Bagi yang biasa meneliti buku teks sejarah negara, tidak sah jika tidak menyebut Orang Perak atau Perak Man. Orang Perak ialah rangka manusia berusia 10,000 tahun Zaman Paleolitik yang ditemui di Lenggong, Perak pada tahun 1990. Menerusi penemuan ini, ini menjadikan Orang Perak sebagai rangka Zaman Paleolitik hampir sempurna ditemui di Asia Tenggara.
Dan kini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan teknik pemodelan 3D untuk menghasilkan rupa sebenar Orang Perak. Berikut wajah sebenar Orang Perak.
Memandangkan sebahagian besar teng_korak yang ditemui masih dalam keadaan baik, ini membolehkan saintis mengimbas dan membina semula teng_korak. Selepas itu, mereka menggunakan perisian pemodelan untuk memasukkan tisu, tendon dan daging pada tulang sekaligus membenarkan mereka menghasilkan imej baru Orang Perak.
Menerusi model ini, mereka mendapati saiz sebenar kepala Orang Perak ialah 1,204.91 ml, lebih rendah berbanding purata kapasiti manusia moden iaitu 1,375.0 ml. Dan mereka percaya, ini menjurus kepada kecacatan fizikal yang dialaminya semasa hayat.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Sains Perubatan Malaysia (Malaysian Journal of Medical Sciences), mereka percaya Orang Perak mengatasi halangan ini dengan menjadi pemburu yang handal atau melakukan tugas-tugas lain dalam komunitinya. Dan melihat kepada kajian sebelum ini termasuk lokasi rangka ditemui, para penyelidik menyimpulkan Orang Perak sebagai tokoh masyarakat yang terhormat semasa era Paleolitik.
Mereka berspekulasi Orang Perak berkemungkinan seorang pawang atau cerdik pandai yang arif dalam pelbagai aspek kehidupan Paleolitik ketika itu termasuk memburu, pengumpulan bahan dan cara hidup mereka. Dalam kajian yang sama, para penyelidik turut mendapati saiz kepalanya lebih kecil berbanding teng_korak pra-sejarah yang ditemui di luar negara.
RUJUKAN:
Free Malaysia Today. (2021). 10,000-year-old Perak Man has a face now.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih