Seharian aku baring di katil kerana demam, dan aku menghabiskan masa mendengar lagu jazz dan blues yang popular dari 1920an hingga awal 1950an. Komposer seperti Miles Davis, John Coltrane memang popular ketika itu.
Sehinggalah tibanya rock and roll.
Ketika Buddy Holly (gambar), atau Bill Haley and the Comets mula meletup sekitar tengah 1950an, muzik jazz dilihat hanya untuk generasi Perang Dunia Pertama dan pendek kata, dah bukan scene. Rock and roll adalah suara anak muda. Ia lebih rancak dan lebih sedap untuk menari.
Kebanjiran warga kulit hitam dari Selatan US ke negeri-negeri utara dan California untuk peluang pekerjaan, menyebabkan rock and roll mula meningkat naik.
Kalau Eminem dan Beastie Boys orang kulit putih yang terawal jadi hiphop, Buddy Holly dan Bill Haley untuk rock and roll.
Evolusi muzik rock and roll kemudian masuk ke pengaruh British apabila kemasukan The Beatles, kemudian pengaruh Carribean seperti ska dan reggae, dan kemudiannya punk, menjadikan muzik rock and roll tersangatlah inovatif di separuh masa kedua abad ke-20.
Lewat 60an dan 70an menyaksikan era psikedelik sebelum lewat 70an dan 80an masuk era punk dan rock kangkang, sebelum masuk ke 90an bila muzik grunge, emo dan shoegaze dan pada era 2000an pula, post rock dan electronica mula menguasai scene.
Tetapi ramai yang mengatakan, “rock sudah mati” dan kini dikuasai oleh hip hop atau EDM. Tapi aku tak rasa macam tu.
Sedangkan jazz pun masih hidup lagi, apatah lagi rock. Cuma ia sudah semakin ‘antik’.
Muzik jazz dah tak jadi pop sejak 1950s, begitu juga rock di hujung 2000s.
Persoalannya, adakah ‘mati’ itu apabila ia sudah tak menjadi pop? Sebab bagi aku, muzik tak akan mati selagi ada orang meminati muzik. Ada je lagi orang layan muzik opera walaupun tak masuk carta Top 100 Billboard.
Adakah aku bias dengan rock? Tak jugak. Aku juga dengar jazz dan blues. Aku juga dengar muzik klasik seperti baroque dan Romantic era. Aku juga dengar hip hop dan EDM. Kadang-kadang aku dengar juga K-Pop.
Ya, aku faham, music evolve – so what? Sebab sepanjang aku membesar, aku dibesarkan dengan muzik rock, maka aku selesa untuk dengar lagu rock. Tapi aku dengar je muzik lain dan aku tak rasa muzik rock ni mati bila orang dengar muzik lain.
Aku tahu muzik pop ini untuk orang ramai dan bukan semua ada kesabaran mengorek muzik lama macam aku. Dan ada je orang baru yang main gaya muzik lama macam gaya baru.
Albert Hammond Jr dan Greta Van Fleet ada album rock sekitar tahun lepas dan tahun ni yang aku rasa awesome.
Come on, No Doubt yang popular sekitar 90an dulu pun cedok muzik ska yang popular 60an. Nirvana pun cedok dari Sex Pistols. Weezer pun cedok dari Beach Boys dan Buddy Holly.
Untuk jadi trendy, kau dengar lagu terkini. Tapi untuk jadi music innovator, kau kena dengar muzik lama.
Bagi aku, tak ada masalah untuk kau layan muzik terkini macam K-Pop atau hiphop, atau raver. Tapi raver pun datang dari Hacienda di Manchester sekitar 80an selepas habis zaman post punk macam Joy Division dan New Order.
Senang cerita dalam muzik ni, “nothing is new under the sun”. Buddy Holly pun cedok dari pemain muzik rock and roll kulit hitam masa rock and roll masih hipster di era Perang Dunia Kedua.
Tak salah untuk dengar muzik baru yang trending, tapi cuba dengar muzik lama untuk tahu asal usul susur galur.
Ramai je orang muda yang terkejut aku cakap lagu Camila Cabello “Bad Things” tu sebenarnya rip off dari lagu band Fastball “Outta My Head”.
Sama la masa aku muda dulu dan mak aku bagitau aku lagu The Man Who Sold The World tu lagu David Bowie (actually Kurt Cobain pun sebut jugak dalam konsert tu nama David Bowie).
Jadi, pendek kata, rock tak pernah mati. Ia cuma menjadi semakin antik – macam zaman aku muda anggap jazz atau klasikal.
Siapa tahu tahun 2050an nanti orang anggap Calvin Harris macam antik pulak suatu hari nanti, betul tak?
Rock never dies, my friend.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih