2-3 hari lepas kecoh berita konon Kim Jong-un meninggal.

Yang kelakarnya berita CNN Indonesia tersilap letak gambar Hyun Bin yang pegang watak Ri Jeong-hyeok dalam drama Crash Landing On You.

Kesilapan ini sangat on point sebab watak Ri memang berdasarkan KJU.

Pertama, kedua-dua Kim dan Ri belajar di Switzerland. Kim belajar di Berne dari tahun 1993-2000 pakai nama samaran “Pak-chol” dan “Pak-un”. Switzerland negara neutral tak ikut dasar anti-komunis negara2 barat lain, so senang orang KorUt nak hidup. Cuba cari KJU dalam gambar.

Kedua, Kim pun suka main piano macam Ri. Minat Kim terhadap piano dipupuk semasa belajar di Switzerland.

Kim tak pandai bab akademik, tapi cemerlang dalam basketball dan muzik.

Kim pun ada abang macam Ri. Ri balik selepas abangnya Ri Mu-hyeok dikhabarkan meninggal dalam accident. Cuma Kim balik bukan sebab abangnya (Jong-nam) meninggal, tapi abangnya buat salah sehingga ayahnya (Kim Jong-il) marah & lucut kedudukan Jong-nam sebagai pewarisnya.

Jong-un dihantar masuk tentera untuk digroom sebagai next supreme leader. Kim Jong-il meninggal pada tahun 2011. Waktu tu umur Jong-un baru 28.
Kedua-dua mak Kim (Ko Yong-hui) & Ri (Kim Yoon-hee) adalah bekas pelakon nasional Korea Utara. Nama pun hampir sama. Ko Yong-hui, Kim Yoon-hee. Cuba baca laju-laju. Perkataan “Jong” & “Jeong” pada nama Kim & Ri pun adalah perkataan yang sama (정). Memang bagi hint habis.
Jadi Kapten Ri sebenarnya adalah Kim Jong-un yang “beautified”. Kan 2-3 tahun lepas hubungan Korea Utara dan Selatan semakin baik, jadi drama CLOY cuba mewujudkan gambaran positif di kalangan rakyat terhadap Korea Utara.

Cuma dalam realiti, nak jumpa pegawai tentera Korea Utara yang hensem muda macam Hyun Bin adalah mustahil. Yang pegang pangkat-pangkat tinggi ni biasanya pejuang lama yang tua-tua. Umur Kim Jong-un yang muda kira sesuatu yang rare.

Jadi ramai tak puas hati & cuba gulingkan Kim Jong-un selepas Kim Jong-il meninggal. Selepas mewarisi ayahnya, first thing Kim buat adalah purge pegawai tinggi seperti Ri Yong-ho dan Kim Chol yang dianggap ancaman, dan juga Jang Song-thaek, suami mak ciknya yang geng Jong-nam.

Malah Jong-nam pun kemungkinan besar kena purge dengan Jong-un.

Susah nak kata Jong-un ni jahat atau kejam. Orang yang duduk di atas ni tak macam kita. “When you play the game of thrones, you win or you die”. Kalau Jong-un tak kejam, mungkin dia yang akan dikorbankan.

Seperti Kapten Ri, KJU adalah manusia yang tak ada freedom of choice macam macam kita. Lahir-lahir dah ditakdirkan jadi penguasa. Even dalam masyarakat kita pun ramai lahir2 dah warisi harta, pangkat & bisnes papa. Nampak glamer dan lucky, tapi dalam hati siapa yang tahu.

So bersyukurlah kalau kita ada pilihan dalam hidup kita. Susah sikit tak apa, kebebasan itu lebih berharga.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.