One time I was down to Jamaica to a place called Rose Hall Plantation
…A lady named Annie Palmer who lived in that great house there
…Well they tell a lot of tales about Annie
They say she had three husbands one at a time I guess
…On the Island of Jamaica quite a long long time ago
At Rose Hall Plantation where the ocean breezes blow
Lived a girl named Annie Palmer the mistress of the place
And the slaves all lived in fear to see a frown on Annie’s face
Where’s your husband Annie where’s number two and three
Are they sleeping neath the palms beside the Caribbean Sea
At night I hear you ridin’ and I hear your lovers call
And still can feel your presence round the great house at Rose Hall hmm
(The Ballad of Annie Palmer – Johnny Cash)
Pautan lagu:
Sesiapa yang mendengar lagu di atas pasti sedar ia sebenarnya merujuk kepada Ladang/Rumah Besar Rose Hall di Montego Bay, Jamaica. Rumah ini dilabel sebagai kediaman paling berhantu di hemisfera barat dan ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Rose Hall dibina pada 1770-an dan mempunyai pengaruh seni bina Georgian pada reka bentuknya. Ia diwarisi oleh John Palmer daripada datuk saudaranya yang turut bertanggungjawab menjadikan ladang tersebut sebagai ladang tebu. Rose Hall merupakan antara ladang terbesar di Jamaica dan pada satu ketika mempunyai 2,000 orang ha.m.ba sebagai buruh ladang berkenaan.
Sejarah berhantu Rose Hall bermula apabila Annie Patterson tiba di Jamaica sebagai isteri Palmer pada akhir abad ke-18. Annie menjadi yatim piatu pada usia enam tahun dan dibesarkan oleh penjaganya di Haiti. Semasa di bawah penjagaan merekalah, dia dikatakan mempelajari si.h.ir terutama voodoo.
Tidak diketahui bagaimana Annie berkahwin dengan Palmer sama ada jatuh hati biasa atau termakan permainan sihirnya. Yang pasti, dia dilayan dengan buruk termasuk dide.ra oleh suaminya itu. Ini mendorong Annie berteduh kasih dengan beberapa orang sa.ha.ya lelaki selepas tidak dihiraukan oleh Palmer.
Perkahwinan mereka semakin berkecamuk lebih-lebih lagi selepas dia menemui isterinya sedang enak mengadakan hubungan se.ks dengan salah seorang ha.m.ba lelakinya. Ia dianggap penamat kepada Palmer kerana dia kemudiannya ma.ti disyaki dira.c.un oleh Annie selepas tidak tahan dide.ranya. Sejak itu, Rose Hall diwarisi oleh Annie dan itu digunakan untuk meneruskan kehidupan liarnya bersama beberapa ha.m.ba lelaki kegemarannya.
Untuk mengelak perkara tersebut daripada menjadi buah mulut orang ramai, dia berkahwin lagi sebanyak dua kali. Tetapi seperti Palmer, kedua-dua suaminya itu ma.ti dalam keadaan mencurigakan berkemungkinan daripada ra.c.un sama yang digunakan untuk membu.n.uh suami pertamanya itu. Wujud khabar angin kedua-dua suami Annie itu ditanam di bawah tiga pohon palma berhadapan hotel kondominium mewah berhampiran Rose Hall.
Semasa Rose Hall diuruskannya, bukan sedikit orang yang melaporkan keke.ja.mannya terhadap ha.m.ba-ha.m.ba yang bekerja di situ termasuk kekasih-kekasih gelapnya. Jika Annie sudah bosan dengan mereka, maka hukuman yang menanti sama ada sumpahan si.h.ir atau hukuman ma.ti.
Salah seorang kekasihnya ialah seorang ha.m.ba bernama Takoo. Terdapat beberapa versi bagaimana dia membu.nu.h Annie. Mengikut satu versi, Takoo menggunakan si.h.ir untuk menyingkirkannya sebelum Annie melakukan perkara serupa terhadapnya.
Dalam satu versi yang lain, tuannya menggunakan si.h.ir untuk membu.nu.h seorang ha.m.ba yang ada hubungan kekeluargaan dengan Takoo. Berang dengan tindakan Annie, dia menggunakan si.hi.r untuk melemahkan kekasihnya itu sebelum mence.k.iknya sehingga mati di salah satu bilik tidur di Rose Hall. Ma.ya.t Annie kemudiannya diletakkan dalam sebuah keranda batu dan ditanda dengan tanda salib bagi memastikan rohnya tidak menghantui Rose Hall.
Pembu.nu.han Annie berlaku serentak dengan pemberontakan ha.m.ba di Jamaica pada 1831. Selepas pemberontakan tersebut berakhir, Rose Hall dibiarkan terbiar selama lebih seabad sebelum dibeli dan dipulihkan semula oleh bekas Ratu Cantik Amerika Syarikat, Michele Rollins dan suaminya, John pada 1960.
Tetapi berdasarkan penyelidikan sejarawan, langsung tidak wujud individu bernama Annie Palmer. Memang benar Palmer berkahwin tetapi isterinya bukan Annie tetapi Rosa Palmer. Kesemua cerita tentang Rose Hall dan Annie disebut dalam sebuah buku yang dikarang Herbert de Lisser. Ia dibuat sebagai mengejek khabar angin yang menyelubungi Rose Hall termasuk dakwaan bahawa ia berhantu.
Walaupun legenda Annie Palmer sudah dibuktikan sebagai satu penipuan, masih ramai yang mengunjungi Rose Hall sehingga hari ini terima kasih kepada legenda berkenaan. Malah, ada mendakwa fenomena paranormal terus wujud di situ sekaligus menunjukkan pengaruh mistik yang menyelubungi Rose Hall tidak akan hilang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih