Rakyat tak puas hati disebabkan penglibatan Perancis dalam Revolusi Amerika yang makan duit dan perbelanjaan mewah oleh Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette telah menjadikan Perancis hampir muflis.
Wang simpanan diraja habis, pertanian tak berhasil selama dua dekad, kemarau, penyakit lembu dan kenaikan harga roti antara faktor kebencian rakyat terhadap raja di kalangan petani dan penduduk miskin luar bandar.
Sistem cukai regresif menekan golongan bawahan dan dikecualikan kepada bangsawan dan paderi. Rusuhan, rompakan dan serangan dilakukan rakyat untuk tunjuk perasaan.
Pada 12 Jun 1789, keganasan berlaku di Versailles. Penduduk Paris panik apabila mendengar khabar angin rampasan kuasa oleh tentera.
Pemberontakan memuncak pada 14 Julai apabila para perusuh menyerbu kubu Bastille dalam usaha untuk mendapatkan serbuk senjata dan senjata. Pemberontakan ni dianggap permulaan kepada Revolusi Perancis.
Semangat revolusi merebak ke luar bandar. Petani-petani merompak dan membakar rumah-rumah pemungut cukai dan tuan tanah.
April 1792, wakil Dewan Undangan yang baru dipilih mengisytiharkan perang keatas Austria dan Prusia yang mana dipercayai lokasi imigran Perancis sedang membina pakatan anti-revolusi.
Krisis politik semakin ganas apabila satu kumpulan pemberontak diketuai oleh ekstremis Jacobins menyerang kediaman diraja di Paris dan menangkap Raja Louis XVI pada Ogos 1792.
Paris bermandi darah, beratus-ratus individu yang dituduh sebagai anti revolusi dibunuh, Dewan Undangan diganti oleh Konvensyen Kebangsaan dan mengisytiharkan pemansuhan monarki dan penubuhan republik Perancis.
21 Januari 1793, Konvensyen Kebangsaan menjatuhkan hukuman mati terhadap Raja Louis XVI kerana pengkhianatan dan jenayah terhadap negara. Beliau dihukum bunuh dengan hukuman pancung kepala menggunakan kaedah “guillotine”
Isterinya, Marie-Antoinette yang didakwa menghabiskan wang rakyat juga mengalami nasib yang sama 9 bulan kemudian.
Selepas kematian raja, Revolusi Perancis membawa ke tahap yang paling ganas.
Pada Jun 1793, Jacobins merampas kuasa Konvensyen Kebangsaan daripada Girondins dan memulakan beberapa langkah radikal termasuk penubuhan kalendar baru dan pembasmian agama Kristian.
“Reign of Terror” dijalankan, di mana sesiapa yang disyaki menentang revolusi ini dihukum pancung. Lebih daripada 17,000 orang dibicarakan secara rasmi dan dibunuh semasa Reign of Terror, dan sejumlah yang tidak diketahui telah mati dipenjara atau tidak dibicarakan.
Oleh: Azizul Farhan
…
Kestabilan politik dan ekonomi ialah tunjang sesebuah negara untuk terus hidup. Dapatkan POLITIK UNTUK PEMULA sebagai panduan anda di link: bit.ly/politikuntukpemula
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih