Pernah tak anda tonton Rocky IV? Mesti anda tahu yang Rocky IV ni merupakan filem propaganda. Rocky IV keluar panggung pada tahun 1985 semasa kemuncak Perang Dingin antara US dan Soviet.

 

Filem ni memang memanfaatkan ketegangan antara kedua-dua negara dan menggunakan nasionalisme sebagai tema utama.

 

Kita boleh tengok filem ni terang-terangan menggambarkan situasi US dan Soviet. Tengok saja pada watak utamanya, Rocky Balboa dan Ivan Drago.

 

Rocky 4 bermula dengan Rocky yang kelihatan berjaya dalam mengejar impian sebagai seorang rakyat Amerika. Semua benda dia cukup. Ada keluarga bahagia, rumah besar dan kereta sport.

 

Rocky juga merupakan imigran Itali-Amerika yang menunjukkan bahawa seorang imigran pun boleh mencapai kejayaan hasil usaha gigih di US.

 

Kemudian, kita diperkenalkan dengan peninju Rusia, Ivan Drago. Dia guna teknologi dan dadah untuk kuat. Kononnya dia ada bini, rupa-rupanya bini dia tu sebenarnya ejen Soviet.

 

Ivan ni jauh lebih kuat dan tinggi daripada Rocky dan sekali dia debik memang boleh buat orang mati. Sampai la si Apollo Creed tumbang dan pergi buat selamanya masa lawan Ivan Drago.

 

Pendek cerita, Ivan cabar Rocky dan Rocky terima tawaran itu. Rocky kena pergi ke Soviet untuk lawan dengan Ivan di hadapan jutaan rakyat Soviet.

 

Akhirnya, Rocky berlawan dengan Ivan. Teruk jugak Rocky kena debik tetapi masih teguh berdiri menentang lawannya. Ketahanan dan ketabahannya mula mendapat rasa hormat rakyat Soviet.

 

Malah, Ivan sendiri menunjukkan rasa hormat kepada Rocky. Menuju ke pusingan akhir, Rocky bantai Ivan sampai menang.

 

Kejayaan Rocky ni menggambarkan kekuatan mental dan keazaman Amerika terhadap apa jua halangan. Ia menunjukkan bahawa apa sahaja boleh dicapai melalui kerja keras.

 

Akhirnya, penonton Rusia bersorak untuk Rocky dan Rocky membuat kenyataan yang menyeru keamanan dan perpaduan dunia. Dapatlah kita nampak yang kononnya US ni sebagai pendamai dunia.

 

Secara keseluruhannya, kita boleh klasifikasi Rocky IV ni sebagai filem propaganda kerana ia menonjolkan kehebatan Amerika berbanding negara lain dan tak lupa juga cara patriarki Amerika yang “mengajar” orang lain cara sebenar untuk melakukan sesuatu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tertanya-tanya bagaimana ahli politik memenangi hati rakyat? Dapatkan SENI PROPAGANDA di Shopee kami dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!

 

https://s.shopee.com.my/1LKNh8JIEM


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply