Teknologi aeroangkasa telah memangkinkan banyak kejayaan saintifik. Tiada siapa akan lupa misi Yuri Gagarin ke orbit. Takkan mungkin orang boleh nafikan pendaratan Bulan yang ternyata benar.

Tetapi aeroangkasa adalah bidang yang sangat luas, tidak terhad dengan Program Vostok dan Apollo semata-mata. Banyak misi dijalankan untuk tujuan nasionalisme dan saintifik.

Setiap misi ini meninggalkan sisa di ruangan angkasa. Semakin lama, sisa-sisa ini terkumpul sampai menyebabkan “pencemaran angkasa”.

Teorinya mudah. Semakin banyak negara menjadi peserta angkasa (spacefaring nation), semakin banyaklah sampah di ruangan angkasa.

Hari ini Bumi sudah penuh dengan sampah… bukan setakat di permukaan atau laut semata-mata, tetapi juga di ruangan orbit.

Semua sampah berapungan di kawasan orbit, pada bila-bila masa akan terbakar jika hanyut terlalu dekat dengan atmosfera.

Seandainya sampah tersebut terlalu besar, memang akan menghentam permukaan seperti demikian hari apabila roket China dengan berat 18,000 kilogram jatuh balik ke Bumi (Amos, 2021).

Pihak media pun faham sajalah. Kalau perkara ini berlaku pada NASA atau ESA, liputan mereka akan bercakap secara positif.

Jadi pada China saja, kecoh bukan main. Sama macam baru-baru ini, apabila berdengkur pula bunyi tentang roket SpaceX bakal menghentam Bulan.

Roket Liar Yang Menghampiri Bulan

Bill Gray adalah seorang pakar astronomi yang membangunkan sebuah perisian (software) untuk tujuan penjejakan asteroid (asteroid tracking). Beliau menamakan perisian ini Project Pluto.

Kira Gray ibaratkan macam J&T jugalah, dan Project Pluto pula adalah nombor tracking. Dengan menggunakan perisian ini, beliau ternampak sebuah sampah angkasa berbentuk roket yang semakin menghampiri Bulan.

Untuk memudahkan perbincangan, roket ini diberi nama WE0913A.

Pada mulanya, Gray berkata WE0913A adalah roket Falcon 9 milik SpaceX yang dilancar pada Februari 2015.

Gambaran digital pelancaran Falcon 9

SpaceX pada masa itu sedang melaksanakan misi DSCOVR, sebuah satelit bertujuan untuk mencerap iklim dari luar angkasa.

Gray berkata WE0913A akan menghentam permukaan Bulan dalam tempoh tujuh tahun. Tahun ketujuh itu adalah tahun ini.

Punca Pembetulan

Penilaian Bill Gray terbukti ralat apabila jurutera Jon Giorgini menggunakan sistem Horizons milik NASA. Sistem ini adalah untuk menjejak kapal-kapal angkasa di luar Bumi.

Giorgini mendapati WE0913A sudah melintasi Bulan dua hari selepas pelancaran DSCOVR. Dapatan ini sangat pelik. Kerana lintasan (trajectory) DSCOVR tidak patut hanyut ke arah Bulan.

Lalu Giorgini pun menegur Gray, yang menyemak maklumatnya kembali sebelum akhirnya menyedari keralatan di sebalik penilaiannya.

Mana mungkin WE0913A boleh sampai Bulan dua hari selepas pelancaran DSCOVR. Setelah menyemak, barulah Gray perasan yang WE0913A adalah roket pendorong (booster rocket) yang menghantar Chang’e 5-T1 ke angkasa pada Oktober 2014.

Sebelum pelancaran

Misi 5-T1 merupakan suatu eksperimen untuk menguji penembusan atmosfera semasa kemasukan semula (re-entry).

Terbakar selepas re-entry

Manfaat Daripada Hentaman Ini

Waktu pelancaran dan lintasan roket 5-T1 adalah tepat dengan kedudukan WE0913A sekarang.

Ia sedang bergerak dengan kelajuan 9,288 kilometer sejam, dan bakal menghentam pada 4 Mac 2022 di bahagian khatulistiwa Bulan.

Cuma hentaman ini hanya boleh dilihat dengan teleskop angkasa sahaja. Kerana ia akan berlaku di bahagian jauh (far side) Bulan. Bagi yang tidak tahu, Bulan berputar dan mengelilingi Bumi dengan kelajuan sama.

Bermakna hanya satu bahagian Bulan saja menghadap Bumi. Bahagian yang menghadap dipanggil near side. Manakala bahagian yang merajuk pula adalah far side.

Hentaman 5-T1 boleh dicerap Amerika Syarikat dan India untuk mengenal pasti kawahnya.

Kajian ini dipercayai boleh bantu saintis faham kandungan tanah di bahagian dalaman (Turner, 2022). Misi Apollo demikian hari mengembalikan tanah di permukaan sahaja.

Hentaman ini tentu sekali akan korek dalam, dan imbasan teknologi moden mampu ‘tengok’ kandungannya.

RUJUKAN:

Amos, J. (2021, Mei 8). Big Chinese rocket segment set to fall to Earth. BBC.

Turner, B. (2022, Februari 14). Rogue rocket about to smash into the moon is from China, not SpaceX, experts say. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

1 Comment

Leave A Reply