Ok, dia macam ni. Pendokong atheist dan pendokong agama selalu berdebat tanpa isi yang tepat.Masalah sebenar pasal atheist vs theist ni berkisarkan dua benda sahaja:
-free will vs determinism
-materialism vs idealism
Yang pasal benda pertama tu aku taknak cerita sebab dah banyak kali dah sembang pasal benda tu. Fokus penulisan untuk hari ni ialah point kedua tu. Paradoks dualism (materialism vs idealism). Benda ni atheist dan theist selalu terlepas pandang dalam berdebat.
Fahaman materialism ni merujuk kepada pandangan alam (worldview) yang melihat dunia ni secara fizikal semata-mata. Disebabkan itu, setiap idea, pandangan dan hujah hendaklah dilihat dari kaca mata fizikal. Kebenaran tu hendaklah mampu dicapah menggunakan panca indera. Kalau ikut bahasa kasar dia, kebenaran ni dapat dilihat dan dieksperimentasi. Benda-benda macam neraka, malaikat dan roh ni semua benda metafizik, maka tak valid dari sudut pandangan materialism sebab tak dapat dicapah menggunakan panca indera serta tak boleh nak dieksperimen. Dalam bahasa lain, benda-benda ni mengarut.
Oleh sebab itulah, kaum atheist ni dikira sebagai kaum material. Semua benda kena saintifik. Walau bagaimanapun, atheist ni, keras macam mana pun, memang sampai bila-bila pun mereka tak boleh nak cakap Tuhan tak wujud. Disebabkan panca indera kita ni terhad, maka pemahaman kita terhadap kebenaran pun terhad. Dah la panca indera terhad, benda yang kita nak sukat ni, yakni Tuhan pulak sifatnya infiniti. Kita masih terperangkap dengan kerangka dunia 3D, padahal Tuhan ni melampaui 3D, 4D hinggalah ke ∞D.
Sebab itu aku kata benda ni paradoks:
1) Kebenaran itu berpandukan panca indera
2) Panca indera kita terhad
3) Konklusinya, kita takkan dapat nak faham kebenaran secara total.
Kalau kebenaran tu kita tak mampu faham, macam mana nak tahu Tuhan ni wujud atau tak? Sekalipun kita dah faham 100% dunia ni, kita masih lagi terperangkap pada kerangka ruang masa 3D. Kita tak boleh nak lebih daripada tu sebab panca indera kita terhad pada 3D sahaja. Jadi, kita tak boleh nak cakap Tuhan ni tak wujud. Sebab itulah terma atheist ni kalau ikut takrif sekarang bukan atheist tulen pun, tapi agnostik atheisme. Percaya Tuhan tu ada, tapi malas nak ambil kisah. Macam aku cakap dulu lah.
Untuk theist pulak, haa jangan nak gembira lebih-lebih. Ya, Tuhan tu wujud, tapi persoalan sekarang ni, Tuhan mana? Agama mana?
“Tapi >masukkan nama agama< ialah agama paling benar,” getus fulan si fulan.
…Iyakah?
Bawaklah hujah macam mana pun, anda akan perasan, hujah-hujah tu semua sedikit pun tak menerangkan kenapa agama itu ini benar dari sudut pemikiran materialist. Anda nak berhujah benda metafizik dengan bangsa fizik tulen. Memang tak masuklah. Sampai bila-bila pun tak masuk. Macam anda hujah pasal kambing, mereka hujah pasal ayam. Sedikit pun tak berkaitan.
Sebab itulah agama disebut ‘faith’ dalam bahasa Inggeris. Dari sudut agama, untuk memahami kewujudan Tuhan semua tu alat primernya ialah ‘kepercayaan’, bukan pembuktian material. Faith ialah kepercayaan. Terbalik kalau nak banding atheist materialist ni. Fungsi sebenar agama ialah membentuk gaya hidup yang elok menerusi ‘faith’. Anda tak boleh nak buktikan Tuhan mana yang betul mengikut skop metafizik terhadap geng materialist, tapi anda boleh bentukkan nilai etika dan gaya hidup yang bagus bila kita sadurkan gaya elok faith kepada hal-hal material. Sebagai contoh, zakat dan derma.
Masalah fahaman ‘pure materialism’ ni ialah benda benda baik dan buruk ni takde nilai pun. Ikut anda la nak buat macam mana pun, kuasa alam, begitu. Kalau materialist nak jadi baik, kena berdasarkan humanisme. Sementara itu, agama mengajar kita untuk buat benda baik dan menegah benda buruk sejak dari awal lagi.
Kalau anda tanya aku pasal pandangan alam sendiri, aku akan cakap aku ni seorang Islam ASWJ, taip dari sudut luaran aku ni ‘dialectic materialist’. Sebagai seseorang yang nak jadi saintis, adalah penting bagi aku untuk berfikiran saintifik dan empirikal. Ya, malaikat semua tu wujud, tapi jangan bawak masuk campur dalam hal sains. Sains itu hanya berdasarkan benda material dan fizikal sahaja, bukan metafizikal.
Juga, fahaman ni sangat berkesan pada aku dalam menapis segala jenis kejadongan saintifik yang bermaharaja lela dalam kalangan masyarakat. Namun pada masa yang sama, aku juga seorang ‘platonic idealist’ dari sudut dalaman. Disebabkan ada sesetengah benda ni memang takkan dapat dihuraikan sampai habis macam nombor pi yang tak berpenghujung, maka aku percaya alam ni juga tak mampu dihuraikan dan difahami melalui panca indera semata-mata seperti konsep alam ghaib.
Ini lah sebab utama kenapa aku selalu ikut ‘ghost hunting’. Aku sebenarnya agak skeptik pasal hantu ni semua, tapi disebabkan pengalaman-pengalaman lepas, benda-benda ni semua cetuskan lagi banyak persoalan daripada jawapan. Maka, aku tak mempunyai pilihan lain selain terjun sekali dan cari hantu untuk teroka alam metafizik, sekalipun hampir mustahil. Aku takkan sesekali biarkan batasan panca indera menganggu gugat odisi aku dalam memahami alam.
Aku percaya, inilah apa yang sepatutnya seorang saintis lakukan – cuba jawab soalan sampai ke hujung batasannya, walaupun hampir mustahil. Juga, inilah pemikiran yang patut ada pada semua Muslim. Bila kita nampak benda pelik, benda pertama kena buat bukannya kena rasa takut menyembah ke hape, tapi cuba faham benda tu dulu. Kemudian, cuba jawab kenapa benda tu terjadi. Lepas tu, cuba ambil ibrah pasal kejadian Tuhan ni. Inilah minda orang Islam saintifik. Bukannya terus percaya teori konspirasi. Ini juga antara sebab kenapa sekalipun aku dah ‘revert’ jadi Muslim, aku tetap tak buang pemikiran agnostik freethinker dulu.
Blatant act of believing is as dangerous as being an extreme sceptic. There should be a mix and touch of balance between it.
RUJUKAN:
Armstrong, Karen (1999). A History of God. London: Vintage. ISBN 978-0-09-927367-7.
Holt, J. (2012). Why does the world exist?: An existential detective story. WW Norton & Company.
Wood, Allen (2005). Honderich, Ted (ed.). The Oxford Companion to Philosophy. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-926479-7.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih