Syria sedang cuba untuk bangkit semula selepas lebih satu dekad dihantui perang dan konflik dalaman. Kini, perbualan geopolitik mula beralih kepada satu isu yang cukup panas: adakah Syria akan menormalisasikan hubungan dengan Is***l?
Laporan dari media serantau dan antarabangsa menyebut bahawa sedang wujud rundingan secara senyap antara kedua-dua belah pihak. Emiriah Arab Bersatu dikatakan bertindak sebagai orang tengah dalam perbualan ini dan membuka saluran rahsia bagi mencari satu titik persefahaman.
Jika benar berlaku, rundingan ini dilihat sebagai kesinambungan kepada siri normalisasi Abraham Accords yang digerakkan oleh Amerika Syarikat ketika era Donald Trump. Perjanjian ini pernah libatkan UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi.
Trump juga dikatakan telah mengadakan lawatan ke Timur Tengah dan bertemu Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa. Trump dikatakan mendesak Syria untuk ikut jejak beberapa negara Arab lain yang sudah menjalinkan hubungan rasmi dengan Yesbiol.
Namun, penganalisis melihat normalisasi ini sukar berlaku dalam masa terdekat ini. Isu utama yang menjadi penghalang ialah wilayah Golan Heights yang masih diduduki secara haram oleh rejim Yesbiol sejak 1967.
Menteri Luar Yesbiol, Gideon Saar, sudah menyatakan dengan jelas bahawa negaranya tidak akan melepaskan kawasan tersebut. Malah, askar mereka terus merampas tanah dan menghalau penduduk asal di kawasan itu.
Bagi rakyat Syria, isu Golan ialah maruah negara. Tidak ramai yang sanggup berdiam diri jika wilayah itu dikorbankan demi satu perjanjian. Walaupun ada suara menyokong rundingan namun sebahagian besar rakyat tetap tidak mahu tunduk.
Penulis Syria, Robin Yassin-Kassab, menyatakan bahawa rakyat Syria kini berada dalam dilema. Mereka tahu negara sudah terlalu lemah untuk melawan, tetapi juga tidak mahu dilihat menyerah begitu sahaja.
Realitinya, ketenteraan Syria hari ini jauh berbeza berbanding satu dekad lalu. Banyak infrastruktur pertahanan hancur akibat serangan berterusan dari Yesbiol sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Serangan Yesbiol ke atas Syria kini semakin agresif, dengan tentera mereka masuk jauh ke wilayah sempadan, memusnahkan fasiliti ketenteraan dan merampas kawasan strategik.
Dalam situasi ini, Syria dilaporkan menetapkan syarat tertentu, termasuk desakan agar serangan dihentikan serta kawasan yang baru ditawan dikosongkan semula.
Laporan media Lubnan menyebut bahawa Syria buat masa ini hanya menuntut jaminan keselamatan agar serangan ke atas wilayahnya dihentikan. Rundingan belum lagi mensyaratkan normalisasi penuh sebagai keutamaan
Is***l pula meletakkan beberapa tuntutan. Antaranya, tiada kehadiran tentera Turki, pasukan Humus, atau pengaruh Iran di selatan Syria. Mereka juga mahu kawasan itu dinyahketenteraan.
Ketegangan turut timbul dalam kalangan komuniti Druze di sempadan. Is***l cuba mainkan sentimen perkauman dan mengugut mahu masuk campur kononnya untuk melindungi golongan ini.
Sebahagian Druze memang ragu-ragu dengan kerajaan baru Syria tetapi ramai juga yang mengecam cubaan Yesbiol memperalatkan isu tersebut. Mereka lihat itu sebagai helah untuk terus kuasai kawasan strategik.
Dalam masa yang sama, perbincangan diteruskan secara senyap-senyap. Ketua Majlis Keselamatan Negara Is***l, Tzachi Hanegbi, dikatakan mengetuai rundingan dan sudah sampai ke peringkat lanjutan.
Rundingan ini melibatkan wakil Amerika Syarikat, dengan diplomat Tom Barrack sebagai antara perantara penting. Beliau percaya bahawa konflik ini boleh diselesaikan jika dimulakan dengan perjanjian tanpa pencerobohan.
Syria mahukan gencatan yang jelas. Mereka juga mahu wilayah yang dirampas dikembalikan. Tetapi setakat ini, isu Golan Heights masih belum disentuh secara terbuka.
Jika perjanjian damai ini tercapai, ia pasti cetuskan kesan besar dalam politik serantau. Negara-negara jiran seperti Lubnan, Jordan dan Iraq pasti akan ikuti rapat perkembangan ini.
Banyak negara Islam masih belum beri sebarang kenyataan rasmi. Mereka tunggu hasil sebenar sebelum ambil pendirian. Namun, jika Syria mula rapat dengan Yesbiol, mungkin akan berlaku pergeseran sikap dalam kalangan blok Arab.
Soalnya, adakah Syria bersedia korbankan tuntutan ke atas Golan semata-mata mahu dihentikan serangan? Dan adakah dunia Arab akan benarkan normalisasi ini tanpa syarat yang jelas?
Rakyat Syria ada yang berbeza pandangan. Ada yang sudah letih dengan konflik yang tidak berkesudahan tapi ada juga yang tetap mahu pertahan maruah dan wilayah yang diceroboh. Isu ini bukan soal rundingan semata-mat tetapi , ia tentang prinsip dan harga diri sebuah negara.
Dunia sedang menyaksikan satu lagi babak penting dalam peta kuasa baru. Sama ada Syria akan tunduk atau berdiri dengan syaratnya hanya masa akan tentukan. Tapi yang pasti, tiada ruang lagi untuk negara yang lemah dalam permainan geopolitik hari ini.
Sejarah menunjukkan Yesbiol dan sekutunya di Barat, terutama Amerika, tidak pernah jujur dalam perjanjian. Setiap kali satu pelan damai diumumkan, tangan satu lagi sedang mencengkam senjata.
Mereka bercakap soal keamanan, tapi dalam masa yang sama terus rampas tanah, langgar undang-undang dan lindungi kekejaman sendiri dengan naratif palsu.
Amerika pula sering berpura-pura sebagai pendamai global, padahal merekalah antara dalang utama huru-hara di banyak wilayah. Dari PalsTeein ke Iraq, dari Gaezhahh ke Syria, coraknya sama dengan cara masuk campur atas nama demokrasi, tapi yang tinggal hanyalah puing dan sengsara.
Dunia Islam berkali-kali ditipu, dijadikan bidak, kemudian dibuang bila tak lagi beri untung.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.