Disebabkan penularan Covid-19, banyak negara melaksanakan perintah berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) versi mereka untuk melandaikan bilangan kes wabak berkenaan. Tetapi masih ramai LEMBU yang memilih untuk keluar di sebalik arahan tegas kerajaan untuk mereka duduk diam di rumah.

Ini mendorong pihak berkuasa sesetengah negara bersikap kreatif dalam mendidik rakyat mematuhi perintah berkurung/PKP. Di Sragen, Indonesia, pihak berkuasa yang sudah muak dengan kedegilan rakyat mereka melanggar perintah berkurung/PKP mengenakan hukuman paling pelik: jalani kuarantin di RUMAH BERHANTU!

Rajah 1: Seorang sukarelawan memerhati rumah berhantu yang dijadikan tempat kuarantin bagi pesalah yang melanggar PKP di Sragen. Sumber: AFP/https://gulfnews.com/world/asia/covid-19-indonesia-locks-virus-violators-in-haunted-house-1.1587462926153

Ketua wilayah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati mengeluarkan arahan tersebut pada minggu lepas selepas masih ramai orang keluar rumah di sebalik bandar dan wilayah Indonesia sibuk melaksanakan perintah berkurung mereka.

Ada sesetengah pendatang yang tiba di Pulau Jawa dari pelbagai bahagian Indonesia enggan mematuhi perintah kuarantin 14 hari yang dikenakan pihak kerajaan bagi mengelak penularan wabak Covid-19 dan mengelak menjadikan negara itu titik panas wabak di Asia Tenggara.

Justeru, Sukowati mengarahkan penduduk-penduduk kampung mengubahsuai rumah-rumah lama yang ditinggalkan sebagai tempat hukuman dan kuarantin bagi pesalah. Apa yang dilakukan beliau ialah dengan memanfaatkan kepercayaan penduduk setempat terhadap alam ghaib yang masih memberi impak besar terhadap cerita-cerita rakyat negara itu.

Setakat ini, lima LEMBU yang tidak bernasib baik terpaksa menjalani kuarantin di rumah berhantu yang diusahakan penduduk-penduduk Sragen. Mereka meletakkan katil di satu penjuru yang jauh dan ia hanya dipisahkan oleh tirai langsir.

Rajah 2: Antara LEMBU yang perlu menjalani kuarantin di rumah berhantu di Sragen. Sumber: AFP/https://www.channelnewsasia.com/news/asia/covid19-indonesia-locks-quarantine-violators-haunted-house-12662268

Salah seorang yang terkena ialah Heri Susanto dari Sumatera. Semasa menjalani hukuman kuarantin di rumah itu, dia mengakui belum terserempak dengan mana-mana hantu setakat ini.

Heri berkata, “Tetapi kalau memang berlaku, memang berlaku. Saya tahu ia dibuat untuk menjaga keselamatan semua orang. Pengajaran diterima.”

Apa yang dibuat di Sragen merupakan antara cara kreatif pihak berkuasa Indonesia bagi memastikan perintah berkurung/PKP mereka berjalan lancar dan diharap melandaikan kes penularan Covid-19. Ketika ini, Indonesia merekodkan 7,418 kes dan 635 kes kem4tian akibat Covid-19.

RUJUKAN:

Channel News Asia. (2020). COVID-19: Indonesia locks quarantine violators in ‘haunted house’. https://www.channelnewsasia.com/news/asia/covid19-indonesia-locks-quarantine-violators-haunted-house-12662268


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.