Sesiapa yang melihat Rurouni Kenshin baik dalam medium manga, anime atau filem tahu ia berkisar tentang tempoh awal Zaman Pemulihan Meiji. Dalam cerita ini, digambarkan peralihan tersebut menyebabkan Samurai menjadi gelandangan, jatuh miskin, hilang tanah, merempat kerana sistem feudal tidak lagi digunakan.
Selain itu, filem juga mengenai protagonis Himura Kenshin menggunakan kemahirannya sebagai samurai bagi menegakkan keadilan dan menghalang mana-mana plot menentang kerajaan termasuk Shishio Makoto. Tetapi tidak ramai tahu era itu juga menyaksikan para samurai mudah menjalani peralihan di sebalik perubahan-perubahan yang berlaku ketika itu. Tapi sejauh mana tepat nasib samurai yang digambarkan dalam filem ini? Benarkah sejarahnya sedemikian?
Zaman Pemulihan Meiji menyaksikan para samurai berdepan pelbagai perubahan drastik seiring dengan dunia moden. Pada tahun 1870, akademi ten.te.ra ditubuhkan bagi melatih ten.te.ra menggunakan sen.ja.ta-sen.ja.ta moden dengan larangan membawa pe.da.ng dikuatkuasakan enam tahun kemudian. Bagi generasi lama, perubahan sebegini sukar diterima dan membawa kepada pemberontakan sekitar 1870-an dan 1880-an.
Di sebalik pemberontakan-pemberontakan ini, ramai samurai memilih menerima dan mudah beradaptasi dengan perubahan sebegini. Malah, yang menariknya kebanyakan figura yang menjadi teras utama Zaman Pemulihan Meiji sendiri terdiri daripada bekas samurai. Dan sejarawan Hidehiro Sonoda ada jawapan untuk perubahan mentaliti mereka.
Pertama, tidak ramai tahu dalam kelompok samurai sendiri, terdapat 100 kelas pangkat untuk mereka. Menerusi pengelasan ini, ia membuka ruang kepada mereka untuk tidak duduk diam dan sentiasa terbuka menerima idea-idea baru termasuk dari Barat.
Kedua, menerusi sistem Keshogunan Tokugawa yang bertahan selama lebih 200 tahun, ia mengubah samurai kepada kakitangan awam. Menjelang pertengahan abad ke-19, mereka sudah kehilangan status sebagai pahlawan bebas. Sonoda menggelar proses perubahan ini daripada pelindung sistem feudal kepada birokrat patrimonial. Perubahan sebegini menjadikan mereka berbeza dengan kesatria-kesatria di Eropah.
Idea ten.te.ra kebangsaan mula terbentuk dalam kalangan samurai-samurai muda pada 1840-an dan 1850-an lebih-lebih lagi selepas Komodor Matthew C. Perry mencabuli tempoh pengasingan Jepun pada 1853. Tindakan Perry membawa kepada pemeteraian Konvensyen Kanagawa pada 1854. Peristiwa ini menyedarkan samurai-samurai muda bahawa mereka amat ketinggalan dari segi persen.ja.taan dan organisasi kete.nt.eraan.
Dan ini mendorong mereka menggerakkan reformasi keten.te.raan sebagai salah satu agenda Zaman Pemulihan Meiji. Selain berperanan sebagai pentadbir, ada bekas samurai yang memilih bergiat sebagai guru, pedagang, kakitangan awam dan petani. Dengan pendedahan ini, ia turut memadamkan mitos samurai enggan beradaptasi dengan perubahan zaman ketika itu padahal merekalah penggerak sebenar era pemodenan Jepun itu.
SUMBER
Wills, Matthew. (2017). Whatever Happened to the Samurai?. Diambil dari https://daily.jstor.org/whatever-happened-to-the-samurai/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih