Buat pertama kalinya dalam tempoh sedekad, seorang Perdana Menteri Jepun akan tinggal di kediaman rasminya. Kompleks bangunan yang berusia seabad itu dibina mengikut gaya art deco dan dibuka pada 1929 sebagai tanda Jepun bersedia melalui era pemodenan abad ke-20. Bagaimanapun, kompleks kediaman Perdana Menteri Jepun itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Tidak dinyatakan tarikh sebenar Perdana Menteri Fumio Kishida akan tinggal di kediaman rasminya itu. Tetapi penyiar kebangsaan NHK telah menyatakan Kishida berkemungkinan berpindah ke kediaman tersebut seawal hujung minggu ini. Kompleks kediaman itu menjalani proses pengubahsuaian pada 2005 dengan kos 8.6 bilion yen (RM318.7 juta) sebelum digunakan semula pada 2006.
Bagi memastikan kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman Perdana Menteri itu berjalan lancar, kontraktor telah memanggil seorang sami Shinto untuk menjalankan upacara mengusir hantu. Secara tidak langsung, ia bagai mengesahkan kediaman itu sebenarnya berhantu terima kasih kepada beberapa tragedi yang berlaku semasa ia digunakan.
Kompleks kediaman dan pejabat Perdana Menteri Jepun ini dibina dengan menjadikan Hotel Imperial Tokyo sebagai inspirasi. Reka bentuk hotel itu merupakan ilham arkitek dari Amerika Syarikat, Menariknya, hotel itu dibuka pada hari sama gempa bumi teruk melanda Jepun pada 1923. Gempa tahun berkenaan menyaksikan puluhan ribu penduduk Tokyo terbu.n.uh pada hari itu.
Tiga tahun selepas kediaman Perdana Menteri Jepun dibuka secara rasmi, sekumpulan pegawai ten.te.ra laut muda Jepun menyerbu kediaman itu dan membu.n.uh Perdana Menteri Tsuyoshi Inukai. Pada 1935, perkara serupa hampir menimpa pengganti Inukai, Keisuke Okada.
Pada tahun itu, satu lagi pemberontakan ten.te.ra tercetus dengan sasaran mereka ialah Okada. Bagaimanapun, cubaan bu.n.uh beliau tidak berhasil selepas Okada menyembunyikan dirinya di dalam almari. Sebaik pihak berkuasa menyedari plot itu berlaku, mereka segera menahan dan menye.ra.ng mana-mana pegawai yang terlibat.
Lima orang ten.te.ra yang memberontak dibu.n.uh di kompleks kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun dan kesan tem.ba.kan masih boleh dilihat di pintu masuk utama. Ia merupakan ingatan pahit bagaimana pentadbiran Jepun kemudiannya dikuasai ten.te.ra terutama pada tahun-tahun Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII).
Selepas WWII dan tahun-tahun seterusnya, tiada kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan dibuat. Ini mengakibatkan kompleks kediaman itu kelihatan tidak terurus di mata kakitangan kerajaan yang bertugas di situ. Itu tidak dicampur pengalaman mereka yang pernah melihat kelibat paranormal di kompleks berkenaan. Ini termasuklah bekas Perdana Menteri Yoshiro Mori semasa berbual dengan bos lama Kishida dan Perdana Menteri ketika itu Shinzo Abe.
Ini mungkin menjelaskan mengapa Abe dan penggantinya Yoshihide Suga lebih suka kekal di kediaman lama mereka berbanding berpindah ke kediaman rasmi. Selepas kembali bergelar Perdana Menteri pada 2012 hingga pertengahan 2020, Abe tinggal di kediaman miliknya di Shibuya, Tokyo. Sementara Suga pula kekal di kediaman khas ahli-ahli Diet bagi membolehkannya mengadakan perbincangan dengan mereka tanpa dihidu pihak media.
Bagi Abe, satu lagi sebab beliau enggan tinggal di situ ialah purata tempoh perkhidmatan Perdana Menteri yang duduk di situ terlalu singkat. Beliau pernah tinggal di situ selama setahun selepas bergelar Perdana Menteri pada 2006 dan 2007. Dengan purata tempoh perkhidmatan enam Perdana Menteri yang duduk situ melebihi setahun, ia bukan satu petanda baik bagi mana-mana individu yang mahu kekal lama sebagai Perdana Menteri. Tindakannya kekal berada di Shibuya membolehkan Abe menempa nama sebagai Perdana Menteri Jepun paling lama dalam sejarah.
Walaupun Abe dan Suga tidak menduduki kompleks kediaman itu, ia masih mengundang kos sebanyak 160 juta yen (RM5.93 juta) kepada pembayar cukai. Kali terakhir ia diduduki pada 2012 semasa era Perdana Menteri Yoshihiko Noda.
Kini, giliran Kishida pula yang mahu menduduki kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun itu. Dengan Jepun berdepan krisis ekonomi dan kesihatan yang dicetuskan oleh Covid-19, beliau mempunyai dua pilihan. Sama ada membenarkan fenomena paranormal di situ menjadi pencetus kejatuhannya. Atau menjadikan kisah silam kediaman itu sebagai inspirasi untuk mendepani cabaran mendatang.
RUJUKAN
Yokoyama, E. (2021, 10 Disember). History of Ghosts and Mu.rd.er Awaits Japan PM in 1929 Mansion. Bloomberg.
Sumber gambar: Kyodo/AP News
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih