Banyak-banyak hantu, ada satu jenis hantu ni dia suka makan sate. Tapi, bukan sate sembarangan tau sebab sate yang hantu ni suka bukan sate ayam atau lembu. Sate tu ialah sate gagak!
Aik, hantu mana suka makan sate gagak ni? Apa kaitan sate ni dengan hantu?
Hantu yang saya maksudkan ialah hantu raya. Hantu raya ni boleh jadi saka, iaitu jin atau setan yang dijaga oleh tuan yang amalkan ilmu hitam.
Hantu ni rupanya bersaiz besar dan berbulu panjang. Hantu raya mampu menjelma ke rupa manusia dan haiwan. Tapi, ada peranannya hantu ni, iaitu menolong tuannya mengangkat barang yang berat.
Hantu raya juga boleh diarahkan untuk merosakkan hidup seseorang yang dibenci tuannya, seperti merasuk ke dalam badannya.
Ni kerja hantu raya yang kita kenal la. Hantu raya di negara jiran iaitu Indonesia, yang mereka panggil dengan nama Genderuwo ada kerja yang agak lain sikit.
Kerja Genderuwo ialah kayakan seseorang dalam satu malam. Dengan cara apa hantu ni boleh kayakan kita? Korang kena jual sate gagak pada waktu tengah malam!
Masa nak menjual sate gagak tu, korang kena berbogel tanpa satu benang pun! Korang cuma menjual macam penjual sate la. Sampai ke tengah malam, ada ‘pelangan’ yang aneh datang.
Pelanggan yang berbadan besar dan berbulu itulah Genderuwo! Masa ni korang kena rilek, bagi je sate gagak. Biar Genderuwo ni makan dengan lahap.
Selepas makan, hantu tu berlalu pergi. Masa ni korang kena balik rumah. Sampai sana, baru korang perasan banyak wang kertas bertimbun!
Ni kepercayaan orang sana bagi macam mana nak kaya dengan cara mudah. Jangan pula korang buang tebiat cari hantu raya untuk kaya pula!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih