Pernah tengok filem Gladiator II, lepas tu ternampak satu babak satu Colloseum penuh dengan air? Sebenarnya benda itu benar. Bayangkan kita hari ini penuhkan stadium Bukit Jalil dengan air, begitulah kehebatan tamadun Rom.
Pada zaman kegemilangan Empayar Rom, kehebatan kejuruteraan mereka tidak hanya terhad kepada pembinaan jalan raya dan akueduk, tetapi juga melibatkan reka bentuk stadium yang menakjubkan.
Salah satu keajaiban kejuruteraan Rom ini ialah kemampuan mereka untuk memenuhi sebuah stadium dengan air bagi tujuan pertunjukan nautika, atau dikenali sebagai naumachia, iaitu simulasi pertempuran laut.
Stadium yang digunakan biasanya direka khas untuk tujuan ini. Contohnya, Naumachia Augusti, sebuah arena yang dibina oleh Maharaja Augustus pada tahun 2 SM, adalah sebuah struktur besar dengan sistem saliran yang canggih.
Proses mengisi stadium bermula dengan pembinaan saluran air yang dihubungkan terus kepada sungai atau akueduk. Rom memiliki sejenis binaan yang dipanggil sebagai Akueduk, mampu membawa air dari jarak yang sangat jauh, memainkan peranan utama dalam kejayaan projek ini.
Untuk mengisi stadium dengan air, para jurutera Rom menggunakan injap dan saluran khas yang membolehkan aliran air dikawal dengan teliti. Struktur saliran yang dibina berdasarkan sistem graviti juga membolehkan air dikeluarkan dengan cepat selepas pertunjukan selesai. Dalam tempoh beberapa jam, stadium yang kering boleh berubah menjadi kolam besar yang cukup dalam untuk kapal-kapal kecil.
Semasa pertunjukan naumachia berlangsung, para penonton akan menyaksikan “pertempuran” antara kapal-kapal yang sering dilakonkan oleh tawanan perang. Para pelakon, yang selalunya terdiri daripada tawanan perang atau pesalah hukuman mati, memainkan peranan sebagai pelaut dan tentera.
Mereka akan bertempur di atas kapal, menggunakan pedang, lembing, dan panah, untuk menggambarkan pertempuran laut yang epik. Penonton akan bersorak menyaksikan aksi mendebarkan ini, yang sering kali membawa kepada pertumpahan darah yang nyata.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih