Pernah tak korang dengar pasal sabun yang dibuat di Palestin? Menariknya lagi, sabun ni dibuat secara tradisional secara turun temurun sejak abad ke-10 lagi!
Inilah dia, Sabun Nabulsi.
Bahan utama nak buat sabun ni sudah semestinya ialah minyak zaitun.
Asalnya, Sabun Nabulsi ni dibuat oleh suri-suri rumah untuk kegunaan diorang secara tradisional sebelum wujudnya kilang-kilang.
Sabun jadi semakin popular di Palestin apabila hanya Nablus di Tebing Barat dan Al-Khalil (Hebron) sahaja yang ada sumber untuk dapatkan soda beralkali.
Menjelang abad ke-14, Sabun Nabulsi ni tembus ke pasaran antarabangsa. Sehinggakan Sabun Nabulsi ni dikenali oleh Ratu Elizabeth I dari England. Sabun Nabulsi dieksport ke seluruh Timur Tengah dan ke Eropah.
Abad ke-19 menyaksikan perkembangan industri Sabun Nabulsi secara besar-besaran.
Nabulsi menjadi pusat utama pengeluaran sabun untuk rantau Hilal Subur yang terdiri daripada Iraq, Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon.
Menjelang 1907, 30 kilang di bandar Nablus keluarkan hampir 5,000 tan Sabun Nabulsi setiap tahun. Jumlah ni lebih separuh daripada semua pengeluaran sabun di Palestin.
Industri sabun di Nablus mula merosot pada pertengahan abad ke-20.
Sebahagian puncanya disebabkan oleh bencana alam, terutamanya gempa bumi Jericho pada 1927 yang memusnahkan sebahagian besar Kota Lama Nablus.
Industri Sabun Nabulsi ni turut merosot disebabkan pendudukan tentera Israel.
Serangan tentera Israel semasa Intifada Kedua memusnahkan beberapa kilang sabun di kawasan bersejarah Nablus.
Beberapa kilang sabun kekal hidup di Nablus buat masa ini. Produk diorang dijual terutamanya di Palestin dan negara-negara Arab, dengan beberapa eksport perdagangan ke Eropah.
Sebelum tahun 2000, kilang milik keluarga Touqan pernah keluarkan 600 tan sabun setiap tahun.
Disebabkan oleh halangan fizikal dan ekonomi yang diorang hadap sebab pendudukan Israel, diorang hanya hasilkan hampir separuh daripada jumlah itu hari ini.
Sehingga tahun 2008, hanya dua kilang sabun yang masih hidup di Nablus. Kilang sabun milik Naseer R. Arafat dijadikan sebagai Pusat Pengayaan Warisan Budaya di Nablus.
Tak pelik lagipun pembuatan sabun ni merupakan salah satu warisan budaya yang patut dipelihara dan dipulihara daripada pupus dek tangan-tangan 2ion-ist Israel yang takde budaya sendiri tu.
Walaubagaimanapun, sekarang Sabun Nabulsi masih banyak dijual di Nablus dan Tebing Barat. Ia juga dieksport ke Jordan, Kuwait dan bandar orang Arab dalam Israel seperti Nazareth.
Oleh: Azizul Farhan
___
Warisan budaya Arab-Palestin dah banyak dirembat oleh orang-orang Israel. Dah sampai Falafel pun nak dibuat jadi makanan kebangsaan diorang.
Tertanya-tanya pasal mana asal usul Yahudi? Jawapannya dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply