Pepatung ada fitrah yang kelihatan ringkas. Ramai percaya serangga ini hanya boleh hidup selama 24 jam. Hakikatnya, purata jangka hayat seekor pepatung adalah antara 7 hingga 56 hari tertakluk kepada spesis.
Pepatung ada banyak spesis, hampir 3,000 spesis yang berbeza antara satu sama lain (Howard, 2020).
Jadi kebolehan pepatung ini mungkin ada pada pepatung spesis itu… tetapi kebolehan pepatung itu tiada pada pepatung spesis ini. Mereka makan pun biasanya serangga kecil yang lain, seperti nyamuk misalnya (Glaser, 2008).
Selama ini ada satu hipotesis tentang pepatung yang nampak mustahil. Saintis berpendapat pepatung pernah merentasi Lautan Hindi daripada India ke Afrika (Anderson, 2009).
Sebab ada pepatung spesis pantala flavescens di Maldives… juga Asia Tenggara (ke Australia) dan Afrika (ke Selatan Eropah).
Penghijrahan dan penyebaran spesis adalah suatu perkara yang biasa. Mungkin dulu pepatung Afrika berterbang antara sempadan ke sempadan, bertelur-pinak yang mana anak cucu mereka meneruskan legasi penghijrahan ini.
Akan tetapi, saintis berpendapat penghijrahan p. flavescens sebenarnya berlaku secara individu. Bermakna seekor pepatung terbang merentasi Lautan Hindi, nun jauh ke Afrika daripada India.
Hipotesis ini berlegar selama 12 tahun, tanpa jawapan sampailah tahun ini apabila sekumpulan saintis akhirnya berusaha mencari jawapan.
Migrasi Agung Sang Pepatung
Lautan Hindi terbentang luas dengan lingkungan jarak sekitar 2,500 kilometer. Itu paling dekat antara Mumbai dan Tohen. Taburan p. flavescens pula sangat rambang, membuatkan perjalanan mereka barangkali lebih jauh lagi.
Apa-apa pun, biar Mumbai-Tohen menjadi sandaran dulu. Untuk merentasi laut seluas ini, pepatung perlu ada tenaga yang cukup.
Saintis daripada Universiti Lund mengenal pasti tentang keperluan tenaga terlebih dahulu. Berapa lama seekor pepatung boleh terbang dengan perut kenyang?
Dapatan mereka tidak konklusif. Yang pasti, pepatung tidak mampu terbang 2,500 kilometer sekali jalan.
Walau bagaimanapun, mereka mungkin boleh jika dibantu angin. Mungkin dan jika. Tidak konklusif. Ada kebarangkalian. Data ini dikenal pasti guna kaedah simulasi. Saintis mereka sebuah perjalanan maya dengan komposisi biologi p. flavescens. Dan simulasi ini mengesahkan 15 peratus pepatung boleh terbang merentasi lautan ketika musim bunga. Dan semasa musim luruh, 40 peratus boleh terbang balik.
Angin Sebagai Kunci
P. flavescens bukan satu-satunya haiwan yang boleh merentasi lautan jika dibantu angin. Saintis mendapati benda yang sama pada burung helang (amur falcon) dan burung cuckoo Jacobin. Tetapi ada perbezaan ketara antara tiga haiwan ini.
Amur falcon kalau ternampak ikan di laut pun boleh kenyang. Burung cuckoo pun barangkali boleh bersinggah sana ini. P. flavescens pula hanya dengan berat 300 milligram (0.3 gram) boleh terbang begini jauh.
Sekalipun dibantu angin, jelas sekali fitrah p. flavescens adalah luar jangka. Namun mereka sekarang berdepan dengan cabaran baru iaitu perubahan iklim yang mungkin mengubah aktiviti angin oleh kerana permukaan air laut menjadi panas. Jika angin terhenti, pepatung takkan boleh merentasi laut.
Mereka mungkin akan bersaingan dalam sesuatu ekosistem endemik, sekali gus membuka jendela biologi baharu dalam alam mereka. Dan tanpa migrasi, ini juga boleh menyebabkan penularan sesuatu penyakit.
Cuma itu adalah andaian tanpa sokongan kajian. Asasnya ada – tanpa penyebaran yang teratur, sesuatu spesis akan berkampung dalam suatu tempat secara tertumpu. Tetapi semua sudah tahu: apabila alam semulajadi diubah, buruk padahnya.
RUJUKAN:
Anderson, R. (2009). Do dragonflies migrate across the Western Indian Ocean. Journal of Tropical Ecology. 25: 347-358.
Glaser, L. (2008). Dazzling Dragonflies: A Life Cycle Story. Millbrook Press.
Howard, J. (2020). Encyclopedia of Insects. Quarto Publishing. Halaman 14.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih