Pada Selasa lepas (16 Februari 2021), satelit cuaca yang memerhati keadaan cuaca Amerika Syarikat (AS) telah mengesan ribut salji yang menutupi hampir seluruh negeri di selatan AS yang terkenal dengan budaya koboi (cowboy), iaitu Texas.

Fenomena sebegini telah dikemukakan oleh ahli meteorologi dari syarikat surat khabar Washington Post iaitu Matthew Capucci dan satelit cuaca yang bertanggungjawab mengesannya adalah satelit GOES-East.

Satelit GOES-East menggunakan pengesan infrared untuk mengukur suhu pada awan yang meliputi AS. Dalam rakaman satelit itu, awan berwarna ungu adalah awan salji yang berada di negeri Texas. Tiba-tiba datang ‘gerombolan awan salji’ seolah-olah menyerang atmosfera Texas.

Tompokan ungu yang kononnya awan salji melanda Texas adalah suhu tanah yang turun mendadak.

Capucci telah menjelaskan apa fenomena yang berlaku di Texas. Sebenarnya satelit cuaca itu salah mengesan awan yang kononnya menyerang Texas. Biasanya suhu awan lebih sejuk dari tanah dan menurut pengiraan satelit kemunculan besar-besaran tompokan warna ungu adalah awan salji.

Taburan suhu cuaca AS

Sebenarnya, apa yang berlaku terhadap Texas adalah tanah lebih sejuk dari awan itu sendiri. Biasanya suhu tanah Texas sepanjang 5 tahun dahulu adalah 8 darjah Celsius. Tetapi suhu tanah sekarang mengalami kejatuhan yang mendadak sehingga ke -10 darjah Celsius.

Maka, satelit GOES-East tersalah mengesan dengan mengesan suhu tanah sebagai suhu awan. Berikut adalah ciapan Twitter Capucci:

Kanada juga mengalami penurunan suhu tanah di seluruh negara pada 16 Februari 2021 melalui ciapan Twitter oleh akaun bernama Marianne Guenot:

Penurunan suhu yang mendadak serta kehadiran awan salji telah menjadi kerisauan rakyat AS terutamanya Texas. Cuaca sejuk telah melanda 30 buah negeri dan sesetengah negeri mnegalami penurunan suhu sebanyak 50 darjah.

Akibat kesejukan melampau ini, sebanyak 20 kematian telah dilaporkan. Texas pula terputus bekalan elektrik dan membiarkan 2.8 juta orang rakyat kegelapan, mengikut laporan dari Insider. Keadaan Texas yang teruk ini telah membuatkan presiden AS, Joe Biden melulusan permohonan darurat Texas dan melaksanakan bantuan kecemasan.
Adakah penjelasan sains terhadap cuaca ekstrim AS ini?

Saintis sekarang mencari apakah punca sebenar kesejukan melampau AS ini namun terdapat satu teori yang memungkinkan fenomena ini berlaku, iaitu pemanasan Artik.

Pemanasan Artik, di mana udara sejuk dari Artik melebar ke seluruh planet jika aliran jet terganggu.

Kutub Utara mempunyai Bulatan Artik, juga dikenali sebagai kutub vorteks, adalah kawasan udara sejuk dan bertekanan rendah yang berlegar di kutub Bumi. Kutub vorteks hanya berpusing di kutub dan tidak tersebar ke latitud lain kerana terdapat aliran jet yang begitu kuat mengelilingi kutub vorteks ini.

Apa akan jadi jika aliran jet terganggu? Aliran jet boleh terganggu apabila berlaku pemanasan cuaca di luar aliran tersebut. Jika suhu cuaca luar aliran meningkat, aliran jet akan melemah dan goyah, kemudian membenarkan udara sejuk menyebar hampir seluruh Bumi. Jadi inilah pemanasan Artik yang telah menjadikan kawasan Artik panas sebanyak dua kali pada beberapa dekad lalu.

Tetapi saintis masih tertanya-tanya bagaimana pemanasan Artik ini mampu mengubah cuaca sejuk di seluruh dunia. Mungkin juga pemanasan Artik bukan jawapannya kepada cuaca ekstrim yang berlaku di AS.

Suhu permukaan Bumi telah meningkat sebanyak 16 degree Celsius sejak akhir abad ke-19 Masihi. Ia kepanasan 10 kali ganda lebih cepat dari fasa selepas Zaman Ais, mengikut laporan NASA. Menurut laporan NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration), AS telah megalami cuaca sejuk ekstrim sebanyak dua kali pada separuh akhir abad ke-20 Masihi dan tahun ini.

RUJUKAN:

Guenot, M. (18 February 2021). The Extreme Weather in The US Is So Severe Even Weather Satellites Are Bewildered. Science Alert.

Johnson, S. (18 February 2021). Texas snowstorms are due to rapid heating of the Arctic, say scientists. Big Think.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.