Mula-mula kita menumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba campur dalam 2-3 sudu minyak panas. Bawang mengandungi sebatian kimia thiosulfinate terutamanya allicin. Allicin akan teroksida kepada mono-, di-, tri- dan tetrasulfides.
Sebatian terbitan sulfides ini memberikan rasa bawang yang kita kenali. Daun kari atau Murraya koenigii ada sebatian mudah meruap 1-phenylethanethiol, sebatian bersulfur yang memberikan rasa dan bau kari. Hari ini saya petik dari pokok saya tanam. Nikmatnya Tuhan saja tahu
Bila menumis mestilah kita guna minyak masak. Minyak masak dihasilkan dari buah sawit atau Elaeis guinensis. Buah sawit matang dimasak dalam stim, kemudian minyak diperah dan bahagia pepejal dan cecair dipisahkan. Bahagian cecair tinggi asid lemak rantai panjang asid oleik.
Asid oleik adalah asid lemak tidak tepi. Jadi, minyak sawit bentuk cecair. Ia stabil untuk gorengan suhu tinggi dan tidak mudah teroksida. Yang paling penting ia tidak meninggalkan bau, kalau tak, tak sedap kari bau sawit.
Selepas pecah minyak, maka air asam jawa dimasukkan. Asam jawa atau nama saintifiknya Tamarindus indica, mengandungi asid tartarik yang memberikan rasa masam. Ia juga mengandungi asid maleik, asid suksinik dan asid sitrik.
Kemudian tambah air. Selepas itu tambah tomato dan sayur lain. Tomato mengandungi flavonoid, antioksidan semulajadi. Tomato mengandungi glutamat semulajadi yang memberikan rasa umami seperti MSG. MSG sebenarnya adalah garam glutamat.
MSG apabila dilarut dalam air menghasilkan ion natrium dan glutamat. Garam dapur pula mengandungi ion natrium dan ion klorida. Masa ini nak tambah garam dan MSG pun boleh. Bila dah mendidih, bolehlah masukkan protein.
Kemudian selepas mendidih sekali lagi, bolehlah masukkan santan. Santan dihasilkan dari pokok kelapa, Cocos nucifera. Tahukah anda pokok kelapa, pokok kurma dan pokok sawit adalah dari keluarga yang sama iaitu keluarga palma?
Santan mengandungi asid lemak tepu rantai sederhana yang tinggi terutamanya asid laurik. Berbeza dengan susu yang mengandungi asid lemak rantai pendek dan minyak sawit yang mempunyai asid lemak rantai panjang.
Santan kaya nutrisi seperti mineral dan vitamin C. Berbeza dengan asid rantai panjang, asid lemak rantai sederhana lebih cenderung diguna sebagai tenaga. Maka, santan adalah pilihan lemak yang lebih baik. Namun awas, jika berlebihan ia ditukar kepada lemak dalam badan.
Jangan pula minum secawan. Jika benar secawan santan baik untuk kesihatan, tentu keluarga saya di kampung tak ada kolesterol tinggi. Mereka mana pandai makan makanan hipstur. Makan nasi dan gulai kari saja pagi petang.
Sudah letak santan, jangan pula didihkan dengan api kuat. Nanti pecah lemak pula. Tak sedap. Panaskan perlahan dan bila hampir mendidih tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Artikel diambil daripada portal Dr Che Puteh dengan kebenaran pemilik portal tersebut. Bolehlah melawat https://www.drcheputeh.com/ untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih