Richard the Iceman atau nama sebenarnya Kuklinski dilahirkan di New Jersey, US pada tahun 1935. Richard anak kedua dari empat adik beradik. Lelaki ini meninggal dunia pada 5 Mac 2006 di Hospital St. Francis di New Jersey, pada umur 70 tahun.
Ayahnya bernama Stanley Kuklinski bekerja sebagai buruh jalan keretapi dan ibunya bernama Anna Mcnally tidak bekerja. Semasa masih remaja, Richard dan adik beradiknya kerap menjadi tempat ayahnya yang kaki mabuk melepaskan amarah. Abangnya yang sulung bernama Florian meninggal dunia akibat dipukul dengan teruk. Punca kematian Florian disembunyikan oleh Stanley dan Anna dengan mengatakan punca kematian Florian akibat terjatuh dari tangga di rumah mereka.
Disebabkan tekanan dihadapi akibat selalu menjadi mangsa dera oleh ibu bapanya, Richard menjadi seorang yang agresif dan gemar menyeks4 haiwan dikawasan perumahannya. Kucing dan anjing yang berkeliaran ditangkap kemudian diseksa dan dibunuh.
Pembunuhan pertamanya ialah seorang kaki buli yang bersekolah dengannya. Dalam satu dokumentari biografi penjenayah ini, mangsa pertamanya itu dibunuh menggunakan sebatang besi yang diambil dari almari pakaiannya. Richard menunggu mangsa ditepi jalan dan memukul mangsa sehingga mati.
Richard yang ketakutan terus melarikan diri ke rumah. Dia resah dan ketakutan menunggu ketibaan polis untuk menangkapnya namun tiada. Sehingga hari ketiga, tiada tangkapan dilakukan kepadanya dan dia melihat dari tingkap kesan kapur yang dilukis oleh unit forensik polis hilang akibat hujan. Richard semasa ditanyakan tentang ditemubual tentang kejadian itu mengatakan dia bagaikan merasa satu kuasa yang meresapinya, satu kekuatan untuk terus membunuh.
Richard dibuang dari sekolah semasa berada di gred lapan. Richard mula bergaul dengan kumpulan gangster. Satu hari semasa dia sedang berada di sebuah pusat snooker, tercetus satu pergaduhan antara dia dan seorang lelaki. Richard memukul lelaki itu sehingga mati menggunakan kayu snooker.
Disini bermulanya kerjaya jahat Richard sebagai seorang pembunuh. Pantang tidak dicuit sedikit pun dia tidak takut untuk membunuh mangsa. Sesiapa sahaja yang mencari pasal dengannya akan menjadi mangsa pembunuhan. Polis menyangka kumpulan gangster dibandar itu sedang bergaduh dan saling berbunuhan.
Richard mula memasuki jenayah rompakan dan kegiatan filem lucah namun tidak meninggalkan aktiviti membunuh. Dari jenayah ini dia mula dikenali malah diupah oleh beberapa organisasi besar untuk membunuh. Antara organisasi mafia dan gangster yang pernah mengambil dia sebagai pembunuh upahan ialah Genovese, Gambino, and DeCavalcante. Tiga organisasi mafia di US ini masih aktif dalam kegiatan jenayah sehingga hari ini.
Pada tahun 1986, Richard ditangkap dan didakwa dengan lima pertuduhan membunuh. Tuduhan pertama, George Malliband, dibunuh pada tahun 1980 selepas dia bertemu dengan Kuklinski untuk menjual rakaman video. Mayatnya George Malliband ditemui dalam tong sampah.
Tuduhan kedua ialah Louis Masgay, juga berjumpa Richard untuk menjual rakaman video. Beliau terakhir kali dilihat pada tahun 1981, dan separuh tubuhnya telah ditemui sekitar 15 bulan kemudian. Hasil siasatan forensik mendapati terdapat kristal ais dalam tisu badan mayat dan ianya menunjukkan bahawa mayat telah disimpan dalam peti beku. Disebabkan dua kes ini, Richard Kuklinski dipanggil “The Iceman.” Punca kematian kedua mangsa diatas ialah ditembak sehingga mati.
Tidak cukup dengan musuh, rakan dan ahli kumpulannya sendiri turut menjadi mangsa pembunuhan. Gary Smith, yang telah menjadi anggota kumpulan rompakan yang diketuai oleh Richard, dibunuh dengan bahan kimia sianida kemudian dicekik sehingga mati. Mayat Gary ditemui disebuah motel pada tahun 1982. Seorang lagi ahli kumpulannya yang dibunuh ialah Daniel Deppner. Daniel juga mati akibat diracun.
Paul Hoffman, yang hilang pada tahun 1982 selepas cuba membeli ubat dari Kuklinski, tidak pernah dijumpai. Selepas m4yat Gary Smith ditemui, siasatan kes ini tergantung selama enam tahun. Richard Kuklinski akhirnya ditangkap pada tahun 1986 setelah bersetuju untuk membantu seorang ejen persekutuan yang menyamar untuk membunuh seorang lelaki.
Pada tahun 1988 dia didapati bersalah atas tuduhan yang berkaitan dengan pembunuhan Smith dan Deppner. Dia kemudian mengaku bersalah atas pembunuhan Malliband dan Masgay. Dia juga mengakui pembunuhan Hoffman, tetapi pertuduhan dalam kes itu telah digugurkan kerana polis tidak mempunyai bukti.
Semasa di penjara, Richard memberikan kerjasama semasa ditemubual oleh psikiatris, ahli kriminologi, wartawan, dan penulis. Dia menceritakan kisah hidupnya dan memberikan penjelasan terperinci tentang mengapa dan bagaimana dia melakukan berpuluh-puluh pembunuhan.
Dalam wawancara kemudiannya, beliau mendakwa telah membunuh semakin banyak mangsa, ramai di antaranya penjenayah terkemuka dan pembunuhan terancang, tetapi sebahagian penyiasat menganggap dakwaan Richard itu diragui dan menokok tambah cerita untuk lebih sensasi.
Richard membekukan mayat untuk mengelirukan siasatan forensik untuk menentukan tarikh kematian mayat. Dia juga membuang kuku, rambut dan gigi mngsa untuk mengelirukan identiti mangsa. Ada m4ngsa yang dihapuskan dengan dicampakkan kedalam laut dan terusan.
Temubual dengan penjenayah ini menghasilkan tiga dokumentari televisyen. Dua buah buku turut ditulis untuk menceritakan kisah jen4yah Richard yang bertajuk The Iceman: The True Story of a Cold-Blooded Killer (1993) oleh Anthony Bruno dan The Ice Man: Confessions of a Mafia Contract Killer (2006) oleh Philip Carlo.
RUJUKAN:
- Patricia Bauer (2019), Richard Kuklinski, Encyclopædia Britannica.
https://www.britannica.com/biography/Richard-Kuklinksi - Richard “The Iceman” Kuklinski Biography
https://www.biography.com/crime-figure/richard-the-iceman-kuklinski
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih