Anabella sebuah anak patung berhantu yang begitu terkenal , di seluruh dunia . Namun tahukah anda ada satu anak patung yang berpakaian kelasi, dengan wajah seperti budak lelaki dan bermata butang hitam ? Wajahnya mempunyai beberapa kesan koyakan dan berwarna coklat,berisi jerami . Bersamanya  seekor anak anjing patung  yang diletak disisinya. Patung tersebut bernama Robert.

 Ramai yang bersetuju bahawa anak patung ini juga berpuaka, dan membawa nasib malang. Ini kerana  Robert terlibat dengan beberapa malapetaka  seperti  kemalangan  kenderaan , patah tulang, , hilang pekerjaan dan beberapa musibah lagi.

Robert kini telah pun berusia 117 tahun dan telah ditempatkan di sebuah kotak kaca di Muzium Fort East Martello di Key West, Florida.  Sebelum Robert datang ke Muzium tersebut, pada tahun 1994. Pemilik kedua terakhir  Robert  bernama Eugene Otto, seorang artist eksentrik  dari keluarga Key West iaitu golongan bangsawan  terkenal ketika itu.

Robert adalah hadiah  sempena ulang tahun kelahiran Otto, yang dihadiahkan oleh datuknya ketika dalam perjalanan pulang dari Jerman. Otto memilikinya sehingga dia dewasa ,ada yang mengatakan Otto membuat Robert seperti seseorang yang bernyawa. Membawanya kemana sahaja , bukan itu saja Otto juga sering berbual-bual dengan Robert seperti patung itu hidup .

Pihak Muzium terus mengali sumber asal usul Robert, hingga ke Steiff Company  sebuah  kilang mainan, syarikat yang sama  menghasilkan anak patung beruang “ Teddy “ sempena memperingati president Amerika iaitu   Theodore Roosevelt. Ada sejarawahwan yang berpendapat bahawa Robert dihasilkan bukan untuk dijual sebagai mainan , tetapi untuk badut dan pelawak. Ianya kelihatan agak comel dan ada juga mengatakan bahawa pakaian tentera laut itu, bukan pakaian asalnya tetapi mungkin Otto yang membeli dan memakaikannya.

Ketika semakin berusia Otto telah berpindah ke sebuah kediaman mewah, yang diberi nama  “The Artist House “. Dimana Robert  dapat dilihat dari tingkap di tingkat atas . Pelajar-pelajar sekolah yang lalu lalang, bersungguh –sungguh mengatakan Robert sering muncul disitu dan mereka mengelak untuk lalu kawasan rumah tersebut.

Pada tahun 1974, Otto meninggal dan rumah tersebut telah dibeli oleh Myrtle Reuter dimana beliau menjadi penjaga Robert secara tidak langsung.  Ramai yang mengatakan bahawa mereka sering terdengar bunyi orang berjalan ditingkat atas, suara orang ketawa dan eksperesi muka Robert berubah jika ada yang mengutuk Otto dihadapanya. Rueter sendiri mengatakan Robert selalu bergerak di sekitar rumah tersebut, setelah hamper 20 tahun Robert telah diserahkan kepada pihak Muzium untuk menjagannya.

 Robert meraih popularity ,ketika ditempatkan dimuzium, pengujung semakin bertambah. Dia juga pernah muncul  di kaca Tv, menjadi ilham para pengarah untuk membuat kisah seram berdasarkannya. Juga mempunyai laman Wikipedia, akaun social dan  barangan  cenderamata  yang mencetak nama dan  gambarnya.

Walaupun begitu, jika anda melawat dan bersikap kurang ajar  dihadapanya tidak mustahil anda akan ditimpa musibah. Convertito seorang kurator  muzium tersebut berkata, dia menerima beribu-ribu surat pemohonan maaf untuk Robert dan akhirnya semua surat tersebut dijadikan katalog untuk tatapan para pengunjung.

Setiap tahun,  Convertito akan melakukan pemeriksaan. Membawanya keluar dan menimbangnya untuk menilai sama, ada cuaca di Florida yang lembap mempengaruhi badan Robert yang dipenuhi jerami.

Ditanya Convertito mengenai Robert, adakah patung itu berhantu?

Kata Covertito dia tidak mempunyai sebarang kejadian aneh, ketika  muzium. Sama ada dia tidak menyedari kerana sibuk dangan tugasan lain atau Robert sendiri  yang tidak mahu menganggunya.

 Artikel dikirimkan oleh Kejora Mawaddah untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply