Persoalan sains hari ini ialah mengenai kentut. Kenapa manusia kentut? Di rumah, mungkin kita kerap kali mendengar bingit pelepasan gas asli oleh atuk dan ayah kita. Ada yang busuk, ada yang tiada bau, ada yang berbunyi dan ada yang tak. Tapi, itulah, kenapa kita kentut? Apa yang menjadikan kentut?

Dalam kebanyakan kes, kentut itu berpunca daripada dua yakni gas luar dan gas dalam. Gas luar bermaksud udara yang ditelan sewaktu kita makan. Sewaktu kita telan makanan dengan lahap, udara masuk. Minum air gas, udara masuk melalui buih soda. Air liur banyak dan pekat, udara terperangkap menjadi buih dan ditelan masuk ke perut menjadi gas. Ini punca gas luar. Dalam kebanyakan kes, gas luar ni sama dengan udara yang kita bernafas.

Gas dalam pula ialah gas yang terhasil daripada penapaian makanan di perut dan usus. Selalunya di usus sebab disitulah banyak makanan menjadi tapai. Makanan yang kita makan tu tak kesemuanya mampu dihadam oleh kita 100%. Jadi, bakteria akan tolong tapaikan makanan tu jadi lagi senang hadam.

Sama proses macam binatang herbivor macam lembu. Mereka ada perut besar sebab nak tapai rumput yang memang payah nak hadam. Cumanya, proses penapaian dalam usus manusia ni tak beberapa signifikan sebab kita ni bukannya hidupan yang memang dicipta untuk hadam sayur sayuran sahaja.

Disebabkan penapaian itu, bakteria akan hasilkan gas sebagai bahan buangan. Gas ini lah gas dalam tu. Tentang bau dan bunyi kentut tu, ia bergantung pada makanan yang kita makan. Sekiranya kandungan karbohidratnya tinggi, kentut kita boleh jadi busuk, dan boleh dibakar. Ya, babak lawak kentut terbakar tu sebenarnya betul dan boleh dibuat.

Adakalanya, proses penapaian makanan tu akan menyebabkan penghasilan metana, sejenis gas asli. Gas ni la yang boleh buat bahan bakar. Dia berpunca daripada penapaian kacang di usus. Kebanyakan makanan senang ditapai menjadi gas yang tak berbau. Kacang ni pula ada nutrient karbohidrat yang susah nak diuraikan. Jadi, sejenis bakteria spesifik akan uraikan karbohidrat kacang ni menjadi metana.

Disebabkan kacang ni makanan kaya protein tumbuh tumbuhan, maka penapaian kacang juga akan hasilkan hidrogen sulfida. Yang bau telur temberang tu gas ni la. Sebab tu selepas makan kacang kentut jadi berbau. Sebagai perbandingan, makan ubi pun boleh hasilkan kentut, tapi gasnya kurang bau sebab zat dia senang ditapai.

Kacang, walaupun dimakan sedikit, kadang kadang kuantiti kentut yang dihasilkan pun boleh jadi banyak. Benda ni sebab kacang kaya protein dan lemak tumbuh tumbuhan. Kalau tak percaya, cuba bakar sebutir kacang dan secebis roti pada berat yang sama dan selalunya kacang akan terbakar lebih lama. Dalam roti, bahan bakar yang ada hanyalah karbohidrat gandum. Kacang pula selain karbohidrat ada protein dan lemak. Kedua duanya mampu ditukar menjadi karbohidrat. Sebab tu dalam sistem badan, kalau kita terlebih protein, badan kita akan tukarkan protein tu jadi lemak, dan lemak akan ditukarkan menjadi gula darah bila perlu. Disebabkan zat karbohidrat, protein dan lemak yang banyak dalam kacang, maka semakin banyak gas buangan yang dihasilkan bakteria sewaktu penapaian.

Dalam keluarga haiwan darat, kentut mengikut definisi adalah seperti yang aku tulis tadi. Dalam kes ikan, kentut mereka lain. Kalau anda pernah siang ikan, rasanya mesti perasan yang ikan tu ada pundi kosong. Pundi tu ialah pundi udara a.k.a beg kentut untuk ikan. Fungsi dia sama dengan ‘ballast tank’ dalam kapal selam. Sekiranya ikan tu nak kekal terapung, dia akan hirup udara dari permukaan air. Bila dia nak tenggelam ke kawasan dalam, dia kentut.

RUJUKAN:

Azpiroz, F (July 1, 2005). “Intestinal gas dynamics: mechanisms and clinical relevance”. Gut. 54 (7): 893–895. doi:10.1136/gut.2004.048868. PMC 1774596. PMID 15951528.

“Gas in the Digestive Tract”. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Retrieved August 24, 2015.

Quigley, E. M (2013). “Gut bacteria in health and disease”. Gastroenterology & Hepatology9 (9): 560–9. PMC 3983973. PMID 24729765.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.