Suatu masa dahulu, filem Jumanji lakonan Robin Williams sangat digemari sehingga ia menjadi suatu ‘fever’ kepada kanak-kanak seperti aku untuk bermain permainan papan (board game) tapi itu semua imaginasi nakal kanak-kanak sehingga aku sendiri pernah berasa takut dengan Jumanji. Paling gerun apabila bunyi gendang.
Memang pengakhiran Jumanji dulu aku selalu kata, ‘jahanamkan je lah board game tu’ tapi itulah, pengakhirannya permainan papan ini terdampar di pantai. Ketika itu aku berfikir bahawa pasti ada sambungannya tapi entah bila. Aku tak suka sebenarnya bunyi gendang tu. Menakutkan. Biasanya bunyi gendang kan untuk membangkitkan jiwa keberanian dan semangat membara. Namun bagi Jumanji, bunyi gendang adalah tanda cabaran yang harus dihadapi.
Kali ini, filem Jumanji: Welcome to The Jungle memberi satu impak nafas baru apabila permainan papan ini disesuaikan mengikut zaman kini. Ye lah, jarang budak sekarang main permainan papan. Paling tidak zaman sekarang kita main PS4. Aku tonton filem ni dengan rakan sekelas; 17 orang bakal SHO ‘balas dendam’ selepas bentang HIRARC. Kebetulan pula, hari pertama Jumanji: Welcome to The Jungle keluar di pawagam. Memang pawagam penuh orang, jadi kami terpaksa ambil tiket jam 11.30 malam. Filem Jumanji (1995) inilah pernah mewarnai zaman kanak-kanak kami dahulu dan diberikan kini diserikan dengan sambungannya.
Suatu nafas baru apabila Jumanji kali ini membuat penampilan khas dengan pelakon-pelakon lain dan pembaharuan Jumanji versi Role-playing game. Jumanji ni bagi aku suatu pengajaran juga untuk kanak-kanak nakal. Ye lah sempena krismas kan, kanak-kanak nakal kononnya takkan dapat hadiah. Mereka akan diberi pelajaran. Begitu juga Jumanji. Yang nakal ni, ‘kita hantar pergi tempat yang mencabar’. Dalam filem ini, 4 orang remaja diberi kelas tahanan kerana sikap dan perangai mereka. Semua karekter empat remaja ini diterbalikkan dalam dunia Jumanji versi avatar yang dipilih.
Kelas Tahanan.
Kelas tahanan bagi aku suatu kelas yang memberikan satu didikan kepada pelajar dalam bermuhasabah setiap perkara kesalahan yang dilakukan. Rata-rata dalam kelas tahanan ini, pelajar akan diberikan tugasan antaranya mengemas bilik stor, menyusun buku dan lain-lain. Kalau di Malaysia, entah entah kena label, ‘kelas dera’. Semasa tahanan inilah, mereka harus berinteraksi sesama mereka. Dalam filem Jumanji, ketika hendak melakukan tugasan, di sinilah mereka menjumpai Jumanji menggunakan konsol.
Kelas tahanan ini jugalah membentuk penilaian diri kepada diri mereka. Ala ala muhasabah.
Sebelum aku teruskan, aku cuma nak cakap; bagi aku, jalan ceritanya lengkap dan tersusun. Misteri rumah usang akhirnya terjawab di akhir cerita.
Kerjasama.
Jumanji tidak boleh dimain secara berseorangan (Boleh, tapi mampukah setiap aras di atasi sendirian dengan kekuatan yang terhad). Begitulah juga Jumanji konsol ni. Namun, dalam kehidupan juga, semua perkara melibatkan kerjasama kerana kerjasamalah yang membuahkan hasil. Kehidupan ini ibarat permainan juga. Sama ada permainan kau itu dilakukan secara baik mahupun sebaliknya. Jarangkan kita role-playing game secara berkumpulan?
Aku tertarik dengan versi Jumanji kali ini, yang turut memaparkan kekuatan dan kelemahan karekter masing masing. Karekter yang berlainan ini lah saling melengkapi antara watak.
Aku takkan cakap fasal karekter setiap watak, kang kata spoiler. Setiap watak mempunyai peranan masing-masing. Kalau nak dibezakan dengan Justice League, aku lebih memilih Jumanji: Welcome to The Jungle. Watak-watak dalam Jumanji sangat seimbang dan setiap watak memainkan peranan yang terperinci dengan kelemahan dan kekuatan masing-masing. Kerjasama inilah juga memupuk kepada pencarian watak yang terkandas. Di sini kau akan nampak nilai kasih sayang dalam kerjasama yang dicipta oleh penulis skripnya.
Yang paling penting, siap ada 3 nyawa ala ala dalam Role-Playing Game Nintendo. Haha. Kau faham faham sajalah.
Humor.
Elemen humor memang aku tak sangkal. Ada saja elemen humor yang diadakan menjadikan filem ini smooth dengan turun naiknya dan tidak rasa tergantung. Lakonan The Rock sebagai Dr Bravestone sentiasa memberi satu elemen yang malar segar. Lakonan Black Jack sebagai Shelly, mesti kau sendiri boleh fikir perwatakan dia. Tapi watak dia kali ni pun sangat menjadi. Kau tahan je gusi kau. Mujur lah aku boleh kawal gelak aku dalam pawagam tu. Aku tak boleh nak ulas sangat bab humor ni sebab akan ganggu konsentrasi kau yang belum tonton filem ni. Yang boleh aku katakan, filem ni tidak bersifat mendatar. Humor yang berlaku dalam filem ini turut berlaku dalam kehidupan kita. Jadi, kau juga sebenarnya sedang gelakkan (baca:muhasabahkan) diri kau.
Kepakaran Ilmu
Walau setiap watak ada humor, setiap watak diketengahkan dengan kepakaran masing-masing termasuklah kepakaran ilmu dalam dunia rimba. Kepakaran ilmu yang dimiliki diaplikasi sebaiknya sepanjang jalan cerita. Jadi, ada lah elemen ilmiah tu. Ilmu geografi, ilmu zoologi dan lain-lain. Apabila adanya konsep ilmu dalam sesebuah filem, bagi aku itu sesuatu yang “wow! Seriously?”. Cumanya adakala kepakaran ilmu ini ada diabadikan seolah kau sedang membaca buku ensiklopedia.
Misi
Misi utama mereka tentulah membatalkan sumpahan. Dalam masa membatalkan sumpahan, banyak cabaran yang harus mereka depani. Elemen kepelbagaian biologi turut diserap menjadi satu saringan terpenting dalam filem. Seperti role-playing game, semua perkara telah diprogramkan. Begitu juga Jumanji kali ini dan yang membezakan adalah pengendalian avatar.
Alan Parrish
Kalau dulu, watak Alan Parrish ni adalah dalam Jumanji yang dilakonkan oleh Robin Williams. Semua merindui lakonan Robin Williams jadi aku fikir, filem kali ini suatu tribute buat Robin Williams. Kau akan jumpa semangat Alan Parrish kalau kau betul-betul fokus setiap tempat dan cabaran (aku bagi hint: tempat minum jus margarita).
Tambahan
Yang buat aku rasa kelakar bukan sebab elemen kelakar, tapi watak antagonis dilakonkan Bobby Cannavale tu macam sikit sangat. Ye lah mungkin sebab cabaran perjalanan itu lebih diketengahkan. Ala ala Indiana Jones, tapi filem ini lebih kepada cabaran sepanjang misi membatalkan sumpahan. Indiana Jones lebih kepada misteri. Mungkin sebab persekitaran hutan dan juga simbolik gajah. Bagi aku lah secara jujur, cabaran yang mereka hadapi ni kurang sikit debar daripada Jumanji (1995).
Filem Jumanji: Welcome to The Jungle ni bagi aku satu kenikmatan daripada kau main konsol yang realitinya membosankan. Tapi itulah, kau takkan rasa pun seolah kau role-playing game sebab semua watak ini disedut masuk ke dalam dunia Jumanji. Kalau kau terbayang kau role-playing game pun, mungkin untuk watak Ruby Rounhouse kau akan nampak terutama ketika dia menari. Haha.
Satu perkara yang aku rindui Kuda Belang. Haha.. Tak ada Kuda Belang.. Jumanji (1995) ada dan lebih banyak jenis haiwan rimba berbanding Jumanji: Welcome to The Jungle. Menurut kata kawan aku, Jebat, …sebab Kudang Belang tinggal di Safari. Dan filem kali ini di rimba.. Nah, sekarang kau harus tahu beza safari dan hutan.
Menonton filem ini memerlukan juga imaginasi.
Kau akan pulang dengan pelbagai persoalan. Bukan tergantung, tapi jawapannya sudah ada. Seolah, kau juga tak boleh keluar dari dunia ‘Jumanji’ yang kau sendiri cipta. Satu saja pesanan aku, kalau kau dah baca review aku, aku sarankan kau tonton balik Jumanji (1995), baru kau akan faham setiap persoalan dalam Jumanji: Welcome to The Jungle (2017) selepas kau keluar panggung.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih