Tular demikian hari katanya kalau ingin mendapatkan zuriat, boleh cuba berendam di Tasik Dayang Bunting. Siap ada testimoni kononnya hamil seminggu selepas balik dari Langkawi. Dari segi hukum agama, semua sudah tahu betapa kritikalnya kenyataan sedemikian rupa.

Tengok pada lagenda, tasik ini ada macam-macam cerita. Katanya inilah kolam mandi kegemaran puteri kayangan Mambang Sari yang dicintai putera Mat Teja. Tidak lupa juga pada lagenda seorang tentera Jepun dibaham buaya putih kerana mandi dalam keadaan berbogel.

Ketepikan sebentar soal lagenda. Cerita-cerita ini – benar atau fiksyen – adalah warna-warni kebudayaan yang memberi kesinambungan pada pertumbuhan anak bangsa.

Tasik Dayang Bunting.

Tetapi dari segi saintifik, apakah logik hamil dalam masa seminggu selepas berendam di Tasik Dayang Bunting?

Pertama sekali, kena faham dulu macam mana sistem pembiakan manusia. Ikut pada hukum alam, benih lelaki bercampuran dengan benih perempuan dan menjadikan anak. Hukum agama tidak lari jauh daripada hukum alam: benih suami ditumpahkan untuk bersenyawa dengan benih isteri – dan anak yang terjadi adalah anak dari segi syarak. Anak yang dilahirkan daripada perkongsian tanpa ikatan nikah tidak berhak sepenuhnya maca manak kelahiran sah syarak.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Hal yang ini tidak langsung bermasalah dalam perkongsian pasal Tasik Dayang Bunting. Yang betul-betul bermasalah adalah lepas seminggu terus hamil.

Pembetulan Melalui Fakta

Teknologi semasa masih belum cukup ampuh untuk mengesan kehamilan pada saat benih-benih bersenyawa. Malah ilmu saintifik meletakkan tempoh antara pertumpahan dan persenyawaan, iaitu berapa lama sperma ambil untuk tembus ovum. Semua ini rambang kiraannya; ikut pada orang, mudah kata. Sperma yang lemah tidak bermakna lelaki itu tidak cukup jantan. Sperma yang kuat pun sama – tidak bermakna cukup jantan kerana silap-silap suruh jadi imam pun berpeluh-peluh.

Kehamilan bergantung pada tempoh haid. Wanita akan menghasilkan sebutir telur di organ ovari. Beberapa hari selepas mula haid, telur tersebut meninggalkan ovari ke arah rahim. Kalau ada sperma, proses persenyawaan akan bermula di salur benih (Fallopian tubes) lagi. Sperma hanya ada enam hari saja untuk bersenyawa dengan ovum ini. Maksudnya, persenyawaan akan berlaku dalam masa enam hari selepas hubungan syahwat.

Perjalanan ke arah rahim. Ke arah saja, belum sampai lagi.

Sudah ada bau-bau logik pasal boleh hamil seminggu selepas berendam. Tetapi tunggu dulu; cerita belum habis lagi. Katakanlah sperma bersenyawa dalam masa 2 hari. Nutfah mengambil masa 3 hari untuk pergi ke rahim. Sampai saja, nutfah perlu melekat pada lapisan rahim. Proses ini mengambil masa 2 hari.

2 + 3 + 2 = 7 hari. Logik? Tunggu dulu.

Sekali lagi semuanya tertakluk pada orang itu sendiri. Namun teknologi sedia ada tidak mengesan kehamilan pada saat nutfah melekat pada rahim. Industri kesihatan bergantung pada alat ujian kehamilan, yang mengukur kepekatan hormon keibuan (human chorionic gonadotropin) dalam air kencing. Hormon keibuan ini mula membanjiri air kencing selepas terjadinya uri bayi (Betz & Fane, 2022).

Ini yang menimbulkan masalah. Uri bayi mula terbentuk dalam masa 7 hingga 10 hari selepas nutfah tertanam dalam rahim (Cleveland Clinic, n.d.). Sekarang semua sudah nampak keralatan di sebalik “lekat seminggu selepas berendam”. Sebab 7 + 7 = 14 hari.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Kiraan manual ini ada risiko keralatan. Tengok terus apa pakar cakap: badan manusia ambil masa untuk mengeluarkan hormone keibuan. Kena tunggu hormon keibuan cukup dalam air kencing dulu sampai boleh dikesan ujian kehamilan. Selalunya 3-4 minggu selepas hari pertama haid terakhir baru cukup.

Maka kesimpulannya, kau sudah hamil semasa kau berendam dalam air Tasik Dayang Bunting. Lain macam juga situasi apabila – anak dapat, dosa khurafat/syirik pun dapat.

RUJUKAN:

Betz, D., & Fane, K. (2022). Human Chorionic Gonadotroin. Statpearls. National Library of Medicine.

Cleveland Clinic. (n.d.). Placenta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply