Bayangkan sekumpulan hamba yang dipaksa bekerja di ladang tebu dan kopi, tiba-tiba bangkit melawan penjajah Eropah yang lengkap dengan senjata dan tentera profesional, lalu menang. Kedengaran mustahil, kan? Tapi itulah yang berlaku dalam Revolusi Haiti (1791–1804).

Ketika itu, Haiti masih dikenali sebagai Saint-Domingue, koloni milik Perancis di Kepulauan Caribbean. Tanah ini subur, kaya dan menjadi antara pengeluar gula terbesar dunia. Tapi di sebalik kekayaan itu, tersembunyi penderitaan. Hampir 90% penduduk adalah hamba berkulit hitam dari Afrika yang dipaksa bekerja siang dan malam di bawah terik matahari tanpa belas kasihan.

Apabila Revolusi Perancis meletus pada tahun 1789 dengan slogan “Liberty, Equality, Fraternity”, semangat kebebasan itu sampai ke telinga para hamba di Saint-Domingue. Mereka mula bertanya:
“Kalau semua manusia dilahirkan bebas dan sama, kenapa kami masih diperhambakan?
Maka pada malam 21 Ogos 1791, ribuan hamba bangkit menentang tuan-tuan ladang mereka.

Pemberontakan itu berkembang jadi perang besar. Ladang-ladang dibakar, kota-kota dikuasai dan penjajah Perancis mula ketar ketir. Dari kekacauan itu muncul seorang tokoh luar biasa, Toussaint Louverture, bekas hamba yang bijak, berdisiplin dan berkarisma. Beliau berjaya satukan pasukan hamba yang berselerak menjadi satu tentera yang teratur.

Di bawah kepimpinan Louverture, tentera hamba menewaskan Perancis dan serangan kuasa luar seperti Sepanyol dan Britain yang cuba ambil kesempatan. Louverture kemudian tulis perlembagaan untuk Saint-Domingue dan hapuskan perhambaan dan tegaskan hak semua rakyat.

Namun perjuangan belum tamat. Pada tahun 1802, Napoleon Bonaparte kirim 40,000 askar ke Haiti untuk takluk semula pulau itu. Louverture akhirnya ditangkap dan dibawa ke Perancis, di mana beliau mati dalam penjara. Pemimpin baru, Jean-Jacques Dessalines, teruskan perjuangan hingga akhirnya menewaskan tentera Perancis pada tahun 1804.

Pada 1 Januari 1804, Haiti diisytiharkan merdeka dan menjadi negara kulit hitam pertama yang bebas dan satu-satunya revolusi hamba yang berjaya dalam sejarah dunia moden. Kemenangan ini bukan saja memalukan Napoleon, tapi juga menggoncang seluruh dunia Barat yang masih amalkan sistem perhambaan.

Namun harga kebebasan itu sangat mahal. Perancis tuntut “bayaran ganti rugi” berbilion franc ke atas Haiti selama berdekad-dekad, yang membebankan ekonomi negara kecil itu hingga kini. Hari ini, Revolusi Haiti kekal sebagai simbol keberanian luar biasa manusia menentang penindasan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.