Tidak ramai yang tahu mengenai program lunar USSR ketika era perlumbaan ke angkasa lepas yang menjadi sebahagian dari sejarah perang dingin antara blok komunis dan blok barat.

Selama kita diajar mengenai Neil Armstrong dan Edwin Aldrin yang menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke teresterial selain bumi, tidak ramai tahu yang sebenarnya Russia mendahului Amerika lebih awal dalam eksplorasi dan cerapan mengenai jiran samawi terdekat kita yakni bulan.

Russia adalah negara pertama yang mendaratkan prob angkasa ke bulan,melaksanakan kajian dan cerapan mengenai atmosfera serta kondisi permukaan serta komposisi kimianya selain mencari sumber air mentah.

Misi LUNA2 yang mendarat di bulan pada 13 September 1959 oleh Russia menjadikan ia prob angkasa tanpa pemandu yang pertama mendarat dibulan dengan cara hard landing.

Ini hanya dapat dibuat oleh Amerika Syarikat pada tahun 1962 dengan mendaratkan prob Ranger 3 tahun kemudian.

Kejayaan Russia menjadi yang pertama dalam perlumbaan angkasa diteruskan dengan kejayaan LUNA3 yang menghantar kembali foto pertama sisi gelap bulan, pendaratan prob LUNA9 dan LUNA13 yang melakukan pendaratan secara soft landing selain mengambil foto pertama keadaan permukaan satelit semulajadi planet Bumi kita.

Setakat ini Russia sahaja berjaya mendaratkan 12 prob angkasa dan menerbangkan sejumlah satelit pengorbit Bulan bagi mencerap permukaan Bulan serta mendapatkan data saintifik berkenaan trajektori bagi misi pendarat dengan pemandu seperti program LK yang bertujuan mendaratkan manusia di bulan namun tidak diteruskan kerana kelewatan selain Amerika mendahului USSR dalam perlumbaan angkasa bagi menghantar dan mendaratkan angkasawa ke Bulan.

Setelah 60 tahun kejayaan Amerika mendaratkan angkasawan dibulan yang diikuti dengan pembatalan program LK yg merupakan program penghantaran angkasawan ke bulan dimana fokus agensi angkasa Russia beralih kepada pembinaan stesen angkasa seperti Salyut dan Mir, satelit semulajadi tersebut kini menjadi perhatian dimana Russia kini memfokuskan kepada misi menempatkan kosmonautnya di Bulan menjelang 2025.

Ia merupakan rencana susulan dari program Luna Glob yang dijangka pada 2018 akan memulakan ekspedisi saintifik serta menjadi tapak stesen penyelidikan pertama di atas satelit semulajadi tersebut dengan keupayaan robotik.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply