Richard I (lebih dikenali sebagai Richard Cœur de Lion atau Richard the Lionheart) merupakan raja England yang hidup pada kurun ke-12 Masehi. Namanya paling diingati menerusi keterlibatan beliau dalam P3r4ng Salib Ketiga. Walaupun beliau dipandang sebagai seorang komander t3nt3ra yang handal (justeru meraihkannya gelaran ‘Hati Singa’), Richard I secara umum boleh disifatkan sebagai seorang raja yang gagal.
Beliau terlalu menumpukan perhatian pada p3r4ng salib sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Raja England. Sepanjang pemergiannya, England direbut oleh adiknya, John, yang kemudian ditabalkan sebagai raja England itu sendiri. Pemerintahan John menyaksikan Empayar Angevin berpecah-belah dan tanpa dapat dinafikan, Richard I merupakan punca besar dalam kejatuhan tersebut.
KEHIDUPAN AWAL RICHARD
Richard the Lionheart dilahirkan pada tanggal 8 September 1157 di Oxford, England. Beliau merupakan putera kepada Henry II si raja England dan Eleanor of Aquitaine. Pada hari ini, istana tempat Richard dilahirkan terletak tidak jauh dari Kolej Worcester.
Richard mempunyai dua orang abang, iaitu William (yang men!ngg4l dunia pada usia tiga tahun) dan Henry (dikenali sebagai ‘Raja Muda’), di samping seorang adik bernama John. Walaupun Richard meluangkan kebanyakan masa kecilnya di England, sejarahwan berpendapat beliau tidak pernah bertutur dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana pada masa itu, bahasa pertuturan golongan elit adalah bahasa Anglo-Norman Perancis.
Memandangkan Richard bukan putera sulung, maka beliau tidak dipersiapkan untuk menjadi raja England. Lagipula, beliau sendiri tidak menunjukkan minat terhadap negara tersebut. Menurut satu kisah, Richard pernah berkata bahawa beliau sanggup menjual seluruh kerajaan England jika ada yang sanggup membelinya. Beliau lebih meminati wilayah-wilayah di Perancis yang dikuasai oleh keluarganya.
Selepas menghabiskan usia kecilnya di England, Richard membawa diri ke tanah besar Eropah dan meluangkan hidupnya di istana ibunya di Poitiers. Sejarah menyifatkan beliau sebagai putera kesayangan Eleanor. Eleanor sendiri tidak menyembunyikan hasratnya yang mahu mewariskan kedudukan Duchy of Aquitaine kepada Richard. Sebelum mencapai usia dewasa, Richard sudah pun menyandang gelaran Duke of Aquitane dan Count of Poitiers, sekali gus memerintah wilayah-wilayah tersebut bersama ibunya.
Bagaimanapun, hubungan mesra tersebut tidak dikongsi bersama ayahnya. Atas dorongan Eleanor, Richard bersama adik-beradiknya berpakat men3nt4ng Raja Henry II pada tahun 1173 Masehi namun berakhir dengan kegagalan. Eleanor lantas dihumban ke dalam p3nj4ra sambil Richard bersaudara pula dipaksa akur kepada telunjuk Henry II. Apapun, keadaan tersebut tidak berlangsung buat tempoh yang panjang.
RICHARD MEWARISI TAKHTA ENGLAND
Pada tahun 1183 Masehi, Henry si Raja Muda men!ngg4l dunia. Memandangkan kedua-dua putera tertuanya (Henry dan William) sudah pergi menyahut panggilan perut bumi, maka Henry tiada pilihan lain terpaksa menamakan Richard sebagai pewaris takhta England. Dengan gelaran raja England berada dalam genggaman Richard, Henry II berharap dapat memperuntukkan gelaran Duchy of Aquitaine kepada John si puteranya yang bongsu. Namun, Richard enggan membenarkan perkara tersebut berlaku dan akibatnya, p3r4ng antara anak-beranak itu pun meletus buat kali kedua.
Dalam p3p3rangan tersebut, Richard bercadang mahu mendapatkan bantuan Raja Perancis, Philip II. Untuk tujuan itu, beliau pun menghadap Philip II pada November 1188. Memasuki tahun berikutnya, mereka berdua bergabung tenaga mem3r4ngi Henry, yang kebetulan dijemput ajal pada tahun sama.
Berikutan kem4t!an Henry II, Richard pun ditabalkan sebagai Raja England. Beliau turut mewarisi beberapa gelaran lain seperti Duchy of Normandy dan County of Anjou. Pun begitu, Richard sama sekali tidak menunjukkan minat untuk memerintah England. Ketidakpeduliannya itu semakin ketara pada tahun 1187, apabila khabar tentang pembukaan Jerusalem di tangan Salahuddin al-Ayyubi sampai ke pengetahuannya.
Dalam tempoh yang kejap, berita tersebut tersebar ke segenap pelosok Eropah seolah-olah ia disampaikan oleh hembusan angin; angin yang kononnya mem4t!kan Paus Urban III dek terkejut mendengar berita kemenangan umat Islam di Jerusalem. Tanpa berlengah, dunia Kristian pun mengisytiharkan P3r4ng Salib bagi merebut kembali Jerusalem.
Seruan tersebut disahut oleh ramai bangsawan, termasuklah Richard. Semenjak itu, satu-satunya hal yang memenuhi kotak fikiran dan gelas tumpuan Richard adalah P3r4ng Salib – p3r4ng untuk memenangi semula Jerusalem, sama ada sebagai bakti kepada agama Kristian ataupun untuk menempa namanya dalam panggung sejarah.
DEMI PE-RANG SALIB, ENGLAND DIANAKTIRIKAN
Walaupun Henry II sempat mengambil bahagian dalam P3r4ng Salib (khususnya dalam membuat persiapan), kekacauan yang berlaku dalam kerajaannya menghalang beliau untuk turun padang secara langsung. Hasratnya itu kemudian terkvbvr bersamanya apabila beliau men!ngg4l dunia pada tahun 1189, dua tahun selepas Jerusalem direbut oleh Salahuddin.
Bagaimanapun, hanya hasrat dan jasadnya sahaja yang m4ngk4t. Persiapan yang dilakukan, terutama kutipan cukai khusus yang disebut sebagai ‘cukai Salahuddin’, tetap mengalir ke kantung kerajaan yang kini dikuasai oleh Richard. Namun, kutipan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan bagi menyertai P3r4ng Salib. Oleh kerana itu, Richard terpaksa mengorek perbendaharaan istana dan menjual pelbagai aset kerajaan seperti istana, estet, bangunan pejabat, dan lain-lain. Diandaikan, daripada situasi inilah lahirnya kisah kononnya Richard mahu menjual England.
Apapun, kurang setahun selepas menjadi raja England, Richard berjaya mengumpulkan dana yang cukup untuk membentuk sebuah armada p3r4ng dan membeli pers3nj4taan untuk pasukan t3nt3ranya. Jika dilihat pada satu sudut, tentunya hal ini boleh dianggap sebagai satu pencapaian Richard. Namun pada sudut lain, ia hanya membuktikan betapa Richard sama sekali tidak mengendahkan untung-nasib kerajaannya sendiri memandangkan segala sumber kerajaan habis dicurah dan diperah untuk tujuan ket3nt3raan.
Di samping dugaan dari segi kewangan, hasrat Richard untuk menyertai P3r4ng Salib ini turut digugat oleh rakan lamanya, Philip II. Hal ini kerana Philip II tanpa segan silu menunjukkan niatnya untuk merebut wilayah-wilayah milik Richard di Perancis. Tentunya, niat tersebut enggan dibiarkan oleh Richard, justeru beliau pun memperkukuhkan pertahanan di sana sebagai langkah persediaan bagi menghadapi s3r4ngan.
Kerisauan Richard terhadap s3r4ngan Philip II sirna selepas Raja Perancis itu menyahut seruan P3r4ng Salib. Setelah perjanjian keamanan disepakati antara dua raja tersebut, mereka pun berangkat menuju Jerusalem pada Julai 1190.
Sebelum memulakan keberangkatannya, Richard melantik Hugh de Puiset (Bishop of Durham) dan William de Mandevill (Earl of Essex) sebagai pemangku yang dipertanggungjawabkan mentadbir England sepanjang ketiadaannya. Keputusan Richard yang mengesampingkan John, adiknya sendiri ini secara tidak langsung memutikkan benih pengkhi4n4tan ke atas pemerintahannya kelak.
Apapun, pasukan salib pimpinan beliau tiba di Pulau Sicily pada September 1190 dan mereka berlabuh di kota Messina yang terletak di timur laut Sicily. Richard memanfaatkan kesempatan tersebut untuk menyelesaikan urusannya dengan Tancred, raja Sicily yang menggantikan sepupunya, William II. Antara urusan yang ditangani oleh Richard ketika itu adalah soal balu William merangkap kakak kesayangannya, Joan.
Bukan sekadar harta pusaka William dirampas, malah balunya pula dipenjarakan oleh Tancred. Atas sebab itulah makanya Richard men4klvki Messina pada Oktober 1190 dan memeterai perjanjian dengan Tancred. Antara syarat-syarat yang dikenakan ke atas Tancred adalah beliau perlu membantu Richard mem3r4ngi Henry VI, Raja Germany (yang ditabalkan sebagai Maharaja Rom Suci pada tahun berikutnya). Perjanjian ini secara tidak langsung merenggangkan lagi hubungan Richard dengan Philip II, memandangkan raja Perancis itu berpihak kepada Henry VI.
Hubungan antara mereka berdua semakin memburuk selepas ibu Richard, Eleanor, datang membawa Berengaria of Navarre untuk dikahwinkan dengan puteranya. Keadaan ini membangkitkan kemarahan Philip II kerana sejak Richard berusia 9 tahun, beliau sudah pun ditunangkan dengan Alys, adik Philip merangkap puteri Louis VII.
Sementara menanti Richard mencapai usia dewasa, Alys ditahan di England sehingga 25 tahun lamanya. Bahkan, terdapat juga ura-ura kononnya Henry II menjadikan puteri Perancis itu sebagai perempuan simpanannya.
Oleh kerana itu, tindakan Eleanor yang datang ke Sicily dengan membawa Berengaria of Navarre untuk dikahwinkan dengan Richard membangkitkan kemarahan Philip II. Cuma, kemarahan tersebut tidak dilepaskan dan sekadar merenggangkan hubungan antara dua raja Eropah itu.
Pada bulan April 1191, pasukan salib berangkat menyambung perjalanan ke Jerusalem. Namun tidak lama selepas meninggalkan Messina, armada mereka dibadai ribut taufan dan meng0rb4nkan kira-kira 25 buah kapal. Tiga buah di antaranya karam di pantai Cyprus dan segala muatannya dirampas oleh penduduk pulau tersebut yang ketika itu diperintah oleh Isaac Ducas Comnenus.
T3nt3ra-t3nt3ranya pula dijadikan sebagai tahanan p3r4ng. Disebabkan Comnenus enggan memulangkan rampasan yang diambilnya, maka Richard pun meny3r4ng dan men4klvki pulau berkenaan. Semasa berada di Cyprus, Richard sempat berkahwin dengan Berengaria sebelum menyambung keberangkatannya ke Jerusalem.
KEMPEN KETEN-TERAAN RICHARD
Pada tanggal 8 Jun 1191, Richard dan pasukan salibnya tiba di kota pelabuhan Acre. Kota tersebut sudah pun dik3pvng oleh tentera salib sejak tahun 1189, namun gagal dek pertahanan ampuh dari pihak Muslim.
Justeru, kehadiran pasukan bantuan dari Eropah ini memberi nafas baru bagi kekuatan salib sementara bagi umat Islam, ia mengundang mimpi ngeri. Dalam tempoh sebulan, yakni pada Julai 1191, Acre tumbang dan individu yang diberikan kredit atas hal tersebut tidak lain adalah Richard.
Pada 7 September tahun sama, Richard memperoleh satu lagi kemenangan – kali ini dalam Pert3mpvran Arsuf. Pasukan beliau terus menggasak Salahuddin pada tahun berikutnya, terutama dalam Pert3mpvran Jaffa.
Sebagai susulan, Perjanjian Jaffa pun ditandatangani antara kedua-dua pihak pada tanggal 2 September 1192. Antara kesepakatan yang dicapai menerusi perjanjian tersebut adalah gencatan senjata selama tiga tahun, kebenaran buat jemaah Kristian mengunjungi tempat-tempat suci, dan pengekalan kuasa Kristian ke atas wilayah pantai hingga ke Jaffa.
Pada 9 Oktober 1192, Richard meninggalkan Levant buat selama-lamanya. Sememangnya, P3r4ng Salib Ketiga yang disertainya itu berhasil memperoleh sejumlah pencapaian signifikan. Namun secara intisari, pasukan salib gagal memenuhi objektif utama mereka, iaitu merebut semula Jerusalem. Apapun bagi Richard, kempen tersebut berjaya memasyhurkan namanya walau pada masa yang sama, beliau turut membuat ramai mvsvh sepanjang berada di Levant.
Bahkan, sejarahwan mencatatkan betapa sebab utama kepulangan Richard ke England adalah s3r4ngan Philip ke atas wilayah-wilayah beliau di Perancis. Walaupun mereka sama-sama menyertai P3r4ng Salib, Philip pulang lebih awal, yakni sejurus selepas berakhirnya pen4klvkan Acre. Justeru ketiadaan Richard di England dimanfaatkan sehabis baik oleh Philip yang menjalinkan pakatan dengan John.
Malang tidak berbau, armada Richard dibadai ribut dan terdampar berhampiran Venice. Beliau terpaksa menyambung perjalanan mengikut laluan darat, merentasi Eropah Tengah. Dalam erti kata lain, Richard terpaksa berhadapan dengan seorang lagi mvsvhnya, iaitu Leopold V, Duke of Austria. Walaupun beliau cuba menghindari pert3mbvngan, pasukannya tertangkap juga di Vienna pada Disember 1192. Richard sendiri dip3nj4rakan, mulanya di tangan Leopold dan kemudian di tangan Henry si Maharaja Rom Suci.
Lantaran khuatir dirinya diserahkan kepada Philip, Richard pun akur untuk membayar tebusan yang dianggarkan berjumlah 150,000 mark. Tidak lain dan tidak bukan, wang tebusan tersebut diperas daripada kantung rakyat England menerusi kutipan cukai. Lantas, Richard pun dibebaskan pada Februari 1194 dan dimahkotakan sebagai raja England buat kali kedua.
Kurang sebulan kemudian, beliau berangkat ke Normandy demi merebut wilayah tersebut yang sudah pun dirampas oleh Philip. Lima tahun lamanya, Richard terus-menerus berp3r4ng dengan Perancis tanpa berpeluang lagi pulang ke England. Sebaliknya, beliau hanya pulang ke lubang kubur pada 6 April 1199 Masehi, sewaktu meng3pvng istana Chalus-Chabrol.
Menurut satu sumber, pengepungan tersebut berbibit mula daripada khabar angin yang mendakwa kononnya terdapat harta karun yang tertanam di estet milik Vicomte of Limoges, bangsawan yang turut memiliki istana Chalus-Chabrol. Richard menuntut supaya harta tersebut diserahkan kepadanya. Dek keengganan vicomte, Richard pun meny3r4ng Chalus-Chabrol namun ajalnya terlebih dahulu diragut malaikat maut.
Dalam versi lain pula, Richard meny3r4ng Chalus-Chabrol hanya kerana mereka berpihak kepada Philip. Dalam s3r4ngan yang dilakukan pada malam 26 Mac 1199, lengan Richard dibidik panah mvsvh. Luka daripada panah tersebut kemudiannya berjangkit sekali gus mengakibatkan kem4t!annya.
Jasad Richard disemadikan di gereja Fontevraud, Anjou, bersama bapanya, Henry. Gereja yang sama itu juga menempatkan jasad ibunya, Eleanor, yang men!ngg4l dunia pada tahun 1204. Dalam pada itu, jantung Richard disemadikan di tempat lain, iaitu di Katedral Rouen. Pada tahun 2013, jantung beliau ditemui dan dianalisa oleh pakar-pakar forensik.
Hasil analisa tersebut menafikan dakwaan kononnya Richard m4t! akibat diracun, selain turut berhasil mengenal pasti bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet jantung berkenaan – antaranya kemenyan, limau myrtle, bunga daisy, dan daun pudina.
TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (10 November 2019). Richard the Lionheart – The Crusader King. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/richard-lionheart-0012843
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih