Rusia pada zaman prasejarah (sekitar 40,000 tahun lalu) hanyalah terdiri dari kawasan tundra di utara dan padang rumput di selatan Rusia. Ketika itu tidak ada sebarang kehadiran manusia bermigrasi dan menetap di utara Eurasia. Namun selatan Rusia menjadi rumah kepada para penggembala yang nomad kerana padang rumput yang tumbuh meliar menjadi rezeki ternakan mereka meragut.

Masuk abad ke-7 Masihi, peristiwa migrasi besar-besaran dari Eropah Timur berlaku. Kaum yang melakukan migrasi ini adalah kaum Slav, yang kemudian melahirkan orang Rusia pada abad ini.

Kaum Slav dahulu berpecah kepada 3 buah puak: Slav Barat, Slav Selatan, dan Slav Timur. Slav Timur adalah puak yang bermigrasi ke kawasan barat Rusia. Migrasi Slav Timur berpecah kepada 2 gelombang:

1. Migrasi dari Kiev, Ukrain ke kota Suzdal dan Murom.
2. Migrasi dari Polotsk, Belarus ke kota Novgorod dan Rostov.

Slav Timur kemudian menjadi kaum dominan memenuhi barat Rusia dan perlahan-lahan berhubung dengan kaum asal berbahasa Finno-Ugric seperti kaum Merya, Muromian, dan Meshchera.

KIEVAN RUS’ (882 – 1223)

Selepas migrasi, pada abad ke-9 Masihi, kaum Slav Timur atau Varangian (gelaran bagi orang Rom) menubuhkan kerajaan pertama mereka iaitu Kievan Rus’ dan menguasai lembah sungai Dnieper. Kerajaan yang terdiri dari gabungan negeri-negeri Principality (kerajaan yang diperintah oleh putera) ini diperintah oleh Dinasti Rurik, dinasti pertama yang menyatukan seluruh negeri kaum Varangian.

Dengan penguasaan Sungai Dnieper yang strategik bagi kerajaan-kerajaan di Eropah Timur, Rus’ dapat menguasai perdagangan bulu, lilin, dan hamba yang menghubungkan dari kerajaan-kerajaan Scandinavia hingga Empayar Byzantine.

Pada akhir abad ke-10 Masihi, tentera kaum Norse yang terlibat dalam peperαngan di Konstantinopel tiba di Rus’ sebagai pelarian, kemudian menjadi sebahagian dari rakyat Rus’. Ini secara tidak langsung penyebaran ajaran Kristian berlaku. Walaupun Empayar Byzantine tidak bertahan lama akibat perαng berterusan, Rus’ peroleh budaya Byzantine untuk membangunkan kerajaannya.

Sebaran ajaran Kristian berkembang dengan pesat dalam Rus’ sehinggalah mazhab baru diperkenalkan iaitu Orthodoks Timur yang mempunyai gabungan budaya Byzantine dan Slav. tahun 988, Kristianisasi besar-besaran diadakan secara rasmi oleh putera Vladimir I (pemerintah Rus pada 980 hingga 1015) dengan membaptiskan rakyatnya.

Masuk abad ke-11 Masihi, ketika Yaroslav The Wise memerintah Rus’, kerajaan mengalami fasa kegemilangan dari segi ekonomi pertanian dan kesusasteraan. Namun ancaman baru bakal tiba apabila kaum nomad Turki bernama Kipchaks menguasai padang rumput selatan Rusia pada akhir abad ke-11 Masihi.

Turki Kipchaks menubuhkan kerajaan sementara sepanjang Laut Hitam dan memulakan invasi di selatan Rus’. Tentera Rus’ cuba mematahkan serαngan Turki Kipchaks namun mereka tiada harapan untuk mempertahankan selatan Rus’. Rakyat Rus’ yang ketakutan terpaksa bermigrasi ke kawasan utara yang lebat dengan hutan iaitu Zalesye. Walaupun selatan Rus’ teruk diserang, namun Rus’ berjaya juga mematahkan invasi Turki Kipchaks.

Masuk fasa akhir pemerintahan kerajaan persekutuan Rusia kuno pertama ini, Kievan Rus’ akhirnya berpecah kepada kerajaan kecil akibat konflik dalaman antara para pemerintah negeri. Rus’ berpecah kepada 3 kerajaan: Vladimir-Suzdal di timur laut Rus’, Novgorod di utara Rus’, dan Halych-Volhynia di barat daya Rus’.

INVASI MONGOL TERHADAP RUS’ (1223 – 1480)

Tahun 1223, kerajaan Varangian selatan diserαng oleh tentera berkuda Mongol di Sungai Kalka dan kemudian tumbang. Sekitar tahun 1237-1238, kaum Mongol membedil kota Vladimir dan kota lain yang bertempat di timur laut Rusia, kemudian bala tentera Mongol menuju ke Poland dan Hungary. Hampir seluruh kerajaan-kerajaan kecil Rusia tumbang di tangan Mongol kecuali kerajaan republik Novgorod kerana diserap masuk dalam Liga Hanseatik, iaitu persekutuan kerajaan Utara Eropah yang fokuskan perdagangan.

Ilustrasi kota Suzdal dibakar oleh bala tentera Mongol yang diketuai oleh Batu Khan, pada Februari 1238.

Akibat dari invasi Mongol adalah kehancuran kota-kota kuno yang pernah gemilang pada Zaman Rus’. Kota-kota baru dibina seperti Moscow, Tver, dan Nizhny Novgorod. Mongol menguasai jajahan Rusia dan meminta ufti dari putera-putera Rusia yang diberi peluang memerintah kerajaan mereka seperti biasa. Walau bagaimanapun, Rusia mengalami improvasi terhadap sistem pos, bancian, cukai, dan ketenteraan di bawah telunjuk Mongol.

GRAND DUCHY OF MOSCOW (1283 – 1547)

Saat Mongol menguasai Rusia, Daniil Aleksandrovich, putera bongsu bekas raja Vladimir iaitu Alexander Nevsky, menubuhkan negeri Prince Moscow atau Principality of Moscow. Dahulu Moscow sebahagian dari negeri Vladimir, kemudian Moscow pula jadikan Vladimir sebagai jajahannya.

Moscow berkembang pesat berbanding kota baru Mongol lain kerana Aleksandrovich bekerjasama dengan pada ketua puak Mongol, di mana Mongol melantik Aleksandrovich sebagai Grand Prince of Moscow dan diberi kepercayaan untuk memungut ufti dari kerajaan Principality lain. Tambahan lagi, prestasi Prince Moscow semakin menyerlah apabila para gereja Eropah Timur menjadikan Moscow sebagai pusat penubuhan gereja Orthodoks Rusia.

Masuk abad ke-14 Masihi, Mongol semakin melemah. Ini memberikan peluang kepada Moscow untuk memberontak. Tahun 1380 di Kulikovo berdekatan dengan Sungai Don, pemberontakan Moscow terhadap Mongol berlaku dan akhirnya Mongol kalah dan berundur dari Moscow. Kejayaan ini menjadi kelegaan pemerintah Moscow ketika itu bernama Grand Prince Dmitry Donskoy. Moscow kemudian menjadi negeri sendirian dan meluaskan jajahannya melalui perαng, perjanjian, dan perkahwinan.

IVAN III, IVAN THE GREAT (1440 – 1505)

Masuk abad ke-15 Masihi, Grand Duchy of Moscow atau kerajaan Principality Moscow memulakan langkah menjajah tanah Rusia lain demi meningkatkan populasi dan kekayaan Moscow. Prince yang menonjol dalam penaklukan Moscow adalah Ivan III. Ivan bersaing dengan seteru terkuat iaitu kerajaan Grand Duchy of Lithuania demi menakluk kerajaan Principality yang terletak di utara Sungai Dnieper.

Saat Moscow alami peperαngan panjang dengan Republik Novogod dan pengkhianatan dari beberapa orang putera Moscow sendiri, Ivan III berjaya menumbangkan Novgorod dan Tver. Maka, jajahan Grand Duchy of Moscow menjadi 3 kali ganda sepanjang penaklukan Ivan. Pernah paderi bernama Filofei menulis surat kepada Ivan III. Surat tersebut menyatakan ramalan bahawa Moscow bakal menjadi ‘Rom Ketiga’.

Ramalan paderi Filofei menjadi kenyataan apabila Empayar Byzantine yang lama berperanan sebagai pusat penyebaran Kristian Orthodoks Yunani telah tumbang. Maka, para paderi bersepakat Moscow menjadi ‘Rom Baru’ dan Ivan III menjadi ketua Kristian baru dengan mazhab Orthodoks Timur. Bagi menguatkan takhta Ivan, dia mengahwini puteri Byzantine bernama Sophia Palaiologina.

Yakin dengan kuasa Ivan miliki, baginda mengumumkan bahawa seluruh Prince Rusia dan para bangsawan wajib mentaatinya. Ivan seterusnya mengadakan kempen penjajahan menghalau Mongol dari tanah Rusia. Pada abad ke-16 Masihi, Ivan bersama para Prince Rusia lain memulakan Perαng Russo-Crimean melawan Mongol terakhir yang menetap di kawasan Sungai Volga. Benteng pertahanan bernama Great Abatis Belt dibina sebaris dengan Sungai Oka oleh Grand Duchy of Moscow, sebagai kubu dari serαngan Mongol.

Setelah Mongol dihalau keluar, para penguasa kerajaan dalam Rusia mahukan kerajaan persekutuan kembali tubuhkan namun Ivan III memaksa pada Prince Rusia yang rendah statusnya taat kepadanya yang menguasai bidang ketenteraan, kehakiman, dan pengurusan luar negeri. Dengan peroleh jajahan maha luas dan ketaatan kepada Ivan III tanpa ingkar dari para Prince Rusia, Moscow menjadi kerajaan nasional Rusia baru yang diperintah oleh raja Rusia bernama Ivan III.

IVAN IV, IVAN THE TERRIBLE (1547 – 1584)

Selepas Ivan III, Ivan IV menjadi raja kedua Rusia dan baginda adalah raja pertama yang memegang gelaran ‘Tsar’, bermaksud pemerintah agung. Ivan IV terkenal dengan gelaran ‘Ivan The Terrible’ kerana cara baginda mengekalkan kuasanya agak kejam.

Sepanjang pemerintahan Ivan IV, baginda sibuk mengekalkan kuasa monarkinya dengan menundukkan pada bangsawan dan kerabat diraja dengan sesuka hatinya, menghalau dan kenakan hukuman mαti kepada sesiapa yang mulakan provokasi terhadap baginda.

Walaupun begitu, Ivan IV adalah raja yang berpandangan jauh, di mana baginda reformasikan Rusia dengan pembentukan kod undan-undang baru iaitu Sudebnik Tahun 1550, menubuhkan parlimen feudal bernama Zemsky Sobor, membendung pengaruh paderi dalam pemerintahan, dan perkenalkan pengurusan rakyat dalam mentadbir kawasan perkampungan.

Dalam urusan ketenteraan, Ivan IV seorang strategis terutamanya dalam mengekang pengaruh Mongol atau orang Turkic di Rusia. Baginda berjaya menggulingkan 3 buah kerajaan kecil Turkic: Kazan, Astrakan, dan Sibir (Siberia). Dengan penggulingan 3 kerajaan kecil ini, migrasi orang Turkic nomad menjadi terbatas melintang Asia ke Eropah, terutamanya laluan ke biasa an Turkic iaitu kawasan Sungai Volga dan Pergunungan Ural.

Pada akhir pemerintahan Ivan IV, baginda menubuhkan pasukan pengawal elit bernama Oprichnina. Pasukan ini bertugas sebagai pembawa hukuman mαti kepada pada bangsawan feudal yang disyaki mengkhianati Ivan IV.

Namun penubuhan Oprichnina membawa kemudaratan yang tinggi. Akibat pembuηuhan Oprichnina yang tidak terkawal, Pembuηuhan Beramai-Ramai Novgorod berlaku pada tahun 1570. Peristiwa perit ini membawa kepada kehilangan para tentera yang terlibat, wabak, dan pengurangan keluaran hasil tanaman. Kaum Mongol Krimea atau Tartar berpeluang menyerang dan memusnahkan kota Moscow pada 1571. Tahun seterusnya, Ivan IV bubarkan Oprichnina.

AKHIR PEMERINTAHAN TSAR RUSIA (1557 – 1605)

Setelah kemangkatan Ivan IV, puteranya Feodor menjadi Tsar Rusia ketiga. Namun Feodor tiada kewibawaan sebagai raja Rusia dan tidak dapat mengurus kerajaannya dengan baik. Bagi menstabilkan Rusia, Boris Godunov iaitu menteri kepercayaan Feodor melantik dirinya sebagai pemangku de facto. Selepas kemangkatan Feodor, dinasti Rurik terhenti kerana Feodor tidak mempunyai pewaris yang meneruskan monarki mereka.

Maka Tsar Rusia ke-4 dan terakhir adalah pemangku Feodor sendiri, satu-satunya raja bukan berdarah Rurik. Boris pada zaman pemerintahannya amat mementingkan pendidikan rakyat Rusia. Boris merasakan Rusia harus mengikuti pendidikan yang Eropah peroleh. Maka, baginda melaksanakan pembawaan guru asing mengajarkan kanan-kanak Rusia dan menghantar pada remaja Rusia ke pelosok Eropah untuk menimba ilmu. Pembelajaran mazhab Kristian selain Orthodoks Timur juga diterapkan seperti Boris membenarkan pembinaan gereja Kristian Lutheran di Rusia.

Tahun 1605, Boris mangkat akibat penyakit strok yang berpanjangan. Dari kemangkatannya, Rusia menghadapi bencana yang tidak terkawal, iaitu perαng saudara bernama Time of Troubles.

Kalau berminat dengan sejarah Rusia, kalian boleh beli buku terbaru kami, Rusia: Tsar Moden Rusia di:

Putin: Tsar Moden Russia

RUJUKAN:

Auty, Robert, and Dimitri Obolensky, eds. Companion to Russian Studies: vol 1: An Introduction to Russian History (1981).

Brown, Archie et al. eds. The Cambridge Encyclopedia of Russia and the Former Soviet Union (2nd ed. 1994).
McKenzie, David & Michael W. Curran. A History of Russia, the Soviet Union, and Beyond. 6th ed. Belmont, CA: Wadsworth Publishing, 2001.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply