Patutlah rider-rider di JB mengamuk semalam sampai mogok taknak ambil order.
Begini ceritanya..
Dulu pada asalnya, apabila anda jadi rider Foodpanda,
Foodpanda akan bayar RM5.00/jam pada hari biasa dan RM6.00/jam pada weekend. Senang kira macam Basic Payment lah.
Lepas 3 bulan bekerja, Basic Payment tu akan naik jadi RM6.00/jam hari biasa dan RM7.00/jam weekend.
Bila dah 6 bulan kerja Basic Payment naik RM7.50/jam dan RM8.50/jam pada weekend.
Dan rider juga akan dapat tips RM3.00/order, flat tak kira anda kerja berapa lama dah.
.
Tak lama lepas tu, pada bulan Mac 2019, Foodpanda perkenalkan sistem Batch pula,
Batch 1 : RM4.00/jam (Basic Payment)+ RM5.00/order (Tips)
Batch 2 : RM4.00/jam (Basic Payment)+ RM4.00/order (Tips)
Batch 3 : RM4.00/jam(Basic Payment)+ RM3.50/order (Tips)
Batch 4 & 5 : RM4.00/jam(Basic Payment)+ RM3.00/order (Tips)
*Batch = Bergantung kepada berapa lama anda jadi rider dan prestasi rider, Paling bagus Batch 1.
Contoh katakan anda Rider Batch 2,
Basic payment RM4.00/jam
Satu penghantaran order, upah trip RM4.00/order
Kalu sejam dapat maximum 3 order, so upah trip RM12.
Total sejam kerja dapat RM16, 6 jam sehari RM96
Seminggu kerja 5 hari, dapatlah RM600.
Kalau malang takde customer langsung paling busuk dapatlah daripada Basic Payment tu RM4.00 sejam, sehari RM24, seminggu RM120.
Berbanding skim baru yang nampak macam banyak tapi Basic Payment RM120 seminggu tu dah takde, dan kena pulak dapat dapat customer sehari 2 orang je ke sebab ramai rider atau kurang trafik, atau malangnya takde customer langsung, alamatnya makan asap lah rider.
Ni lah masalahnya dengan gig-economy, owner platform boleh suka-suka hati dia tukar sistem gaji tanpa ada apa-apa perbincangan dengan ‘pekerja’ dia.
Dia nak perah sukahati dia lah, tak suka ramai lagi yang beratur nak jadi ‘pekerja’ kami.
Sebab tu bila ada menteri yang acah-acah progresif nak bawak masuk gojek acah-acah e-hailing/gig-economy sebagai jawapan kepada isu pengganguran belia di Malaysia kita persoalkan, bukan sebab atas politik kepartian atau apa.
Tapi sebab forthcoming dah nampak akan ada isu-isu beginilah, tidak ada ‘job security’ dan hak pekerja adalah milik penuh pemilik platform.
Tu belum kita masuk perihal perlindungan kesihatan dan keselamatan seperti insurans dan PERKESO yang mana kena kebanyakan keluar dari poket ‘pekerja’ walhal risiko bekerja adalah untuk pemilik platform yang telah mengaut keuntungan besar dari peluh jerih ‘pekerja-pekerja’ mereka ini.
Apapun kita harap agar menteri yang beria-ia sangat pasal e-hailing/gig-economy haritu turun padang dan settlekan masalah ni, alah JB-Muar tu tak jauh mana pun kan..
Sekian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih