Situasi perang Ukraine-Rusia masih belum menampakkan tanda ia akan reda. Dengan Rusia masih dikenakan sekatan oleh negara-negara Barat akibat konflik tersebut, Motherland kini mempertimbang semula komitmennya sebelum ini. Salah satunya ialah dengan menarik diri daripada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menjelang 2024.

Yuri Borisov. Sumber: government.ru/CC BY-SA 4.0

Buat masa ini, Moscow akan menghormati semua kewajipannya berkenaan ISS termasuk dari segi penyelenggaraan. Tetapi menurut ketua agensi angkasa lepas Rusia yang baru, Yuri Borisov, selepas itu, Moscow akan membina sebuah stesen angkasa lepas milik mereka bagi meneruskan cita-cita astropolitik mereka. Dengan pengumuman tersebut, ia akan mengurangkan satu lagi bidang di mana Rusia bekerjasama dengan negara-negara Barat.

Tetapi sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan korang dapatkan POLITIK UNTUK PEMULA. Perkataan astropolitik memang perkataan baru. Pada masa sama, banyak lagi aspek politik yang perlu diketahui bagi memahami perihal sejarah dan dunia hari ini. Dapatkannya sekarang agar korang tak mudah kena tipu dengan orang politik. Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Politik-Untuk-Pemula-(Ayman-Rashdan-Wong)-i.238336777.3282451258

Ini sudah pasti memeningkan kepala Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang mempunyai rancangan tersendiri untuk ISS. Mengikut perancangan, ISS akan ditinggalkan seawal tahun 2031 dengan ia akan dikawal untuk meninggalkan orbit bumi. Saki-baki stesen yang semakin berusia itu akan jatuh ke bumi dengan harapan ia jatuh di kawasan perairan sekitar selatan Lautan Pasifik.

Jadi, sementara itu belum berlaku, ISS mula dibuka bagi tujuan komersial seperti pelancongan angkasa lepas dan penggambaran filem. Sejak beberapa tahun ini, SpaceX milik jutawan terkenal Elon Musk sudah menghantar ramai pelancong angkasa lepas bagi merasai sendiri pengalaman berada di ISS.

Dan siapa tak boleh lupa perlumbaan untuk menjadi pengarah filem pertama membuat penggambaran di ISS. Kecoh satu internet beberapa tahun sebelumnya, apabila dua pengarah Klim Shipenko (Rusia) dan Doug Liman (AS) mengumumkan hasrat membuat penggambaran di stesen angkasa lepas berkenaan. Sejak itu, Rusia menang dalam perlumbaan tersebut selepas berjaya menghantar Shipenko pada Oktober 2021.

Ramai cendekiawan berharap Rusia menarik balik keputusan berikut. Tetapi dengan melihat apa yang berlaku di Ukraine ketika ini, nak pulihkan balik hubungan Rusia-Barat kembali ke tahap pra-Ukraine merupakan satu usaha yang besar. Tapi kalau itu harganya nak kekalkan ISS sekurang-kurangnya untuk sedekad, maka hakikat tersebut perlu ditelan oleh AS dan rakan-rakan kongsi ISS lain. Selain AS dan Rusia, rakan kongsi ISS lain ialah Jepun, Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada.

Kapal angkasa lepas Progress

Salah satu tugas utama ISS yang memerlukan perhatian segera ialah bagaimana mengekalkan stesen tersebut di orbit. Ketika ini, tugas tersebut digalas oleh kapal angkasa buatan Rusia, Progress di mana ia bertanggungjawab memberi suntikan kuasa tambahan kepada stesen agar kekal di orbit.

AS dan rakan-rakan kongsi ISS mempunyai beberapa pilihan. Pertama, menganugerahkan kontrak kapal angkasa khas untuk ISS kepada syarikat-syarikat yang berminat seperti SpaceX dan Northrop Grumman. Tetapi kontrak sebegini memakan kos yang tinggi lagi-lagi membabitkan komponen stesen angkasa lepas yang sensitif dan bersifat teknikal. Dengan ISS semakin berusia, pilihan sebegini dianggap tidak munasabah dari segi kewangan.

Satu lagi pilihan ialah membenarkan Rusia terus mengoperasikan Progress bagi mengekalkan altitud ISS di orbit. Tetapi dengan berbuat demikian, NASA dan agensi-agensi angkasa lepas lain memerlukan kerjasama Roscosmos (nama rasmi agensi angkasa lepas Rusia) untuk komited terhadap ISS sekurang-kurangnya sehingga 2028 atau selepas stesen angkasa lepas mereka siap.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Roscosmos dilihat tidak mempunyai masalah terhadap cadangan itu. Walaupun Borisov menyatakan penarikan diri Rusia dari ISS dibuat selepas tahun 2024, ramai percaya secara tersirat kerjasama ini masih boleh diteruskan sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi. Tetapi nak harap itu berlaku dalam masa terdekat, semuanya bergantung kepada apa yang berlaku di Ukraine ketika ini.

Rusia ketika ini sibuk membina stesen angkasa lepas miliknya dengan sasaran ia berada di orbit sekitar 2025. Dan ia tidak terhenti di situ saja. Moscow akan meneruskan kerjasama dengan agensi angkasa lepas China (CMSA) termasuk membantu menyiapkan stesen angkasa lepas Tiangong. Malah, khabarnya Roscosmos dan CMSA juga sedang merancang untuk membina koloni angkasa lepas di bulan. Rancangan ini jika direalisasikan, bakal menyaingi AS yang turut merancang perkara sama.

Mungkin ada menganggap kerjasama sebegini sudah dijangka terutama selepas konflik Ukraine-Rusia. Tetapi hakikatnya, angkasawan China tidak pernah sampai ke ISS. Ini disebabkan satu undang-undang di AS yang diluluskan pada 2011 yang melarang NASA daripada berkolaborasi dengan CMSA. Sesiapa saja yang berada dalam kedudukan China, siapa tak bengang dengan diskriminasi sebegini.

Sejak itu, ada pakar-pakar astronomi menganggap polisi tersebut sebagai satu kesilapan kerana angkasa lepas sepatutnya menjadi jambatan kerjasama pelbagai negara tanpa mengira perbezaan politik, agama dan bangsa. Tetapi itu tidak berlaku dan ia menukar ISS kepada sebuah kelab eksklusif untuk beberapa buah negara. China yang bengang kemudiannya membina sendiri stesen angkasa lepas mereka, Tiangong dan ia dijangka beroperasi sekitar 10 hingga 15 tahun.

Dengan kemunculan stesen angkasa lepas baru seperti Tiangong, agensi-agensi angkasa lepas mempunyai banyak pilihan selain ISS untuk meneruskan eksperimen saintifik mereka. Tetapi pada akhirnya, semua ini bergantung kepada perkembangan geopolitik dunia hari ini. Perlu diingat, sifir geopolitik mudah, musuh hari ini boleh jadi kawan keesokan harinya. Dan itu mempengaruhi sebarang bentuk kerjasama termasuk di angkasa raya.


Cerita Roscosmos menarik diri daripada ISS ini sebenarnya ada kaitan dengan Vladimir Putin. Percayalah, tiada keputusan yang dibuat tanpa mendapat kebenaran lelaki paling berkuasa di Rusia itu. Bagaimana beliau berada pada kedudukan sedemikian? Kena dapatkan PUTIN: TSAR MODEN RUSIA untuk mengetahui jawapannya. Beli Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320

RUJUKAN

Carbonaro, G. (2022, 27 Julai). Russia says it will quit the International Space Station after 2024 and build its own. Euronews.

Sample, I. (2022, 27 Julai). Is Russia killing off the International Space Station?. The Guardian.

Grush, L. (2022, 27 Julai). Russia reportedly tells NASA it’s staying with the International Space Station until at least 2028. The Verge.

Heilweil, R. (2022, 26 Julai). The International Space Station isn’t above global politics. The Vox.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply