1.Semalam, Mahkamah Koroner Shah Alam dan pihak-pihak berkepentingan diketuai oleh Koroner Rofiah Mohamad telah melakukan tinjauan kepada 2 tempat berbeza iaitu:
i) Persimpangan Jalan USJ 16 yang berdekatan dengan tapak insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman.
ii) Tapak Simpan Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di Balai Bomba SS 17.
2. Di (i), Persimpangan Jalan USJ 16 yang berdekatan dengan tapak insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, mereka di bawa ke lokasi awal kejadian kebakaran kereta sebelum ditunjukkan kawasan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) berhenti di jalan itu untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Saksi kedua, Md Elliza Mohd Noor yang juga pemandu FRT juga turut serta untuk menjelaskan kepada mahkamah bagaimana jentera itu berundur setelah diserang sekumpulan lelaki India pada malam kejadian.
3. Di (ii), iaitu di tapak Simpan Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di Balai Bomba SS 17, sekali lagi penerangan diberikan oleh saksi kedua, Md Elliza Mohd Noor yang merupakan pemandu jentera itu pada malam kejadian.
Md Elliza memberi keterangan berhubung FRT mengundur dalam menyelamatkan diri ketika diserang sekumpulan lelaki India.
4. Di tapak simpan ini juga Saksi 3 iaitu Pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman memberitahu bahawa kehilangan’ Adib hanya disedari selepas van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan jentera Fire Rescue Tender (FRT) tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Beliau berkata dia tidak tahu di mana arwah Muhammad Adib ketika van yang dipandunya berpusing sebelah kiri akibat dilanggar dari belakang oleh jentera FRT yang ketika itu berundur akibat diserbu sekumpulan 50 orang awam.
“Saya tak perasan di mana arwah Adib, saya hanya dengar bunyi riuh-rendah, van EMRS digoyang, diketuk sekumpulan orang awam,” katanya.
5. Saksi 3 turut berkata:
“Sepanjang insiden itu iaitu dari FRT mengundur dan menghimpit van EMRS sehingga berpusing saya langsung tidak nampak kelibat Adib dan tidak mendengar suara Adib. Hanya kedengaran suara riuh rendah saja.
Kemudian saya terus menekan minyak menuju ke arah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk meminta bantuan. Saya parkir van di perkarangan IPD berkenaan dan terkejut apabila melihat anggota pemadaman bernama Hazim muncul dari bahagian belakang van,” katanya pada pendengaran hari kedua inkues itu.
Katanya beliau kemudian bertanya kepada Hazim “Adib mana? Adib mana?” dan Hazim menjawab “tak tahu.”
“Seminit selepas kami sampai, jentera FRT pun sampai di IPD berkenaan. Saya tak tahu saya sampai dalam berapa minit sebab keadaan gelap, panik dan rasa macam nak mati. Sejurus sampai di IPD, saya baru perasaan tayar belakang sebelah kiri van yang saya pandu meletup dan cermin sisi bahagian belakang pecah..side miror pun hilang, dicabut. Terdapat beberapa topi keledar di dalam van berkenaan,” katanya.
“Selepas jentera FRT sampai di IPD, kami membuat panggilan baris (roll-call) bagi menyemak anggota, masa itulah kami sedar arwah Adib tiada. Saya bayangkan arwah Adib dalam jentera FRT,” katanya.
6. Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah turut mengemukakan soalan kepada saksi 3:
Hamdan: Apa tindakan pihak kamu selepas tiba di IPD?
Ahmad Shahril: Kami tidak sempat membuat laporan polis kerana masa itu sistem down beberapa minit… pihak polis masuk ke tempat rusuhan bagi mencari arwah. Pihak kami pula cuba menghubungi arwah dan panggilan itu dijawab orang awam dan memberitahu Adib dibawa ke Hospital SJMC.
“Kami pergi ke hospital SJMC untuk melawat arwah namun kami tak dapat tengok arwah sebab dia dirawat di bahagian kecemasan… Selepas itu, penyelia kami Encik Badrul membuat laporan di balai polis USJ17 selepas saya menjelaskan insiden berkenaan,” katanya.
7. Ketika menjawab soalan daripada Hamdan, Saksi 3 juga membacakan semula laporan polis yang dibuat oleh penyelianya berhubung kejadian menimpa dirinya dan Muhammad Adib pada malam kekecohan di kuil tersebut dan mendedahkan bahawa ada kemungkinan Adib ditarik dan dipukul sekumpulan perusuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu.
Beliau berasakan perkara itu yang terjadi pada Muhammad Adib kerana berdasarkan keadaan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki mereka dan jentera Fire Rescue Team (FRT) mengalami rosak dalam kejadian itu.
“Perilaku perusuh berkemungkinan terjadi susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandunya dengan tujuan untuk menyerang dan mencederakannya.
“Saya beranggapan kalau pintu saya cuba diceroboh oleh perusuh dengan membukanya dan bertujuan mencederakan saya, tidak mungkin perkara itu tidak terjadi kepada arwah Adib.
“Sedangkan saya tengok kenderaan bomba diserang begitu teruk, tidak mungkin (niat) tidak cederakan anggota bomba,” katanya
8. Terdahulu, mahkamah juga memberikan sebuah jentera FRT mainan dan kenderaan EMRS mainan kepada saksi itu bagi menjelaskan insiden berkenaan.
Saksi ketiga itu berkata beliau juga tidak nampak sebarang senjata yang digunakan perusuh dalam insiden itu dan berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana beliau boleh memandu van EMRS berkenaan dalam keadaan tayar belakang pecah.
9. Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung hari ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih