua-dua kuasa ini dengan mendalam lagi!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih