Kebiasaannya, kita hanya mendengar perihal manusia ketagih da.da.h. Tetapi mengikut laporan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Experimental Biology, hidupan air seperti ikan juga boleh menjadi menjadi ketagih bila didedahkan dengan bahan itu dalam air.
Kesimpulan ini dibuat penulis kajian merangkap pakar ekologi tingkah laku dari Universiti Sains Hidupan Czech (Czech University of Life Sciences) di Prague, Pavel Horky. Apabila bahan-bahan pencemar terlepas ke dalam air seperti amphetamina walaupun selepas dirawat loji rawatan air, ini mendorong hidupan air yang terkena berkumpul berhampiran tempat bahan pencemar ini dilepaskan untuk mendapatkannya.
Bagi menguji sama ada perkara ini benar atau tidak, seekor ikan trout diletakkan dalam tangki air yang dicampur satu mikrogram methamphetamina selama dua bulan. Dos ini merupakan dos da.da.h yang biasa ditemui dalam sungai-sungai air tawar. Selepas itu, ia dipindahkan ke tangki air tawar baru tetapi ia diberi pilihan sama ada masuk ke air tawar biasa atau air bercampur metamphetamina. Pilihan ini dibuat selang sehari selama 10 hari.
Pasukan pengkaji mendapati ikan yang ketagih bahan tersebut akan mengalami kekurangan da.da.h dalam badan mereka. Bila itu berlaku, ia akan cuba mencari da.da.h berkenaan bagi melegakan ketagihan mereka. Untuk empat hari pertama, ikan yang berada dalam tangki air bercampur metamphetamina lebih berkemungkinan kembali mencari air tersebut berbanding ikan yang tidak lama didedahkan dengan air tersebut.
Semasa tempoh ini juga, ikan trout yang didedahkan dengan metamphetamina dilihat tidak aktif berbanding ikan kawalan. Hasil analisis mendapati wujud unsur da.da.h pada otak ikan berkenaan selepas didedahkan dengan unsur berkenaan selama 10 hari.
Bagi Emma Rosi dari Institut Penyelidikan Ekosistem Cary, Universiti Georgia, ini menunjukkan bagaimana sisa air terawat termasuk sisa farmasi boleh menjejaskan hidupan marin termasuk ikan. Dalam sesetengah kes, air yang dicemari bahan kimia menyebabkan sesetengah ikan jantan mengeluarkan telur atau katak hermafrodit.
Disebabkan kajian ini dibuat dalam makmal, tidak diketahui bagaimana bahan ini mengubah perilaku ikan dalam persekitaran dunia sebenar. Ini sisa air terawat yang dilepaskan mengandungi pelbagai jenis bahan pencemar dan nutrien yang boleh memberi kesan berbeza berbanding amphetamina.
Begitupun, Rosi melihat keputusan kajian ini seharusnya memberi motivasi kepada negara-negara global dan kumpulan-kumpulan pencinta alam agar memberi fokus kepada menambahbaik kesihatan laluan-laluan air. Ini termasuk mengadakan ujian air yang lebih kerap dan menambahbaik sistem rawatan air bagi mengeluarkan lebih banyak bahan pencemar seperti da.da.h dan bahan farmasi. Jika ini dapat diambil kira, ia dapat menjadikan sistem rawatan air sedia ada menjadi lebih berkesan dan mengelakkan bahan-bahan ini terlepas ke luar.
RUJUKAN:
Arnold, Carrie. (2021). Trout can become ‘addicted’ to meth. Here’s why that’s so scary. National Geographic. Diambil dari https://www.nationalgeographic.com/animals/article/trout-can-become-addicted-to-meth-heres-why-thats-so-scary
Chadwick, Jonathan. (2021). Fish are getting addicted to CRYSTAL METH: Brown trout exposed to illegal drugs flushed into rivers and streams by humans for just two months show signs of addiction, study warns. Daily Mail. Diambil dari https://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-9761417/Trout-addicted-meth-rivers-study-warns.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih