Ramai sebenarnya yang mempersoalkan bagaimana wajah Neanderthal. Ada yang kata macam beruk, ada yang kata macam manusia.

 

Sini saya perkenalkan kepada anda, Neanderthal yang hidup 75,000 tahun yang lalu.

 

2018, Kurdistan Iraq. Saintis menemui sebuah gua yang didalamnya terdapat seorang Neanderthal perempuan yang dinamakan oleh saintis sebagai Shanidar Z.

 

Apabila saintis buat penelitian daripada 200 serpihan tulang yang ditemui, saintis cuba bina semula muka Shanidar Z ni dan hasilnya adalah seperti gambar yang anda lihat ni.

 

Ahli paleontologi dan professor arkeologi Universiti Cambridge, Dr Emma Pomeroy berikan ulasan tentang Shanidar Z ni. Katanya, tengkorak Neanderthal ni nampak berbeza daripada spesies kita sendiri, Homo sapiens melalui kening dan tiada dagu.

 

Neanderthal tinggal di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Pergunungan Asia Tengah selama kira-kira 300,000 tahun. Kehidupan mereka bertindih dengan manusia moden selama 30,000 tahun atau lebih.

 

Apabila kita buat analisis DNA daripada manusia zaman sekarang, kita dapati Neanderthal dan Homo sapiens kadang-kadang bertemu antara satu sama lain dan kahwin campur. Sebab tulah ada diantara kita yang ada darah Neanderthal mengalir dalam badan.

 

Balik semula ke Kurdistan Iraq, ketika Shanidar Z ditemui, saintis tak tahu apa jantina sebenar Shanidar Z ni. Sebabnya hanya bahagian badan je yang ditemui elok. Saintis pun ambil sample enamel gigi untuk buat kajian jantina.

 

Selain daripada tu, saintis juga buat anggaran ketinggian Shanidar Z ni. Bila dikira-kira, Shanidar Z ni berketinggian 1.5m selepas dibandingkan tulangnya dengan manusia moden. Umurnya pula sekitar pertengahan 40-an ketika menemui ajal selepas dikaji sampel gigi dan tulang.

 

Mikro CT scan daripada saintis Cambridge membantu dalam mencantumkan semula tulang-tulang. Dr. Lucía López-Polín, arkeologis dari Catalan Institute for Human Palaeoecology and Social Evolution berjaya satukan 200 keping tengkorak dan kembalikan menjadi bentuk asal.

 

Model 3D dibina dan lapisan otot dan kulit yang direka oleh paleoartis Belanda Adrie dan Alfons Kennis akhirnya mendedahkan semula wajah asli Shanidar Z.

 

Apa pendapat anda, adakah sama seperti manusia moden disekeliling kita?

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Sebenarnya macam mana manusia boleh bertemu dan berinteraksi dengan Neanderthal? Nak tahu pasal evolusi Manusia? Dapatkan segera MANUSIA SEBELUM ADAM di Shopee kami:

https://shope.ee/9pETY6b2z8


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply