Kita memahami bahawa obor-obor tidak mempunyai otak, iaitu organ yang amat penting bagi hidupan mamalia. Walau bagaimanapun, saintis akhirnya menemui cara haiwan akuatik ini ‘berfikir’.

Dengan sedikit perubahan genetik, kita sekarang mampu memerhati bagaimana saraf-saraf dalam tubuh lutsinar obor-obor bekerja dengan pergerakan yang kompleks seperti memegang dan memakan mangsa.

Clytia hemisphaerica. Spesis obor-obor kecil yang digunakan untuk mengkaji kelakuan ya.

Clytia hemisphaerica ialah satu-satunya spesis obor-obor yang sesuai dalam perlaksanaan kajian perlakuan ini. Kerana spesis ini bersaiz kecil dengan hanya satu sentimeter, sistem sarafnya boleh diperhati di bawah mikroskop. Tambahan pula, sistem saraf spesis obor-obor ini hanya mempunyai 10,000 neuron. Maka, pengkaji mampu mengesan mesej saraf dengan mudah.

Apabila pengkaji mengubahsuai gen spesis C. hemisphaerica dengan jadikan neuron-neuron dalam tubuh bercahaya bila diaktifkan, mereka terkejut kerana sistem saraf spesis ini tidak mempunyai ‘sistem berpusat’ seperti saraf tunjang dalam tubuh mamalia yang bertugas mengkordinasikan seluruh pergerakan tubuh.

Jadi, bagaimana sistem saraf obor-obor menentukan pergerakan tertentu tanpa ‘sistem berpusat’ mereka?
Sistem saraf obor-obor telah dibentuk sejak 500 juta tahun lalu dan hanya mempunyai perubahan sedikit sejak haiwan akuatik ini mengalami evolusi. Berbanding dengan organ otak, sistem saraf hidupan ‘fosil’ ini dikendalikan dengan cara yang mudah.

Berbalik dengan kajian spesis C. hemisphaerica, pengkaji berpendapat bahawa sistem saraf haiwan akuatik ini berbentuk seperti jaringan ‘payung’, kemudian saraf-sarafnya dibahagi berupa ‘kepingan’ seperti potongan pai.

Setiap sesungut obor-obor berhubung dengan ‘kepingan’ saraf. Jadi, jika sesungutnya mengesan mangsa yang hadir seperti udang, neuron dalam ‘kepingan’ saraf diaktifkan dalam bentuk urutan yang unik.

Pertama sekali, neuron pada sesungut akan menghantarkan mesej saraf kepada neuron pada mulut obor-obor yang terletak di bahagian tengah. Kemudian, neuron pada sesungut yang mengesan udang itu akan memberi tindakan untuk menarik mangsa ke mulut, kemudian mulut memakan udang itu.

Selama seminit pengkaji memberikan udang kepada spesis obor-obor ini, mereka mendapati bahawa 96 peratus obor-obor melakukan ‘penghantaran’ makanan dan 88 peratus berjaya memakannya.

Untuk memahami neuron mana satu yang melakukan ‘penghantara’ makanan ini, pengkaji padamkan neuron jenis RFa+ di bahagian hujung ‘kepingan’ saraf. Setelah dipadam, mesej saraf tidak sampai ke neuron mulut. Maka, sesungut tidak berjaya membawa mangsa ke mulut.

Kemudian pengkaji memutuskan bahawa neuron RFa+ diperlukan dalam melaksanakan kelakuan memakan obor-obor ini. Namun begitu, keupayaan berenang dan mengecut tidak terkesan. Jadi pengkaji berpendapat bahawa terdapat sel saraf lain yang melaksanakan kelakuan sebegini.

Untuk melihat bagaimana neuron mengawal komunikasi mulut dengan neuron-neuron lain yang mengawal bahagian tubuh lain, pengkaji membedah dan mengalihkan beberapa bahagian tubuh.

Apabila mulut dialih keluar, obor-obor ini mencuba hantarkan makanan ke mulut yang telah dialihkan. Jika sesungut dialihkan, mulut obor-obor tetap berupaya ‘mencari’ udang kerana rembesan kimia dari udang yang bercampur dalam tangki air mencetuskan mulut berbuat demikian.

Penemuan baru ini menunjukkan bahawa sesetengah kelakuan obor-obor dikordinasikan melalui neuron-neuron yang verlainan fungsi dalam sistem sarafnya. Tambahan pula, sistem saraf ini berhubung terus ke sistem pencernaan.

Jika sistem pencernaan perlukan sumber makanan, ia menghantar mesej ke sistem saraf supaya bekerja dan memastikan obor-obor menangkap mangsa dengan pantas.

Tuntasnya, beginilah cara obor-obor ‘berfikir’ dengan hanya melalui jaringan saraf di seluruh sesungutnya.

RUJUKAN:

Cassella, Carly. 1 December 2021. Scientists Discovered a Way to Read The Minds of Jellyfish, And It’s Phenomenal. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.