Saya tersentak apabila ditegur oleh ibu saya ketika lepas maghrib tadi. Katanya, TP tidak ada apa-apakah penghargaan yang mahu dikalungkan pada para jururawat sempena Hari Jururawat hari ini? Untuk pengetahuan kalian, ibu saya sendiri seorang jururawat. Tetapi agak menyedihkan untuk pihak saya, saya tidak menunjukkan sebarang penghargaan kepadanya.
Lantas, ibu mencadangkan kepada saya agar menukilkan kisah tentang seorang jururawat pertama dalam Islam, Rufaidah untuk membuka mata orang ramai yang dewasa ini seringkali melontarkan cerca kepada profession seorang jururawat itu sendiri. Kebetulan, saya pernah membaca kisahnya, maka saya cuba coretkan kisah ini. Saya sediakan artikel ini dalam bentuk point-point sahaja, untuk memudahkan penulisan saya, dan dalam masa yang sama, memudahkan pembacaan kalian.
Kehebatan Rufaidah Yang Harus Dikenang
– Dilahirkan dalam Bani Aslam, di Madinah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang memang mempunyai latar belakang perubatan yang baik. Ayahnya sendiri iaitu Saad Al Aslamy ialah seorang tabib dan merupakan guru kepada Rufaidah.
– Berkat dari pengabadian hidupnya pada ilmu perubatan, Rufaidah menjadi seorang seorang jururawat yang mahir. Ketika umat Islam terlibat dalam peperangan, terutama dalam Pertempuran Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah telah membuka tempat rawatannya sendiri di luar lapangan Majid Nabawi, merawat pada pejuang Islam yang tercedera dalam peperangan.
– Dalam Pertempuran Khandaq, dicatatkan juga bahawa Rufaidah ketika Pertempuran Khandaq, telah merawat Saad bin Muadz yang tercedera kerana terkena panah di tangannya sehingga sembuh lukanya.
– Rufaidah tidak kedekut ilmu, bahkan telah melatih beberapa kaum hawa dengan ilmu perubatan dan kejururawatan yang dimilikinya. Ketika Pertempuran Khaibar, Rufaidah memohon kepada Rasulullah bersama dengan beberapa orang kaum wanita yang lain Penyertaaan mereka membantu umat Islam dan banyak nyawa pejuang-pejuang yang dapat dirawat. Ini membuatkan beliau orang pertama yang memiliki unit rawatan mudah alih pertama yang didokumentasikan dalam sejarah.
– Dikatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah membahagikan harta peperangan yang dimenangi kepada Rufaidah, dan bahagian yang dimiliki oleh Rufaidah adalah sama banyak dengan tentera-tentera yang mengangkat senjata di medan pertempuran.
– RCSI(Royal College of Surgeons in Ireland) Bahrain telah mewujudkan sebuah anugerah sempena dengan nama Rufaidah untuk pelajar cemerlang mereka dalam bidang kejururawatan. Pemenang dipilih oleh panel-panel bertauliah yang menilai hasil kerja setiap pelajar.
Kesimpulan
Kisah Rufaidah ini mengajarkan kita satu perkara. Sesungguhnya Islam tidak pernah menindas kaum wanita. Bahkan, dalam kes ini, Rufaidah memainkan peranan yang sangat besar dalam memperjuangkan agamanya. Peranan seumpama dengannya tidak mungkin dapat dilihat di kebanyakan kawasan lain. Bahkan, ia terjadi di sebuah wilayah yang dimana, tidak lama ketika Rufaidah dilahirkan, masih mengamalkan adat menanam anak perempuan hidup-hidup! Jelaslah betapa Islam yang dibawa oleh nabi kita ini benar-benar mengangkat martabat kaum wanita. Akhir kata daripada saya, kepada para jururawat diluar sana, sambutlah salam ikhlas daripada saya.
“Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia.”
Sumber:
Salim Al-Hassani. Women’s Contribution to Classical Islamic Civilisation: Science, Medicine and Politics. Muslim Heritage. (Link: http://www.muslimheritage.com/article/womens-contribution).
Many centuries before Florence Nightingale, this Muslim woman introduced nursing to the Arabic world. (Link: https://blog.nurserecruiter.com/many-centuries-before-florence-nightingale-this-muslim-woman-introduced-nursing-to-the-arabic-world/)
Samar Yahya. Rufaida Al-Aslamia – the first Muslim nurse. (Link: https://www.msn.com/en-ae/news/middleeast/rufaida-al-aslamia-%E2%80%93-the-first-muslim-nurse/ar-BBz8Txw).
Historical, Cultural, and Contemporary Influences on the Status of Women in Nursing in Saudi Arabia. (Link: http://www.nursingworld.org/MainMenuCategories/ANAMarketplace/ANAPeriodicals/OJIN/TableofContents/Volume112006/No3Sept06/ArticlePreviousTopics/WomeninNursinginSaudiArabia.html)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih