Bayangkan seluruh benua Eropah terbakar dengan semangat pemberontakan. Dari Paris ke Vienna, Berlin hingga Budapest. Semua bangkit serentak menuntut perubahan. Tahun itu ialah 1848, satu tahun yang digelar sebagai “Springtime of Nations”, musim bunga yang melahirkan gelombang revolusi rakyat terbesar dalam sejarah moden Eropah.
Akar kepada kebangkitan ini bermula jauh sebelum 1848. Eropah ketika itu sedang bergolak dengan masalah sosial, pemerintahan autokratik dan tekanan ekonomi akibat Revolusi Industri. Golongan miskin merana di kota-kota yang sesak, sementara kelas bangsawan terus menikmati kuasa mutlak. Rakyat mula tertanya, sampai bila mereka harus tunduk?
Segalanya meletus di Perancis pada Februari 1848. Rakyat Paris bangkit menentang Raja Louis-Philippe yang dianggap gagal membawa pembaharuan. Dalam masa beberapa hari, kerajaan tumbang dan Republik Perancis
Kedua diisytiharkan. Semangat itu menular pantas ke seluruh Eropah seperti api marak disambar angin. Di Austria, rakyat Vienna turun ke jalan mendesak pembaharuan liberal dan memaksa Canselor Metternich meletak jawatan dan melarikan diri.
Gelombang tidak berhenti di situ. Di Jerman, mahasiswa dan golongan intelektual mula menuntut penyatuan Jerman serta kebebasan bersuara. Sidang Frankfurt Parliament ditubuhkan buat kali pertama sebagai percubaan menyatukan tanah-tanah Jerman di bawah sistem perlembagaan. Di Hungary pula, tokoh seperti Lajos Kossuth mengetuai perjuangan kemerdekaan dari pemerintahan Habsburg.
Hampir seluruh Eropah Tengah dan Timur bergegar dalam semangat yang sama, merka mahu menuntut kebebasan, hak rakyat dan rombakan sistem lama.
Namun seperti banyak revolusi lain, impian indah itu berakhir dengan realiti pahit. Menjelang akhir tahun 1849, kebanyakan pemberontakan berjaya ditumpaskan oleh tentera monarki. Golongan konservatif bangkit semula dan ramai pemimpin revolusi sama ada dibuang negeri, dipenjarakan atau dihukum mati. Tetapi walaupun gagal secara politik, semangat 1848 meninggalkan kesan mendalam pada jiwa Eropah.
Revolusi 1848 telah menanam benih kesedaran nasionalisme, demokrasi dan hak asasi rakyat yang kemudian mekar pada abad ke-19 dan 20. Ia menjadi amaran bahawa rakyat boleh bangkit bila tertindas dan kuasa mutlak pemerintah tidak akan kekal selamanya.
Jadi kalau hari ini kita lihat Eropah moden yang demokratik dan bersatu, jangan kita lupa semua itu bermula daripada api kecil yang menyala di tahun 1848, ketika seluruh benua bangkit menuntut satu perkara yang sama: kebebasan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




