Pegawai polis yang gagah, kuat dan berani bukan sahaja wujud dalam filem-filem yang ditayangkan di layar perak tetapi juga dalam dunia realiti ini. Mungkin anda fikir bahawa hanya filem-filem Hollywood mahupun Bollywood sahaja yang mampu memaparkan aksi pegawai-pegawai yang sungguh mengagumkan dan tidak masuk dek akal. Benar, pegawai polis sehebat itu wujud juga di negara kita ini.

Mendiang DSP S. Kulasingam, bekas Ketua Jabatan Siasatan J3nayah Johor dan bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan J3nayah Kuala Lumpur merupakan seorang pegawai polis yang amat digeruni penj3nayah-penj3nayah pada sekitar tahun 1970.

Kerjaya kepolisan mendiang Kulasingam bermula pada tahun 1951 apabila beliau yang baru sahaja berumur 19 tahun menyertai pasukan polis sebagai seorang Inspektor Percubaan. Pada usia yang sangat muda, mendiang menyerlahkan kemampuannya dalam bidang kepolisan dengan menyelesaikan pelbagai kes.

Bukan itu sahaja, sifat kepimpinan yang sememangnya sudah mengalir dalam darah mendiang juga telah membuatkan namanya melonjak naik dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini membantu beliau untuk menjadi Asisten Suprintenden 6 tahun kemudian pada usia 25 tahun.

Beliau terus melonjak lagi dalam kerjaya kepolisannya apabila dilantik pula menjadi Timbalan Ketua Jabatan Siasatan J3nayah Kuala Lumpur tidak lama kemudian selepas beberapa tahun dilantik pula menjadi Ketua Jabatan Siasatan J3nayah Johor.

Keberanian & Kecekalan Kulasingam

Bila disebut nama mendiang DSP Kulasingam, sudah semestinya kisah beliau menangkap penj3nayah terkenal negara, Botak Chin akan terpapar dalam minda masing-masing. Manakan tidaknya, mendiang telah terlibat dalam hampir kesemua operasi memburu Botak Chin dan rakan-rakan jen3yahnya yang pada masa itu sangat aktif dalam melakukan r0mpakan bersenjata di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Ini membuatkan mendiang amat dibenci oleh Botak Chin dan rakan-rakan jen3yahnya.

Kebencian Botak Chin yang mendalam terhadap mendiang Kulasingam kemudian menjurus kepada cubaan bvnuh terhadap DSP Kulasingam. Mendiang dit3mbak sebanyak 11 kali t3mbakan dalam sebuah serangan hendap oleh Botak Chin di persimpangan lampu isyarat di Jalan Davis pada tahun 1975.

Namun begitu, mendiang tidak terkorban dalam serangan hendap tersebut dan telah memandu terus dalam keadaannya yang teruk dit3mbak ke Balai Polis Cheras yang berada tidak jauh dari kawasan insiden tersebut berlaku.

Sejurus daripada insiden tersebut, pasukan polis terus menubuhkan sebuah pasukan yang dikhaskan bagi memburu penj3nayah ‘gila’ tersebut. Pasukan yang dinamakan sebagai ‘Magnificent 12’ ini dianggotai oleh 12 orang pegawai-pegawai dan detektif-detektif terbaik yang berada dalam pasukan polis pada ketika itu. Botak Chin berjaya ditumpaskan pasukan tersebut dalam sebuah serbuan ke atas tempat persembunyiannya di sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, mendiang DSP Kulasingam juga pernah dit3mbak ketika beliau dan rakan-rakan setugasnya menyerbu sebuah rumah yang didiami sekumpulan per0mpak yang baru sahaja mer0mpak kedai emas di Petaling Jaya. Mujur sekali mendiang yang dit3mbak di perut pada kejadian itu tidak mengalami keceder4an yang begitu serius. Lebih beruntung lagi, dalam serbuan yang dilaksanakan mendiang dan rakan-rakan setugasnya, mereka berjaya menumpaskan kumpulan per0mpak dan merampas kesemua hasil r0mpakan di kedai emas tersebut.

Kisahnya diserang penj3nayah tidak terhenti di situ, mendiang Kulasingam juga pernah disimbah 4sid oleh penj3nayah yang kemudian menyebabkan mendiang mengalami keceder4an yang parah hasil daripada serangan tersebut. Bukan itu sahaja, mendiang juga pernah hampir dit3tak oleh seorang lelaki yang meng4muk dalam satu operasi di Sarawak. Dalam operasi di Sarawak juga, mendiang hampir dit3mbak dalam satu serangan yang meng0rbankan soerang rakan setugas mendiang.

Kesemua ini tidak sedikit pun mematahkan semangat mendiang DSP S. Kulasingam dalam melaksanakan tugasnya membanteras j3nayah sebagai seorang pegawai polis. Mendiang terus cekal dengan segala rintangan yang dihadapi kerana mendiang menganggap yang segala rintangan yang dihadapinya itu merupakan lumrah dalam kerjaya sebagai anggota polis. Beliau akhirnya bersara pada tahun 1985 setelah 34 tahun mencurahkan jasa dan bakti dalam pasukan polis.

DSP Kulasingam meneruskan kehidupan selepas bersaranya seorang diri di sebuah pangsapuri di Johor Bahru kerana beliau tidak pernah berkahwin bersama sesiapa semasa masih bertugas sebagai anggota polis mahupun setelah bersara. Keberanian dan semangatnya yang cekal semasa bertugas dalam pasukan polis harus dijadikan contoh kepada setiap lapisan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian yang semakin hari semakin mencabar ini.

Mendiang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 30 November 2007 setelah ditahan di hospital selama 2 bulan akibat dari masalah paru-paru yang dihadapinya. M4yat mendiang DSP S. Kulasingam dibawa ke Seremban pada pagi berikutnya untuk upacara pengebumian. Semoga segala jasa dan curah bakti mendiang dalam membanteras j3nayah di negara ini terus terpahat dalam sejarah negara.

RUJUKAN :                                                  

1. VAT 69 – Perjuangan Semalam (2013). MENDIANG DSP. S. KULASINGAM – “THE CR*ME BUSTER”. https://zh-cn.facebook.com/403142033068693/photos/mendiang-dsp-s-kulasingam-the-crime-busterbekas-timbalan-ketua-jabatan-siasatan-/548808365168725/

2. Lobak Merah (2018). Jenayah: DSP Kulasingam ‘Unsung Hero’ tumpaskan Botak Chin, Hampir Terbvnuh Disimbah Asid. https://lobakmerah.com/jenayah-dsp-kulasingam-unsung-hero-tumpaskan-botak-chin-hampir-terbvnuh-disimbah-asid/

3. VOCKET (2016). ‘The Magnificient 12’ Kumpulan Polis Terbaik Tumpaskan Botak Chin. https://www.thevocket.com/the-magnificient-12-kumpulan-polis-terbaik-tumpaskan-botak-chin/

4. The Star Online (2007). Kulasingam d*es at 77. https://www.thestar.com.my/news/nation/2007/11/30/kulasingam-d*es-at-77/

Artikel dikirimkan oleh Sang Taming Marhaen untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sangat berminat menulis mengenai tokoh-tokoh negara/melayu dalam terutamanya bidang sukan dan keselamatan.

Comments are closed.