Dinosaur pernah bertaburan di atas alam ini dengan segala kenikmatan darat dan laut. Segalanya berakhir sekitar 66 juta tahun dahulu, apabila peristiwa kepµpµsan melanda seluruh Bumi barangkali angkara sebutir batu angkasa berdiameter hanya 10 kilometer.
Heηtαmαn batu ini menyebabkan sebuah kawah sangat besar di Mexico. Semua jenis haiwan berkaki empat yang melebihi 25 kilogram tµmbαηg oleh kerana ada gangguan besar pada rantaian makanan (Muench, et al., 2000).
Itulah pendapat saintifik yang dipegang begitu lama. Dinosaur hidup sihat walafiat. Tiba-tiba nasib mereka berubah. Namun pendapat ini semakin dibetulkan saban tahun dengan teknologi baru mengajar saintis tentang kehidupan purbakala.
Sekarang ada pengetahuan baru, bahawa alam sudah meηghιδαpι καηsεr… dan asteroid itu hanyalah pelµrµ pada kepala.
Sekumpulan saintis daripada Perancis mengkaji data yang diperolehi daripada 1,600 fosil dinosaur. Misi kajian ini diketuai Fabien Condamine daripada Institut Sains Evolusi Montpellier.
Dan mereka mengenal pasti sejenis trend menarik yang boleh disahkan saintis lain. Alam ini dari dulu hingga sekarang memiliki suatu imbangan kepelbagaian.
Maksudnya, kepelbagaian kehidupan itu sendiri harus seimbang meskipun sudah berkurun lamanya. Jika tidak seimbang, maknanya kurang berpelbagaian. Andainya kurang berpelbagaian, memang alam tidak lagi seimbang.
Kumpulan Condamine mula menganalisis fosil daripada haiwan jutaan tahun sebelum peristiwa kepµpµsan. Kerana mereka perlu menjejak proses evolusi haiwan pada zaman tersebut.
Namun dapatan mereka mendedahkan satu perkara menarik yang tidak difikirkan dulu. Bahawa dinosaur sebenarnya semakin pµpµs sebelum batu angkasa mengunjung.
Limpahan Yang Menjejaskan Ekosistem
Dulu semua berfikir bahawa Tyrannosaurus rex barangkali masih hidup kalau dinosaur tidak dipµpµskan. Realiti akhirnya terbukti. Asteroid itu hanyalah asbab sahaja.
Pada penghujung zaman dinosaur, Bumi sudah memasuki satu fasa penyejukan. Kalau sekarang dipanggil pemanasan global, waktu itu adalah penyejukan global. Walaupun bunyinya nyaman, penyejukan global mendatangkan tempias luar jangka bagaikan limpahan yang menjejaskan ekosistem.
Apabila Bumi menyejuk, banyak tumbuh-tumbuhan menjadi layu dan tidak berdaya saing seperti sebelumnya. Impak pada tumbuh-tumbuhan menjejaskan kemandirian spesis herbivor.
Pengurangan dinosaur herbivor memberi kesan limpahan terhadap dinosaur karnivor. Rupanya rantaian makanan sudah terganggu sebelum peristiwa kepµpµsan lagi.
Cuma sekarang ini, seperti yang diceritakan: alam sudah meηghιδαpι καηsεr… asteroid hanyalah pelµrµ.
Andainya tiada tembαkαn pada kepala sekalipun, tubuh badan akan menjadi layu dan lemah hingga pergi buat selamanya angkara καηsεr tersebut.
Kumpulan pimpinan Fabien Condamine mencadangkan bahawa dinosaur tetap akan pµpµs walau apa jua cara sekalipun (Charles, 2021). Asteroid hanya menyegerakan sahaja.
Sejarah Sentiasa Berulangan
Sekitar 116 juta tahun dahulu, Bumi menjadi sejuk. Suhu planet turun sehingga 5°C, yang sebenarnya sangat ketara untuk sebilangan haiwan. Proses penyejukan ini berlaku secara berperingkat dan tidak berkekalan pun.
Namun banyak haiwan laut menemui αjαl kerana tidak mampu hidup. (The Conversation, 2013). Perkara ini sudah lama diketahui saintis. Dan ia harus dijelaskan kepada semua… bahawa kehidupan zaman purbakala tidak semudah disangka.
Apa-apa saja boleh berlaku pada bila-bila masa kerana zaman dinosaur itu sendiri sangat panjang, iaitu 165 juta tahun. Sedangkan manusia hanya dalam lingkungan satu juta tahun sahaja.
Haiwan-haiwan ini merasai keindahan Bumi jauh lebih lama untuk dibandingkan dengan manusia. Dan fosil mereka menyimpan maklumat tentang keadaan silam, terutamanya bagaimana keadaan berubah yang boleh menjadi langkah persediaan untuk manusia akan datang.
RUJUKAN:
Charles, K. (2021, Jun 29). Dinosaurs may have already been going (ditapiskan) before the asteroid (ditapiskan). New Scientist.
Muench, D., et al. (2000). Primal Forces. Graphic Arts Center Publishing. Halaman 20.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih