Setiap benda yang hidup akan mati. Setiap spesis bermandiri boleh pupus. Manusia mungkin nampak selesa dengan populasi berbilion. Tetapi sebutir batu angkasa saja sudah cukup untuk mengakhiri segala-galanya. Ataupun sebalang nuklear oleh penguasa yang cukup gila dan idealistik. Itulah lumrah alam yang membuat konsep “jaminan” itu sendiri sangat melucukan. Akan tetapi, apa yang mati tidak semestinya mati. Apa yang pupus mungkin boleh kembali.

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

Bagi mamalia macam manusia, mati sememangnya mati. Tidak mungkin boleh dikembalikan. Tetapi alam makhluk halus (bakteria, bukan jin) lain. Ada yang mati tetapi masih hidup. Itulah dapatan saintis Australia yang menemui mikroorganisme purbakala pada garam. Sebelum mengulas pasal dapatan ini, elok kita tengok dulu satu benda berkaitan yang menarik.

Kerja Hampir Sama

Semua orang pernah dengar tentang Texas. Sebelah barat negeri ini berkongsi sempadan geologi dengan tenggara negeri New Mexico. Sempadan geologi ini dipanggil Salado Formation, lebih kurang 160,000 kilometer persegi. Mudah kata, lagi besar untuk dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Salado Formation didapati amat kaya dengan garam batu (halite) misalnya.

Lokasi Salado Formation. Kotak biru hanya menunjuk arah. Kedudukan tidak semestinya tepat 100%.

Di Salado Formation, saintis menemui bangkai seekor tebuan daripada zaman 30 juta tahun yang lalu. Bangkai ini diawet dalam getah ambar yang keras menjadi batu (macam kes nyamuk dalam Jurassic Park).

Bangkai ini mempunyai sejenis bakteria iaitu Bacillus sphaericus yang sudah pupus. Dengan menggunakan teknik terperinci, saintis berjaya mengaktifkan semula bakteria purbakala ini (Vreeland, et al., 2000).

Kembali Ke Australia

Batu ambar ini ditemui di kawasan garam batu. Kawasan sama ditemui di Australia, dimana saintis menemui organisme dalam sebuah cecair berkantung halus. Sehalus-halus rambut saintis jumpa juga, dengan berkat teknologi canggih iaitu mikroskop cahaya. Dalam kantung ini, ada sejenis bakteria yang berasal daripada zaman purbakala. Ikut anggaran, usia bakteria ini jika masih hidup adalah antara 830 hingga 1 bilion tahun yang lalu (Starr, 2022).

Tebuan dalam batu ambar.

Puncanya sekarang bukan senang untuk kaji benda-benda berkantung. Terlalu sensitif macam segelintir dalam kalangan pembaca sendiri. Asal letak “baginda” pada Firaun saja, melenting tidak ketahuan padahal itulah gelaran sewajarnya untuk para raja. Setiap kali saintis cuba mengkaji, kantung tersebut mesti rosak macam minda penyokong-penyokong politik yang terlalu taasub. Mana tidak rosak – kantung sebelum ini perlu diproses dengan menggunakan jarum. Kemudian kena ada bahan tertentu untuk memecahkan kristal garam supaya boleh dapatkan kantung tersebut.

Kristal garam.

Kajian Australia kali ini bermula dengan cara pemerhatian dulu. Mereka sedang mengkaji bakteria dalam kantung daripada luar. Dan buat masa ini, mereka yakin bakteria tersebut boleh dihidupkan balik. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa guna hidupkan bakteria purbakala balik?

Banyak kegunaannya. Pertama sekali, alam semulajadi ini dibentuk melalui proses evolusi. Proses ini bukan sama sekali beruk menjadi manusia. Itu bukan teori evolusi. Charles Darwin sendiri tidak pernah cakap sedemikian. Sebaliknya proses evolusi adalah perubahan secara perlahan untuk membolehkan sesuatu spesis hidup. Manusia berevolusi menjadi manusia. Beruk berevolusi menjadi beruk. Bakteria jenis A berevolusi menjadi spesis-spesis baharu yang jenisnya masih sama.

Dengan memahami proses evolusi ini, saintis boleh belajar lagi tentang bakteria. Lebih banyak pemahaman, lebih mudah hidup manusia. Mungkin boleh belajar teknik rawatan baru. Ataupun dengan ilmu yang diperolehi, melawan kuman sedia ada. Banyak manfaat boleh dapat melalui sains. Tetapi itulah, sains boleh pula dikecam segelintir. Kemudian segelintir yang sama berkonspirasi bagai kononnya COVID-19 adalah senjata terancang.

RUJUKAN:

Starr, M. (2022, Mei 16). Potentially Alive 830-million-year-old organisms found trapped in ancient rock. Science Alert.

Vreeland, R., et al. (2000). Isolation of a 250-million-year-old halotolerant bacterium from a primary salt crystal. Nature. 407 (6806): 897-900.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply