Seorang menteri Rusia mencadangkan DNA orang Scythia dan kuda mereka diklon dari kawasan perkuburan Scythia berusia 3,000 tahun di Tuva, Siberia. Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu tidak menyatakan mengapa beliau berminat dengan idea sedemikian. Tetapi melihat dari kedudukannya sebagai antara pemimpin yang dipercayai Presiden Vladimir Putin, Shoigu melihat ten.te.ra klon ini boleh menjadi sokongan kepada angkatan pertahanan Rusia hari ini.
Kawasan perkuburan lama Tunnug menempatkan ma.yat-ma.yat pah.la.wan Scythia bersama kuda mereka terletak di satu kawasan yang dikenali sebagai Lembah Raja-Raja di Tuva. Semasa usaha ekskavasi dimulakan sekitar tiga tahun lepas, pasukan pengkaji arkeologi dari Rusia dan Switzerland mendapatkan khidmat seorang pawang tempatan dengan tujuan memastikan usaha ekskavasi tidak mencetuskan kemarahan makhluk halus yang berada di situ.
Memandangkan kebanyakan kubur terletak di kawasan permafrost, peluang mendapatkan DNA diperlukan untuk usaha pengklonan dilihat cerah. Shoigu mula dikenali sejak kebelakangan ini kerana mengetuai aktiviti keten.te.raan Rusia yang aktif di kawasan sempadan Rusia-Ukraine. Yang pasti, menerusi ekskavasi di lembah berkenaan, ia mengesahkan bahawa ini merupakan antara perkuburan Scythia terawal direkodkan.
Orang Scythia merupakan puak nomad yang bergerak sekitar kawasan steppe Eurasia dari sempadan utara China hinggalah wilayah-wilayah Laut Hitam. Puak ini mula berkuasa dari abad ketujuh hingga abad ketiga Sebelum Masihi dengan melancarkan operasi pantas di Timur Tengah dan Pergunungan Caucasus. Operasi sebegini membenarkan mereka memainkan peranan penting sebagai pemain politik di wilayah berkenaan.
Menurut sejarawan Yunani Herodotus, puak ini memakai mantel yang diperbuat daripada kulit dan rambut musuh-musuh mereka. Selain itu, mereka turut menggunakan teng.ko.rak musuh mereka sebagai cawan minuman termasuk da.rah musuh yang ditewaskan.
Ketika ini, usaha ekskavasi terus berjalan tatkala situasi di sempadan Ukraine-Rusia terus diperhatikan oleh kuasa-kuasa global. Para saintis berharap dapat menemui ma.yat serupa dengan ma.yat seorang puteri raja lengkap dengan tatu di sebuah makam di Pergunungan Altai, Siberia.
RUJUKAN:
Stewart, W. (2021). Does Putin really need another ar.my? Russia’s defence minister wants to CLONE 3,000-year-old ancient wa.rr.iors from remains found in Siberia (and their horses to boot). Daily Mail.
Sumber gambar: Alexey Mikhailov/Persatuan Geografi Rusia
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih